Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Ketamriansss

Ibu, Guru dan Bapa

Selamat hari-hari untuk semua di atas. Bermula dari hari ibu ke hari guru kemudian diikuti hari bapa. Indahnya hidup di bumi Allah... Semua hari yang diciptakan membawa berkat dan rezeki masing-masing. PRU-13 dah selesai, tahniah kepada pemenang. harapnya buatlah kerja anda sebagai wakil kami (rakyat). Harga barang termasuk Gov Tax tetaplah akan naik. Makanya, pandai-pandailah kita berjimat. Anda rakyat, anda yang pilih wakil anda. Baik buruk mereka, anda kena tanggunglah hahahaha Cukup cukup sudah.... HARI IBU Hari paling bermakna terutama bagi tahun 2013 yang mana semua ibu-ibu saudara termasuk ibu kandung diraikan dalam suasana harmoni. Kenangan terindah barangkali. Mana tidaknya, kebetulan, Hari Keluarga KETAM 2013 diadakan pada 10-12 Mei lalu yang mana pada malam Sabtu tersebut kami anak-anak membuat kejutan untuk mereka. Sebenarnya, acara ini tidak direncanakan awal-awal. Ia dibuat pada saat akhir. Malam sebelum bertolak, idea dicetus sepupu sulung. Saya okay saja kemud...

Hari Silih Berganti

Hari yang dinanti akan tiba jua. Hujung minggu ini semuanya bermula.  Rasa gembira dan sedih bercampur baur Turut hadir rasa takut dan seronok Mak Ayah dan kaum keluarga bakal berangkat ke Kota Suci Makkah Menanti detik yang pasti,  Berdoa semoga semuanya selamat Perginya mereka dan kembalinya mereka Mendapat umrah yang mabrur Haaaa... Sesak nafas nak menunggu waktu itu Pertama kali mak dan ayah berjauhan dari kami lima beradik :'( ~~~ Masa mereka sudah menghampiri, InshaaAllah jika diizinkan mahu juga ke sana ~~~

Cuti-Cuti Raya Cina

Selesai sudah percutian anak-beranak bersama keluarga masing-masing di Johor Bahru. Memulakan perjalanan dari Seremban pada 9 Februari sampailah ke 11 Februari kembali semula ke Seremban. Penat? Usah cakaplah! Mestilah penat tetapi penat yang berbaloi walaupun tidaklah berbaloi sangat hmmmm.... Kenapa ada yang berbaloi dan tidak? Meh kongsi cerita sikit pasal cuti-cuti Malaysia kali ini... PENAT BERBALOI 1. Seremban-JB-Singapura-JB-Muar-Seremban = Nampakkan berbaloinya percutian kali ini. Semua tempat dapat pergi. Seronok sebab Sabtu malam dari Seremban terus ke Taman Suria, JB, singgah rumah uncle Krishnan (Uncle suami), makan-makan sebelum ke The Puteri Pacific JB. Lima jam perjalanan, mestilah lapar dan bila sampai rumah uncle, dihidangkan dengan nasi beriyani WOW!!!! Perut lapar kebuluran dapat diisi dengan penuhnya tengah hari itu. 2. Kemudian, lebih kurang jam 3 petang, empat beranak terus ke hotel penginapan, sama tempat dengan surprise occasion u...