Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Kisah kasih Akif Raheel

BINGKISAN MOMMY BUAT TIGA ANAKACUK

  Bila mommy tengok semula blog ini, membaca satu-persatu kisah anak-anak yang mommy luahkan, Allahu Akbar, besar dah anak-anak mommy. Aniq, Ruhee dan Akif sudahpun menginjak usia 14, 12 dan 9 tahun. Cerita korang tak semua mommy rangkum di sini kerana ia sudahpun subur dan sebati dalam hati dan fikiran mommy. Tak pernah sekalipun mommy lupa walaupun mungkin korang tak ingat. Sesungguhnya, hanya Allah SWT sahaja yang tahu betapa kasih dan cintanya mommy dekat korang walaupun ada ketikanya korang dimarahi mommy. Leter, marah, rotan dan apa saja yang mommy buat itu semua adalah kebaikan untuk korang.  Bukan senang nak lahirkan anak soleh dan solehah dan bukan mudah nak lentur anak-anak untuk menjadi manusia yang punyai akhlak dan adab. Itulah doa dan impian mommy semoga Aniq, Ruhee dan Akif menjadi manusia yang memiliki Iman dan Taqwa, yang mempunyai adab dan pekerti dan yang bersandar kepada akal yang waras. Andai kata satu hari nanti mommy pergi lebih awal, tak banyak mommy mo...

Tahun ketiga Akif Raheel

Akif Raheel semakin membesar. Barangkali dia adalah putera bongsu mommy dan daddy. Genetik pun dah habis bila sampai giliran Akif ni. Muka pun dah lebih kepada mommy, cerah sikit tak ada dah rupa anak India. Handsome sama macam abang walaupun duduk sebelah orang ingat mereka bukan adik-beradik. Menarik tentang Akif ni dia sayang dekat semua orang. Sayang sentiasa sama macam Ruhee. Dan dia paling lama minum susu mommy. Makanya dia memang manja mommy dan sangat manja. Perangai pun dah sama, kata daddy. Sekejap je membesar anak-anak ni. Tahun ini sudah pun tahun ketiga untuk Akif. Mei pun tak lama lagi. No more baby laaa Akif. Dah jadi big baby. Still my baby. Banyak perkara yang Akif dah mampu buat sendiri dan tak nak mommy tolong. Nak pakai baju sendiri, nak makan sendiri, buka tv sendiri, pilih baju sendiri dan semualah. Dari satu dua perkataan, Akif sudah pandai bina ayat. Membebel saja. Pandai ajak kakak main, abang bergaduh dan pandai ajak mommy borak. Alahai anak, cepat masa ...

Akif Raheel

Akif - I'tiqad Raheel - Penunjuk arah/kacak Semoga tahun pertama mu di dunia ini terus diberkati. Maaf sayang, mommy dan daddy belum sempat meraikan ulangtahun kelahiranmu yang pertama. InshaaAllah andai ada rezeki kita buat majlis sama seperti abang dan kakak. Akif, mommy sayang Akif sampai bila-bila. Akif budak baik sebab Akif tak banyak karenah walaupun melahirkanmu memberi 1001 pengalaman paling bermakna. Tetapi mommy enjoy sebab Dr Intan banyak membantu. Lahir pada Jumaat saat khutbah terakhir selesai adalah satu perkara paling bererti buat diri mommy. Moga Akif selalu jadi anak yang soleh dan dekat diri dengan Allah. Kebergantungan hidup adalah dengan Nya. iklhas, mommy

cerita lama

Akif Raheel yang sunyi tanpa berita.... Ceritanya tak hebat seperti abang Aniq  Tapi dia tetap menjadi pujaan hati mommy Dan kini.... Akif pada umur sebelas bulan 

Lahirnya Muhammad Akif Raheel

Betul kata orang, setiap kelahiran bagi setiap anak memang akan ada bezanya walaupun sedikit. Walaupun antara Aniq dan Ruhee tidak terlalu beza terutama jangkaan bersalin, tetapi tidak kepada Akif. Seperti Aniq dan Ruhee yang kononnya keluar seawal minggu 36-37, makanya Dr Intan pun menjangkakan perkara sama berlaku pada Akif. Jadi jangkaan tarikh si kecil ni keluar adalah pada 27 April 2015, awal dua minggu daripada tarikh bersalin sebenar pada 18 Mei 2015. Hendak dijadikan cerita, mommy ni pun ambillah cuti awal. 21 April ambil cuti dah huhu. Tapi sampai ke 27 tak beranak juga. Serah diri kat Dr Intan. Bukaan dah 1cm jadi kata Dr jalan dah ada jadi dia sarankan MC. Tak boleh dah nak travel Sbn-Kl. Logiknya, anak ketiga ni cepatlah bukaan tu membuka. Tapi tidak. Sampailah ke 6 Mei, check up seterusnya masih belum buka. Si Akif pula membesar dengan siht dlm perut mommy. Dah 3.45kg. Dr kata ini kalau tunggu mahu kena czer. Lagipun medical report sebelum ni, mommy memang akan alami...

Akhirnya...

Alhamdulillah. Akhirnya berjaya juga menjengah blog yang kian berhabuk dan penuh debu ini. Sejak Mac lalu, langsung tiada keinginan nak menulis di sini. Bukan sibuk atau kehilangan idea cuma malas dan lebih-lebih lagi tengah sarat mengandung. Kini, unborn baby pun sudah selamat dilahirkan pada 8 Mei lalu tepat jam 2.13 petang, hari Jumaat yang indah. Lahirnya Muhammad Akif Raheel, anak ketiga dan anak lelaki kedua mommy dan daddy, melengkapkan kehidupan rumah tangga kami. Syukur, semuanya berjalan lancar walaupun kelahiran Akif yang paling mendebarkan hati mommy kerana beratnya yang mencecah 3.49kg, lari daripada tarikh jangkaan lahir kerana jika ikut sejarah kelahiran Aniq dan Ruhee, keduanya selamat keluar pada minggu ke 36/37. Disebabkan Akif yang semakin sihat sepanjang dalam kandungan, makanya Dr Norintan Zainal Shah menasihatkan mommy untuk bersalin pada 8 Mei dan tidak perlu tunggu EDD iaitu pada 18 Mei. Apapun memang bersyukur kerana semuanya selamat dan Dr Norintan, se...