Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Menjadi Mommy

Anak

Anak adalah anugerah Allah dan juga amanah daripada Nya untuk kita sebagai ibu bapa, menjalankan tanggungjawab terhadap pemberian yang paling bermakna. Siapa tidak mahukan cahaya mata sejurus melangkahkan kaki ke gerbang perkahwinan? Siapa yang tidak berharap adanya bunyi tangisan seorang bayi yang memecah keheningan malam? Namun, apabila memperoleh pemberian itu, kita lupa diri sampai hilang akal yang waras dan akhirnya si kecil yang dulunya ditatang umpama minyak yang penuh menjadi tempat untuk melunaskan amarah. Betul, ada ketikanya diri ini juga tersasar saat emosi membelenggu diri. Sampai terlupa yang diluahkan rasa marah itu adalah anak yang dikandung sembilan bulan. Cuma, perasaan marah itu tidak pula berjagkit sampai menyumpah atau memukul anak tidak tentu hala. Alhamdulillah, kawalan emosi positif masih berfungsi dengan baik. Hmmm... dua perkara yang amat-amat pantang dibuat oleh ibu mahupun bapa adalah menyumpah dan membezakan antara anak-anak. Sejak dari dulu. Marahlah...

Bingkisan untuk Ruhee Ayra

Mommy tahu kadang-kadang Ruhee rindu nak ber 'breast feeding kan! Tapi Ruhee lupakah yang Ruhee sudah pun dua tahun. Bertabahlah Ruhee. huhu.... Apapun terima kasih sebab mudah untuk Ruhee melepaskan susu mommy. Tak perlu mommy bersusah-payah nak melepaskan dengan menggunakan pelbagai cara seperti asam jawa, gara., kunyit, minyak kapak dan sebagainya. Alhamdulillah.... Niat mommy untuk menyusukan Ruhee sepenuhnya dengan susu ibu berjaya. Pada 10 Oktober 2012 sampailah 10 Oktober 2014, genap dua tahun kan Ruhee. Semoga Ruhee beroleh keberkatan daripada titisan-titisan susu mommy itu. Ruhee, jerit perih sepanjang menyusukan Ruhee sepenuhnya dengan susu ibu berbaloi sebenarnya. Tak sangka, dengan angan-angan, impian akhirnya ia terlaksana. Syukur, daddy banyak memberi dorongan walaupun kadangkala bentuk dorongan yang diberikan serupa dengan paksaan hehe....  Best kan susu mommy. Suka tengok Ruhee rindu dengan susu mommy. Rengek-rengek manja nak susu mommy lagi. Tapi tak ...

Puasa dan Menyusukan Anak

Puasa dan menyusukan anak bukan perkara mudah. Lebih-lebih lagi bagi mommies yang beri sepenuhnya susu ibu. Saya bercerita hanya bersandarkan pengalaman sendiri selain yang saya peroleh dari bacaan dan perbualan bersama ibu menyusu yang lain. Syukur, ini tahun kedua saya berpuasa dan menyusukan. Tahun lalu, penuh puasa walaupun period dah datang sebulan dua awal (sebelum Ramadhan).  Bercerita mengenai bagaimana untuk berpuasa sambil menyusukan anak? Antara tips paling mudah yang dapat dikongsi ialah :- 1. Amalkan sikap sederhana ketika berbuka. Jangan gelojoh dan 'berhari raya' sangat. Paling penting, amik makanan seperti nasi, banyakkan sayur-sayuran, sup dan kurma. Selain itu seperti biasa, saya amalkan teh hijau (no sugar)/japenese tea untuk minuman berperisa selepas berbuka.  2. Sebaik saja selesai Terawikh, boleh teruskan kudapan anda dengan mengunyah kuih muih, taufu fa, kurma, kekacang, biskut, roti, cereal dan lain-lain. Sebelum tidur, saya akan minum susu...

