Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Kisah kasih Aniq Raheel

BINGKISAN MOMMY BUAT TIGA ANAKACUK

  Bila mommy tengok semula blog ini, membaca satu-persatu kisah anak-anak yang mommy luahkan, Allahu Akbar, besar dah anak-anak mommy. Aniq, Ruhee dan Akif sudahpun menginjak usia 14, 12 dan 9 tahun. Cerita korang tak semua mommy rangkum di sini kerana ia sudahpun subur dan sebati dalam hati dan fikiran mommy. Tak pernah sekalipun mommy lupa walaupun mungkin korang tak ingat. Sesungguhnya, hanya Allah SWT sahaja yang tahu betapa kasih dan cintanya mommy dekat korang walaupun ada ketikanya korang dimarahi mommy. Leter, marah, rotan dan apa saja yang mommy buat itu semua adalah kebaikan untuk korang.  Bukan senang nak lahirkan anak soleh dan solehah dan bukan mudah nak lentur anak-anak untuk menjadi manusia yang punyai akhlak dan adab. Itulah doa dan impian mommy semoga Aniq, Ruhee dan Akif menjadi manusia yang memiliki Iman dan Taqwa, yang mempunyai adab dan pekerti dan yang bersandar kepada akal yang waras. Andai kata satu hari nanti mommy pergi lebih awal, tak banyak mommy mo...
PART 2: Menariknya GH Seremban: Sedia maklum, pertama kali tidur kat hospital dan pertama kali jaga orang sakit. Semua pengalaman itu adalah yang pertama kali. Menariknya di GH ni, tiap pagi ada ler kakak atau makcik, datang jual "Nasi lemak panas, bihun panas, milo panas..." best sangat sebab mommy masih boleh makan sedap dan tak perlu turun nak beli makanan hehehe. Lepas tu, nurse semua baik-baik belaka dan lemah lembut dan lagipun ramai nurse muda dan masih baru jadi cara mereka tu lebih lemah lembut mengikut perkembangan semasa hehehehe... Sister pun okay cuma seorang sister je agak garang dan mommy pernah kena dengan dia sebab waktu siang-siang hari mommy boleh bergolek atas katil dengan Aniq hehehe... penat sister, bukan apapun saya nak lelap kejapkan. Paling tak senonoh, bila mommy dengan bantuan kakak Cina yang sebulan duduk GH sebab anak dia istinmewa dan sakit, kesian.... tapi dia tabah sangat dan sentiasa happy go lucky! Okay, dengan bantuan dia mommy berjay...

Surat untuk Aniq Raheel

Assalammualaikum, Buat tatapan anakanda, Muhammad Aniq Raheel Bin Muhammad Hariz Ramesh Pillai.... Mungkin saat Aniq membaca warkah ini dan juga hasil tulisan mummy dalam blog ini, mummy sudah tua atau berumur atau tidak sihat atau masih gembira dan sejahtera bersama Aniq dan daddy. Mummy dan daddy mahu Aniq jadi anak terbaik di antara mereka yang terbaik. Apa yang penting mummy dan daddy mahu Aniq bukan saja mencari, menggali ilmu duniawi saja tetapi terus meneliti memahami ilmu akhirat supaya hidupmu kekal bahagia, diberkati Allah hingga ke akhirat... Aniq, tahu tak ini adalah kisah Aniqsebab blog ini khas dibuat untuk Aniq memandangkan Aniq adalah anugerah paling indah dan bermakna dalam hidup ini.  "Semakin hari, detik demi detik dan tiap saat, Aniq kian menampakkan pelbagai bentuk kemahirannya. Dari menyiarap ke merangkak kemudian bertatih dan berjalan sehinggalah hari ini semakin laju langkah dan lariannya. Di tambah lagi dengan bijaknya Aniq mengikut kata-kata mummy dan ...