Skip to main content

Posts

Showing posts from 2026

Dear Diary

Hasil bila buat scraptbook guna digital  Kadang-kadang aku teringat zaman dulu. Zaman bila nak minat seseorang pun kena ada usaha. Nak tengok muka artis kesayangan, kena tunggu majalah keluar. Lepas tu bermulalah misi hunting majalah; masuk kedai, selak satu-satu, belek setiap halaman kemudian berharap ada gambar artis yang kita suka. Bila jumpa, terus rasa macam dapat hadiah besar. Lepas tu ada pula kad artis. Sanggup longgok duit nak beli kad ada muka artis yang kita minat. Beli dan simpan dalam card holder, buat macam album. Bila free kita buka tengok sambil senyum.  Paling seronok bila jumpa kawan yang sama-sama kaki kumpul kad dan keratan majalah. “Eh, kau ada kad dia tak?” “Ada. Tapi aku nak yang tu.” “Okay, aku bagi dua kad aku.” Maka bermulalah sesi tukar-menukar kad dan gambar dari majalah. Semua kad dan makalah dikeluarkan atas meja. Susun satu-satu. Tengok mana yang duplicate dan mana yang belum ada. Bila berjaya dapat, hati bukan main puas. Macam baru menang hadiah...

P E N C A R I A N

  Kadang-kadang kita sibuk membandingkan diri dengan orang lain hingga terlupa menghargai perjalanan sendiri. Sedangkan Allah SWT tidak menilai siapa yang paling cepat tetapi siapa yang paling istiqamah melangkah. Hidup ini bukan perlumbaan sesama manusia. Ia adalah perjalanan kembali kepadaNya. Jangan terlalu keras menghukum diri atas kesilapan semalam. Taubat sentiasa terbuka dan setiap hari adalah peluang untuk menjadi hamba yang lebih baik. Selagi nafas masih ada selagi itu pintu rahmat Allah SWT tidak pernah tertutup. Dalam kehidupan, kita tidak mampu mengawal semua yang berlaku. Tetapi kita mampu memilih bagaimana kita bertindak balas. Hati yang sentiasa bersandar kepada Allah SWT akan tetap tenang walaupun diuji dengan seribu macam cabaran. Usrah bukan sekadar tempat menambah ilmu, tetapi ruang untuk saling menguatkan hati. Apabila iman terasa lemah, hadirnya sahabat yang mengingatkan Allah SWT adalah nikmat yang sangat besar. Jangan pernah malu untuk belajar kerana setiap l...

자기야 (cha-gee)

  “Sepuluh tahun,” bisik Irah perlahan sambil menatap skrin komputernya. Akim. Nama itu muncul semula di hadapan matanya. Entah kenapa, laju saja jari-jemarinya menaip di petak mesej, bertanya khabar sebagai permulaan bicara. Sapaan Irah disambut. Jantungnya berdegup tidak sekata. Diam-diam hampir setengah jam mereka berbalas mesej di muka buku. “Kalaulah kita tak terserempak tempoh hari?” ungkap Irah sendirian, cuba menenangkan hati yang tiba-tiba berkecamuk. Benar. Sebelum Irah menaip nama Akim di ruang carian, mereka pernah terserempak. Sekadar berbalas pandangan. Itulah pertemuan pertama mereka selepas sepuluh tahun berlalu. Mereka berpisah tanpa noktah. Tanpa penjelasan yang sempurna. Pertemuan pertama mereka suatu ketika dahulu masih jelas dalam ingatan. Akim lelaki pertama memerangkap hatinya selepas sekian lama. Ya, dialah juara sosok yang tidak bercinta sepanjang enam tahun di universiti.  Kehadiran Akim mengubah warna hatinya. Senyuman Akim, nada suaranya, semuanya t...

Detik Waktu

  Rasa yang tiada, Bertahan hanya meniti waktu. Sabar bersulam tabah, Hanya diri yang mengerti. Betapa luka dalam kian parah, Namun tetap utuh berdiri, Dengan kata semangat dan takdir. Walau jauh di sudut hati, Nurani kian tenat, Menanti degup berhenti, Entah sampai bila. -Alin Syukor-