Sijil Cuti Sakit (MC)

14 hari bercuti, akhirnya esok adalah hari penghabisan. Kenapa bercuti? Uwaaaaaaa akhirnya unborn baby yang sudah tiga bulan di dalam rahim mommy pergi juga tinggalkan semua yang menanti kehadirannya Mei tahun depan. Rentetan MC :- 25 November berakhirlah segala-galanya. Ranaplah impian dan punahlah harapan mommy dan daddy untuk menanti cinta hati kami yang ketiga. Tapi apapun, kami redha atas setiap yang terjadi. Sudah tertulis, peristiwa itu akan menjadi antara kisah sejarah dalam hidup kami suami isteri. Selama ini seringkali tertanya-tanya, 'macam mana ada wanita yang tidak perasan beliau mengandung'. Makanya, Allah beri peluang untuk merasainya. Tiga bulan atau hampir 13 minggu dalam rahim mommy, sayangnya langsung mommy tidak perasan. Cuma dua minggu sebelum gugur tu, teringin nak buat pemeriksaan sebab badan kerap letih dan rasa macam gemuk dan bisikan hati mengatakan mommy macam mengandung. Instinct seorang ibu! Sukar mahu dijelaskan ;O Urine test ya...

Bila Disahkan Mengandung Lagi????

Mengandung lagi? Apa perasaan anda jika khabar itu disampaikan si Doktor atau alat ujian air kencing? Sama ada teruja? Terkejut? atau ter ter dan ter?? Tak apa, bertenang dulu. Tarik nafas dalam-dalam dan hembuskanperlahan. Buat sebanyak tiga kali. InshaaAllah anda akan kembali tenang dan bertenaga untuk berfikir ;O Haaaa, kalau memang dah nak anak, mestilah teruja dan seronok. Tapi jika bukan dalam perancangan anda, mungkin anda mula khuatir dan takut. Terutama, anak yang sedia ada baru setahun jagung atau masih baby atau masih kecil, belum mencecah usia sewajarnya untuk diberikan tanggungjawab sebagai abang mahupun kakak. Namun, percayakah anda pada rezeki? Percayakah anda pada yang tersurat dan tersirat? Pada pena yang menulis sejak azali? Pada Penulis Yang Maha Mengetahui? Itu semua bukan mustahil andainya memang sudah ditakdirkan anda mempunyai rezeki dalam bentuk itu. Cara itu dan pada waktu itu. Yang ada disekelilingnya cuma penyebab. Sekiranya betul-betul belum b...

Sekadar pandangan

Hanya kerana memperoleh 5A dalam UPSR, seorang pelajar di Kelantan menerima hadiah istimewa daripada ibu bapanya - sebuah mini cooper. Indah sungguh nasib pelajar itu kan! Entahlah, mungkin itu rezeki budak tu sebenarnya. Lagipun ayah dia dah berjanji sakan jadi bila ditunaikan si anak, si ayah kenalah bayar janji. Lagipun, ayah dia mampu jadi apa kisah hehehe :) Cuma seramnya andainya hadiah-hadiah mahal seumpama itu mampu 'menjunamkan' anak, bagaimana? Persoalan yang tiada jawapan sebab ia terpulang pada individu itu sendiri khususnya ANAK! Anak yang menerima pengiktirafan sejauh itu perlu tahu landasan hidupnya. Itu sajalah pesanan khidmat masyarakat daripada saya hahaha Pendapat saya? Selaku seorang anak, ayah dan emak ketika 'tumbesaran' saya tidak pernah menjanjikan apa-apa walaupun sekecil hadiah. Apatah lagi sebesar hadiah. Selain kemungkinan hidup dalam kesusahan, ayah memainkan peranan sebagai ketua keluarga yang bijak bermain kata nasihat. Nasihatnya ...

Siapa cakap tak STRESS?

