Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Hasil dari akal kreatif Azlin

Ketagihan

Ketagihan yang biasa-biasa bagi seorang penulis Apa saja difikirkan mahu situlis Kerana di atas helaian itu semua dapat dicurah Curahan isi hati dan isi kepala. Aku menulis kerana aku suka Bulan mahu orang baca sangat Bukan juga mahu cari peminat Sebab menulisnya aku untuk aku Menilai kemampuan diri Dalam dunia sastera yang kian terpinggir. Ketagihan aku biasa-biasa saja Menulis langgam indah saat idea datang  Atau mahu meluahkan sesuatu yang terlintas Dan juga terpendam. Menulis bagiku satu terapi otak Rasa tenang aman dan damai saat Akal mula meliar mencari rangkap kata Untuk keseronokkan diri sendiri. Atau aku ketagih untuk menulis bila Kerap menulis yang fakta dan jitu Jadi bila mana dapat peluang menulis Aku bahasakan dengan bait indah Itu aku rasa Orang lain, aku tak tahu. Ketagihan biasa-biasa bagi  penulis Menulis selagi mahu menulis Walau apapun yang dicurahkan Mungkin ada tersiratt disebalik tersuratnya...

Cerita Cinta Lama

Punca lahirnya kata-kata ini adalah disebabkan, jiran depan membuka lagu-lagu rock kapak kekeke Cinta lama itu penyedap Pada deretan memori kasih silam Sesekali terimbas kembali Terus bibir mengukir senyuman Itu pun kalau cinta itu mula-akhirnya indah. Jika menyakitkan? Tubir mata menjadi empangan Lalu menitik satu demi satu titisan jernih Yang setiap darinyamembawa satu persatu Babak sedih percintaan. Itulah cinta dan kehidupan Berpisah tiada  Kerna keduanya saling memerlukan. Cerita lama adalah kenangan Cerita lama juga adalah pedoman... azlinbh/131014

Saloma Biopic (sudut pandang)

Menonton sendiri Saloma Biopic di saluran stesen berbayar, Astro memberi ruang kepada saya untuk menilai sendiri filem garapan anak buah biduanita negara Saloma iaitu Melissa Saila mengenai kisah ibu saudaranya mengikut perspektif ibunya iaitu kakak kepada Saloma, Mariani.  Jika bercerita tentang pemilihan watak, lakonan Nabila Huda sebagai Saloma amat membanggakan. Gaya lenggok yang hampir sama, perwatakkan yang penuh mendalam umpama Saloma hidup di alam nyata.  Syabas, kerana sebagai pelakon, pada saya Nabila 'belajar' untuk 'menjadi Saloma'. Watak-watak lain juga tidak kurang hebatnya, Tony Yusof sebagai P Ramlee dan Azhan Rani sebagai AR Tompel, memang tidak boleh dipertikaikan lagi. Barangkali mereka acapkali berlakon teater dan menjadi 'biasa' untuk membawa watak lagenda. Mempunyai dua episod iaitu Mencari Guruh dan pandang Kasih benar-benar menceritakan kisah disebalik kejayaan Saloma pada eranya. Kupasan kisah hidupnya dari kecil bersama Mar...

Bosan

Bosan Asyik baca novel popular Yang tak beri ruang untuk  Berfikir dalam sindir Menyengih dalam sinis Kisah Afdhal dan Hani  Si gila dah selesai Lepas ini cuba cari Kisah lain daripada yang lain Bukan kisah kahwin paksa Anak orang kaya yang degil Nak cari DIAgnosis Macam dalam kebanyakan 'review' cakap Sedap sebab berasaskan pengalaman Si Doktor. #kbai

Hati Yang Waja (Merdeka-57)

Hati gementar tika menanti hari kemerdekaan Gentar bukan kerana takut Tapi kerna terlalu berat dengan kasih Pada negara nan satu. Hati yang waja Sentiasa mendoakan keindahan Hidup warna-warni Tanpa sengketa. Hati yang kian utuh Dengan rasa sayang Yang tak pernah luntur Agar kebebasan yang digapai Terus kukuh Tak bergolek rebah jatuh menyembah bumi sendiri. azlinbh28814

Hati Yang Ranum

Hati yang kian sarat Dengan rasa cinta terpendam Kerna antara kau dan aku Punyai pautan cerita silam. Hati yang kian penat Menahan dari rasa rindu  Yang kian melahar Tapi kerna dendam Kupendam. Hati yang kian memberontak Mahu meluahkan rasa sayang Yang tak lagi mampu disimpan Bersama dendam Kerna kau umpama Cahaya si kunang Terbit saat malam semakin kelam. azlinbh/27814

