Menonton sendiri Saloma Biopic di saluran stesen berbayar, Astro memberi ruang kepada saya untuk menilai sendiri filem garapan anak buah biduanita negara Saloma iaitu Melissa Saila mengenai kisah ibu saudaranya mengikut perspektif ibunya iaitu kakak kepada Saloma, Mariani. Jika bercerita tentang pemilihan watak, lakonan Nabila Huda sebagai Saloma amat membanggakan. Gaya lenggok yang hampir sama, perwatakkan yang penuh mendalam umpama Saloma hidup di alam nyata. Syabas, kerana sebagai pelakon, pada saya Nabila 'belajar' untuk 'menjadi Saloma'. Watak-watak lain juga tidak kurang hebatnya, Tony Yusof sebagai P Ramlee dan Azhan Rani sebagai AR Tompel, memang tidak boleh dipertikaikan lagi. Barangkali mereka acapkali berlakon teater dan menjadi 'biasa' untuk membawa watak lagenda. Mempunyai dua episod iaitu Mencari Guruh dan pandang Kasih benar-benar menceritakan kisah disebalik kejayaan Saloma pada eranya. Kupasan kisah hidupnya dari kecil bersama Mar...
It's Okay Not To Be Okay. (사이코지만 괜찮아)