Kali pertama menyusukan bayi ketika di dalam pantang adalah pengalaman paling bermakna walaupun ketika itu sakit sepanjang tempoh bersalin masih terasa. Apatah lagi, seluruh badan saat itu masih berbau minyak urut, pilis pula berpalit di dahi, payudara membengkak akibat susu yang penuh, rasa berpeluh dan tidak selesa. Semua perkara yang disebutkan itu membuatkan diri menjadi 'split identity' yang mana,  kadangkala emosi berada di dalam keadaan stabil dan kadangkala emosi terumbang ambing.     "Baby blues' atau maksud mudah untuk saya faham ialah perasaan tidak mahukan baby menjadi kebiasaan kepada mereka yang baru bergelar ibu. Bukan apa, tempoh bersendirian telah tamat. Masa yang ada perlu diagih lebih banyak kepada baby.  Saya? Cukup menghadapinya, daripada kelahiran Aniq Raheel sampailah ke Ruhee Ayra. Tekanan, rasa rimas semua wujud. Kadang-kadang terpelas amarah tu. Cuma cepat2 fikir rasional, istighfar...   Kalau dah mula bekerja ...

Memantapkan pengeluaran susu di bulan Ramadan

Seperti yang dialami oleh semua ibu yang menyusukan anaknya secara eksklusif dengan susu ibu ialah apabila hadirnya Ramadan. Bila Ramadan berkunjung, mulalah risau, tertekan dan takut sekiranya produktiviti susu berkurangan. Ibu jangan cepat putus asa dan tertekan sebab kedua-duanya merupakan punca utama kenapa susu merundum. Mengikut beberapa KAJIAN yang dipetik, pengeluaran susu ibu bertitik tolak daripada deria yang Allah anugerahkan kepada mereka. Sekiranya deria mulutnya berkata "Alaaa nak puasa, habislah susu macam ni?" menjadi tidak mustahil untuk pengeluaran susu menjadi negatif. Nampakan kelainan frasa mengenai pengeluaran susu ibu di situ. Bukan sebab puasa tetapi lebih kepada tahap EMOSI seorang ibu mengawal semua derianya supaya tidak tertekan. Seperti yang difahami, sekiranya mahukan susu melimpah ruah, selain menjaga pemakanan dan penyusuan kerap, ibu berkerjaya haruslah mentaati masa untuk mengepam. Sibuk mana pun, KENA juga curi walaupun sepuluh minit...

Haid datang ketika menyusukan bayi

  mommy dan anak daranya Segelintir ibu yang baru habis pantang dan masih menyusukan bayinya, sudah didatangi 'sahabat' baik. Sama ada dalam temph empat bulan, lapan bulan atau paling lama dua tahun. Mengikut pengalaman sendiri, ketika melahirkan Aniq Raheel haid tidak datang hampir setahun walaupun saya tidak menyusukan Aniq secara eksklusif. Bagaimanapun keadaan berubah tatkala melahirkan Ruhee Ayra, di mana dalam tempoh lapan bulan, dengan memberi susu badan secara eksklusif, akhirnya 'sahabat' saya datang berjumpa. Mungkin terlalu rindukan saya lertu :P Awalnya, ingat saya mengandung anak ketiga. Seriau juga, yelah, mana tahu kan kan... Tiba-tiba rasa loya, mabuk-mabuk bagai. Jumpa Doktor Gill (Doktor yang biasa jumpa, kenal lama hehe) cek suhu bada 39'c.  Terkejut juga sebab saya tak rasa pun demam. Terus dia cakap, u pregnant tak? Saya dengan yakin jawab mustahil sebab saya susukan anak. Alhamdulillah hehe memang mustahil cuma yang datang i...

Punca Bayi Tertidur Kala Menyusu

Jom tambah ilmu... Petikan artikel dari Majalah PAMA (online) Oleh: Editorial PaMa Tarikh: 7 Mac 2012    Bayi yang kerap tertidur sewaktu menyusu, menimbulkan pelbagai spekulasi. Secara tidak langsung, hal ini boleh menjejaskan usaha menjayakan penyusuan eksklusif. Anggapan tidak benar tentang bayi yang tertidur sewaktu sesi penyusuan berlangsung boleh menimbulkan pelbagai masalah. Akhirnya, ia boleh mendatangkan kesan tidak baik buat bayi dan si ibu juga. Antara yang paling sering disalahtafsirkan ialah bayi sudah kenyang walaupun minum dalam tempoh yang singkat. Malah, ada yang menganggap bayi akan menangis jika lapar. Jadi, apabila bayi yang tertidur itu tidak merengek ketika puting dikeluarkan daripada mulutnya, maka penyusuan tidak perlu diteruskan. Tidak kurang juga ada yang beranggapan, bayi tidak suka minum susu ibu. Oleh kerana bayi menyusu sedikit atau sekejap dan dibimbangi...