Untuk Kali Terakhir

Hari ini kau kembali ke tanah tumpah darahmu walau tanpa nyawa Tapi aku percaya, rohmu setia menanti Bersama mereka yang menyayangimu. Tiada ungkapan indah Untuk lambangkan kesayuan Hanya air mata menjadi peneman Setiap mereka yang melihat. Saat munculnya mercu negara  Di tanah lapang yang gersang Air mata bercucuran bersama sebak yang tiada kesudahan Lalu, kotak-kotak kayu diusung tanpa lambaian Hanya tadahan doa moga rohmu kekal di alam abadi. MH17 dan nyawa-nyawa yang tiada lagi Kau catatan sejarah masa depan Mangsa ranapan di bumi sengketa Pasti yang menantimu hari ini Mengingatimu sampai nafas terakhir. Alfatihah buatmu semua.... azlinbh/220814 Terima kasih kepten Terima kasih MAS Terima kasih pemimpin Terima kasih pihak berkuasa Terima kasih Malaysia Kerana merealisasikan tanggungjawab  Membawa jasad mereka yang hilang nyawa Hanya sekelip mata Tanpa dipinta Mereka pergi dengan cara ditetapkan ...

Untuk Jiwa-Jiwa Di Sana (Gaza)

"Bagaimana aku ingin ketawa sedangkan masjid Al-Aqsa masih dibawah jajahan musuh?”-Salahuddin Al-Ayubi... Untuk jiwa-jiwa di sana Dengan doa yang abadi Kau tenang di sana Walau hakikatnya Nyawamu umpama telur dihujung tanduk. Untuk jiwa-jiwa di sana Kecekalan dan ketabahan hatimu Bagai panglima perang Walau tidak bersenjata Cukuplah berbekalkan batuan kecil Kau terus berjuang Demi negara dan Islammu. Untuk jiwa-jiwa di sana Doaku sentiasa disisimu  Walau kita jauh jutaan batu. Untuk jiwa-jiwa di sana Dengan satu harapan, muncul 'Salahuddin Al Ayubi' Agar sejarah berulang kembali Bagaimana bumimu kembali berseri Pada tanggal 27 Rejab ribuan tahun lalu Untuk jiwa-jiwa di sana Allah bersamamu Sentiasa.... Semoga satu hari yang tak pasti Empayar Zionis ranap dan terbenam Dan Islam perkasa seluasnya. azlinazmi/bh/110814

Buatmu MH17

Belum hilang resah menanti perkhabaran sahabatmu Kau pula menjadi tajuk utama dunia Belum habis kering linangan air mata keluarga sahabatmu Kau mengundang penderitaan baharu Sesungguhnya kepercayaan hakiki apabila Percaya dengan Kun Faa Yaa Kunn Tuhanmu Kerana Dia Yang Maha Agung Mengetahui setiap gerakan sekecil zarah di pelosok alam ciptaan Nya. MH370 kau hilang tanpa berita Ghaib tanpa tertemu MH17 kau terhempas di muka bumi Wajah gahmu ranap depan mata Moga roh-roh beriman di dalam hubungan sahabat ini Dirahmati Allah dan selalu ada Di bawah payung rahmat Nya Sampai akhirat. Sesungguhnya, Takdir kau dan dia sudah ketahui Takdir kami di sini belum pasti. alinazmi170714

Tentang Diri

"Usah biarkan hati kontang tanpa Iman Usah biarkan diri sunyi tanpa teman Kehidupan hari ini adalah masa depan Yang sudah berlalu biarkan pergi selamanya Masa takkan prnah berputar Apa lagi nak dikenangkan Ikut derap langkah mencari T elunjuk impian yang nak digapai..." azlinbh/bangsar/20714 

Puasa dan Menyusukan Anak

Puasa dan menyusukan anak bukan perkara mudah. Lebih-lebih lagi bagi mommies yang beri sepenuhnya susu ibu. Saya bercerita hanya bersandarkan pengalaman sendiri selain yang saya peroleh dari bacaan dan perbualan bersama ibu menyusu yang lain. Syukur, ini tahun kedua saya berpuasa dan menyusukan. Tahun lalu, penuh puasa walaupun period dah datang sebulan dua awal (sebelum Ramadhan).  Bercerita mengenai bagaimana untuk berpuasa sambil menyusukan anak? Antara tips paling mudah yang dapat dikongsi ialah :- 1. Amalkan sikap sederhana ketika berbuka. Jangan gelojoh dan 'berhari raya' sangat. Paling penting, amik makanan seperti nasi, banyakkan sayur-sayuran, sup dan kurma. Selain itu seperti biasa, saya amalkan teh hijau (no sugar)/japenese tea untuk minuman berperisa selepas berbuka.  2. Sebaik saja selesai Terawikh, boleh teruskan kudapan anda dengan mengunyah kuih muih, taufu fa, kurma, kekacang, biskut, roti, cereal dan lain-lain. Sebelum tidur, saya akan minum susu...

Ujian

'Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). ( Al-Baqarah: 214)'   Begitulah kehidupan manusia sebagai hamba Nya di muka bumi yang maha luas ini. Tiap saat ada saja ujian untuk dirinya cuma sama ada dirinya sedar atau tidak kera   na ujian itu pelbagai mengikut tahap keimanan, pegangan dan kekuatan mereka. Percayalah, tujuan ujian itu hadir dalam kehidupan tidak lain tidak bukan, kerana Allah sayangkan hamba Nya selain menunjukkan jalan yang benar saat diri kian terpesp...

Angan-angan ingin berjalan-jalan

Kadang-kadang perit rasa hati mengenangkan sikap yang bertukar 360 darjah sejak 4 tahun lalu. Tapi sebab egomu, aku juga dipersalahkan. Sampai hati buat dekat wanita yang dulunya kau dambakan, kau kejarkan dan kau hampir gila bila kehilangannya. Dan bila sah saja menjadi milik kau, kau pamerkan tandukmu, egomu, sombongmu sebagai suami. Kuasa apa kau pakai? Sampai satu masa kau tergamak rendahkan martabat seorang isteri. Kau perli dia, kau pandang rendah padanya dan kau permainkan perasaannya. Kau hanya mahu dirinya bila mana nafsumu memuncak! Hati aku bukan milikmu. Hati aku telah kau rentap dengan egomu selepas aku kenal erti cinta. Cinta aku dah lama hilang. Hilang bila mana ia retak berkecai dan mustahil untuk aku tampal kembali. Biar aku simpan memori yang secebis itu buat selamanya.

Bekerja Pekerjaan Kerja dan Dikerjakan

T ujuan bekerja adalah :- Mahukan duit setiap bulan bagi membayar PTPTN Untuk beli barangan peribadi Beri dekat mak dan ayah Simpanan masa depan dengan caruman KWSP, simpanan tetap TH dan ASB Simpanan insurans untuk anak-anak  Shopping Bagaimanapun, skop pekerjaan itu masih dipraktikkan menerusi :- Masuk ke pejabat pada waktu yang ditetapkan dan pulang selepas cukup jam bekerja Siapkan tugasan decepat mungkin Setiap tugasan dilaksanakan tanpa sebarang helah, culas, sambil lewa dan 'banyak main' Buat kerja mengikut apa yang menjadi pakar dan 'speciality' dengan diri sendiri Menulis itu senang, tetapi berkata benar dalam penulisan itu susah Justeru, setiap manusia mempunyai gaya kerja dan tujuan tersendiri. Komitmen seseorang berbeza dan jika ditanya pada diri sendiri, saya perlukan pekerjaan kerana saya belajar untuk mendapatkan kerja terbaik. Bukan sekadar untuk kepuasan diri tetapi keluarga lebih-lebih lagi dari sudut bantuan kewangan me...

Thomas

Igauan Piala Thomas Dua puluh dua tahun impian kulakarkan Akhirnya dalam hampir kau Tak tergenggam. Dua puluh dua tahun kenangan terpahat Semakin dekat kau Tak tergapai. Thomas, Harus bagaimana untukku lena Kerana kau dekat Tetapi kilauanmu menjauh sudah. Lantaran itu, Penantian menjadi penantian Dua tahun lagi bertemu muka Dengan satu harapan sama Kau berada di pelukan. azlin/bh25mei14

CINTA

Jangan ada cinta kedua Jika itu bukan milik cinta pertama Jaga biasakan hati dilemahkan dengan madah pujangga. Usah taksub pada kasih kedua Anda itu bukan milik kasih pertama Hadirnya dari pandangan pertama. Katakan tidak pada panahan kedua Kerana hala tuju terbentang sudah. Genggam erat cinta pertama Bersama menyemarak rasa cinta Walau berjuta tahun  Kerana, Cinta pertama sudah pasti Cinta kedua belum tentu indah.