Susu Ibu Lagi!!

Jika ada yang bertanya bagaimana persediaan untuk menyusukan bayi baru lahir sehingga berumur dua tahun, JANGAN tanya saya hehe sebab ketika Aniq, saya hanya mencapai usia tiga hingga empat bulan dengan susu ibu sepenuhnya dan dicampur dengan formula dan apabila umurnya lebih kurang setahun empat hingga lima? tujuh? bulan (lebih kuranglah) saya sudah memberhentikan pemberian susu ibu kerana Aniq mula menolak sebab dah jarang dapat kan... huhu sedih tau!! TETAPI, anda boleh tanya saya pengalaman menyusukan Aniq dan apa yang saya buat dengan pengalaman itu sewaktu bertekad untuk menyusukan Ruhee selama mana yang boleh, InshaaAllah. pic by google 1) Perkara paling mustahak, banyakkan membaca blog, majalah dan apa saja artikel berhubung penyusuan susu ibu. Banyakkan bergaul dengan mereka yang berjaya menyusukan bayi mereka sehingga mencecah umur dua tahun. JANGAN jadi seperti saya, kurang menimba ilmu pengetahuan mengenai hal itu ketika mengandungkan Aniq walaupun mem...

Doa untuk anak

  Pertama kali mengandungkan Aniq Raheel, perkara pertama mak beri ialah doa ini :-     Doa Agar Terpelihara Anak dalam Kandugan اللَّهُمَّ احْفَظْ وَلَدِيْ مَادَامَ فِى بَطْنِيْ وَاشْفِهِ أَنْتَ شَافٍ لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا Ya Allah, peliharalah anakku selama dia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. اللَّهُمَّ صَوِّرْهُ فِى بَطْنِيْ صُورَةً حَسَنَةً وَثَبِّتْ قَلْبَهُ إِيمَانًا بِكَ وَبِرَسُوْلِكَ Ya Allah, rupakanlah/bentukkanlah dia yang berada di dalam perutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah dalam hatinya akan keimanan kepada-Mu dan Rasul-Mu. اللَّهُمَّ اخْرُجْهُ مِنْ بَطْنِيْ وَقْتَ وِلَادَتِيْ سَهْلًا وَتَسْلِيْمًا Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku, di kala waktu bersalin, dengan mudah dan selamat. اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ صَحِيْحًا كَامِلًا وَعَاقِلًا حَاذِقً...

Mencari Yang Terbaik (PART2)

COMEL OKAY HOSPITAL HELLO KITTY NIH! Bercerita keselesaan bersalin di hospital, bagi saya ia penting sebab selepas bersalin dengan menggunakan tenaga fizikal dan rohani, saya perlukan rehat dengan kadar maksimum sebelum berjaga ditengah malam dan tidak cukup tidur pabila pulang ke rumah. Apa yang saya tahu jika bersalin di hospital kerajaan, sebaik bersalin anak diserahkan pada kita untuk dijaga (sekiranya anak sihat). Tidak pula di hospital swasta, anak hanya diberi atas permintaan seperti untuk disusukan atau ada mereka yang datang melawat ingin melihat anak kita. Jadinya, sebaik bersalin saya dapatlah rehat secukupnya. Tidur tanpa diganggu. Tak payah nak bangun-duduk-bangun-duduk salin pampers, tukar baju baby bagai. Tidur saja sepuasnya dan rehat secukupnya. Kumpul tenaga untuk masa depan hehe Selain itu, keselesaan lain, sebab berbayar, apa saja kemahuan kita dipenuhi sampaikan mandi pun mereka boleh temankan (duduk luar bilik air ler)... Siapkan tolong sikatkan rambu...

Mencari Yang Terbaik (PART 1)

Bila mengandung, perkara pertama yang terlintas dalam akal fikiran adalah di manakah hendak saya bawakan 'anak dalam perut' ini? Bawa ke mana? hehehe Buat pemeriksaan lanjut. Sama ada di hospital kerajaan ataupun swasta. Pengalaman saya sepanjang mengandungkan dua anakacuk saya :) 1. Muhammad Aniq Raheel Disahkan mengandungkan si kacak lagi menawan hati ini pada Julai 2009. Disebabkan saya baru setahun lebih bekerja, company tidak menangung bayaran pemeriksaan di hospital swasta *Mengikut syarat company hanya membayar selepas tiga tahun perkhidmatan* ... Tapi dah rezeki, takkan sebab tak bayar, tak nak mengandung! Demi penjagaan teliti, saya pergi KPJ Hospital (Atas nasihat kakak ipar) Saya pilih Dr Kala sebab Dr Islam yang ada hanya Dr Ishak (Saya tak mampu nak menahan rasa kalau Dr lelaki.. Harap maklum). Alhamdulillah, kandungan baik-baik saja ketika itu. Untuk menyedapkan hati saya ke Klinik Kesihatan Seremban. Di sana memang ramai, datang pagi balik petang. Yal...

MENGATASI MASALAH KUAT MARAH PADA ANAK

Ini untuk saya, kalau-kalau terlupa boleh baca untuk kembalikan ingatan bahawa anak-anak hanya seorang budak kecil yang sedang melalui proses pembesaran :) Tak apa, anda juga boleh membaca. Tak berdosa pun jika kita berkongsi ilmu .... MENGATASI MASALAH KUAT MARAH PADA ANAK Buat renungan kita bersama..para ibu bapa sekalian.. Kepada ibu bapa yang ringan tangan dan mulut….renung-renungkanlah. Anak kita adalah cermin diri kita…….. Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun (preschool memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’. Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak. Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai. Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal ...

Sedikit Tentang Dr Intan

Saja nak berkongsi pengalaman walaupun sudah empat bulan masa itu berlalu. Pengalaman melakukan pemeriksaan kandungan bersama Dr Norintan Zainal Shah iaitu Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi di Columbia Asia Hospital, Seremban 2. Rindu pula dengan Dr Intan yang peramah dan sangat teliti ketika memeriksa saya ketika mengandungkan Ruhee. Hehehe (nak jumpa kena mengandung lagi ler Azlin oiii) Bukan apa, ada kawan-kawan dan sepupu yang tanya mengenai beliau sebab ada di antara mereka tinggal berdekatan Seremban dan sedang mencari hospital bersalin. Jika masa Aniq saya melahirkannya di KPJ bersama Dr Kala (Salah seorang Gyene terbaik di KPJ), untuk Ruhee saya pilih Dr Intan sebab Dr Kala tak silap saya sudah berpindah ke Dubai. Dr Intan ni, dari pandangan saya seorang yang serius dan tak suka hal remeh temeh. Contohnya, masa mengandung dulu, bulan puasa, jadi beliau menggalakkan saya berpuasa sampai habis. Katanya, jangan tinggalkan puasa kalau pening sikit-sikit...

Berakhir sudah.....

Tamat sudah cuti berpantang... sekejap sungguh masa berlalu pergi dan pergi ... Oh my cutiiiii ;p Back To Normal! yup, teruskah kehidupan di Seremban bersama dua cahaya hati dan seorang permata hati. Kena semakin kuat, tabah, sabar dan yakin. Tahulah kan kerja rumah makin banyak! Itu pasti. Tak tahulah macam mana nanti Sempat ke tidak nak masak malam Ohhh mungkin tak sempat macam sebelum ini Makanya daddy kenalah beli atau makan di luar Kemas rumah, basuh baju ohhh bertambah kerja Apapun kenalah happy sebab kitakan anak beranak Chaiyok!  Untuk Aniq,  Tolong jaga tingkah laku, jadilah abang Aniq yang baik takmau buli adik Ruhee Untuk Ruhee, Jangan selalu meragam terutama malam sebab esoknya mommy kerja  Untuk Daddy, Tolonglah bantu mommy apa yang patut supaya perjalanan hidup kita berempat berjalan lancar ~~~Cuak+gembira+gerun menghadapi hari-hari baru dalam hidup berkeluarga~~~