Bisikan Hati, Gelora Jiwa

Pengalaman mendewasan walaupun ia menggerunkan saat pertama kali bersua. Itulah kehidupan. Pindah randah, tukar sana sini sentiasa menjadi igauan ngeri. lebih-lebih lagi bila diri sudah mula selesa di sesuatu tempat berteduh. Namun, jangan sangka panas berpanjangan hehehe... Akhirnya, sekali lagi dan kini diri menjamah sisa-sisa yang berbaki. Walaupun tidak tahu bila dan di mana, ia tetap menjadi PASTI.  Hati mula bergoncang bagai dihentam ombak tsunami dan perasaan terus tidak menentu hingga berantakkan sesama sendiri.  Semua adalah pasti. Berdiri kukuh, menghadapi  sebarang kemungkinan dengan tabah, sabar dan redha. Tidak perlu dipertikaikan tentang keadaan yang sedang hebat diperkatakan sana sini. Sudah tentu, semua perkara dan kejadian alam sekalipun ada perubahan dan pasang surutnya. Senyum, puaskan diri dengan perkara baru kerana ia mungkin memberi lebih banyak manfaat. Sesungguhnya, berbanggalah kerana kita menjadi antara insan terpili...

Kita Rasa Dicintai....

Kita rasa dicint ai apabila , Dia ada disisi saat musibah menimpa. Kita rasa dicintai jika, Dia sering hadir dalam mimpi walau tidak berharap. Kita rasa dicintai andai, Dia selalu muncul saat diperlukan. Kita rasa dicintai bila, Dia menadah kan bahu untuk air mata. Kita rasa dicintai kiranya, Dia senyum tanpa berkata-kata saat kita luahkan amarah. Itulah cinta Itulah dia yang dicintai Selalu ada dan sering siap sedia tanpa rebah.

Kerja Sambilan/Pendapatan Sampingan

Jujurnya saya tidak mempunyai bakat selain menulis. Masalahnya.. eh bukan masalah sangat pun. Malas ke tidak saja. Cuma, sukarnya menulis perlukan banyak ilham dan masa. Bagaimana harus saya mencuri masa untuk menulis sekiranya saya perlukan masa yang ada untuk menguruskan kehidupan. Paling penting saya tetap mahukan tidur yang cukup tujuh hingga lapan jam. Beruntunglah andainya kamu-kamu-kamu dan kamu punyai bakat selain daripada menulis seperti saya. Bakat kemahiran seperti menjahit, memasak, mambuat kek, mengubah hantaran, pomen, buat tudung-selendang-scarf- mencipta dan mereka dan lain-lain lagi. Kerana dengan bakat seperti itu ia memberi laluan kepada anda untuk memulakan perniagaan atau kerja sambilan yang tidak mengganggu kerja tetap anda. Pandangan saya sendiri, jujurnya, perniagaan yang benar-benar boleh diniagakan ialah perniagaan yang lahir daripada penat lelah akal yang memberi idea dan lenguh sengal otot tangan yang mereka ataupun memunggah. Tak faham? Senang ...

Zoo dan Kesesuaian

Lawatan ke Zoo Melaka pada musim cuti sekolah bersama Aniq Raheel. Aniq dan tentu teruja dan terkejut kerana dapat melihat sendiri haiwan 'National Geographic' nya secara langsung. Dari sekecil-kecil kura-kura sampailah sebesar gajah dan setinggi zirafah hingga segarang harimau dan buaya dapat dilihat. Sayangnya tidaklah dia ketemui si singa dan  si mickey mouse (tikus) hehe... 3.4 kilometer, anggaran perjalanan kami anak beranak ditemani dua adik perempuan di zoo Melaka memang memenatkan. Sungguh! Dengan bergilir mendukung si Ruhee yang kalau dibiarkan dia berjalan, terkedek-kedek jadinya. Itulah, kononnya nak ala-ala 'jungle tracking' haaa sekali amik ko, longgar kepala lutut dibuatnya. Sebelum berkongsi cerita dengan foto-foto yang sempat di'snap, nak ler juga berkongsi pandangan berhubung perkara-perkara yang 'agak pelik' atau 'tidak perlu' atau 'tolonglah!!!' sekiranya anda mahu ke zoo atau ke tempat-tempat yang sewaktu ...