Untuk Mommy :)

12 langkah melahir tanpa rasa sakit melalui teknik hypnobirthing Hypnobirthing digunakan untuk mengurangkan atau menghilangkan rasa sakit semasa bersalin. Teknik ini boleh dimulakan dari awal kehamilan lagi sehingga akhir kehamilan. :).  Berikut ialah cara mudah teknik hypnobirthing : 1. Duduk bersila dalam keadaan rehat. 2. Pusingkan kepala ke arah bahu kanan kemudian kiri sebanyak 8 kali. Kemudian ke arah bahu kiri kemudian kanan sebanyak 8 kali. 3. Letakkan tangan di atas bahu dan pusingkan ke depan sebanyak 8 kali.  Kemudian pusingkan ke belakang sebanyak 8 kali. 4. Kemudian berbaring dengan santai. 5. Luruskan tangan kanan dan kiri ke sisi tubuh. Luruskan kaki. Telapak kanan menghadap ke atas. 6. Menegangkan telapak kaki menuju ke betis dan paha dalam kiraan 8, kemudian lepaskan semula. 7.  Tutup telapak tangan dan genggam dengan kuat, kerutkan dahi dan lidah naik ke arah lelangit dalam kiraan 8 dan lepaskan. 8. Tarik nafas melalui hidung pe...

Minggu ke-35

Meniti perjalanan yang kian hampir ke destinasi... Macam tulah lebih kurang kalau buat karangan Kesusasteraan Melayu. Cuma kalau ditulis mengikut bahasa mudah, adik Aniq dah nak keluar nih! 35-weeks maknanya ada dalam lima minggu lagi atau tolak dua minggu, adalah tiga minggu. Dan fahamilah minggu-minggu itu silih berganti dan tiba-tiba dah ada dalam labour room pun :) Apa yang penting, barangan baby dah siap sedia begitu juga barangan mommy. Moga Allah permudahkan setiap urusan sepanjang mommy bersalin nanti. Baby sihat, mommy sihat, kedua-duanya selamat dan proses kelahiran berjalan lancar hendaknya :) Amin.... ~~~ Menghitung hari detik demi detik waktu bersalinku akan tiba. Kadangkala suka kejap-kejap cuak begitulah adanya.... ~~~

Enam bulan

Pejam celik (ulang dua kali hehe) dah enam bulan unborn baby dalam tummy ni. Alolololo rasa-rasa macam girl sebab pengalaman masa mengandungkan Aniq dulu lain dari yang baby Aniq ni. Masa Aniq dulu, perut mommy diibaratkan padang rugby (mmg berangan nak anak lelaki pandai berugby! LOL) krong krang krong krang kaki tangan punggung dia mencucuh-cucuh dinding perut. Sampaikan mommy selalu juga ler jentik dia sebab agresif sangat sampai nak tidur pun tak sempat (propa lertu!) Alaaa kalau korang tak percaya, percayalah... Senang je, tengok je si Aniq sekarang ni? ekekekeke bukan saja comel tapi haishhhhh lasak yang amat. sebiji ikut mommy masa kecil!!!! Maka dengan itu, sepanjang 38 minggu mengandungkan dia dulu, begitulah perangai anak bujang mommy tu. Tapi untuk kedua kali ni, keadaan lembut sikit. Terkawal.. hehehe Bukan sebab memang teringin nak baby girl cuma, memang kenyataan ia berbeza. Yang ni rasanya confirm follow his/her daddy footsteps. Alalalala memang sweet sangat sek...