Skip to main content

Saloma Biopic (sudut pandang)

Menonton sendiri Saloma Biopic di saluran stesen berbayar, Astro memberi ruang kepada saya untuk menilai sendiri filem garapan anak buah biduanita negara Saloma iaitu Melissa Saila mengenai kisah ibu saudaranya mengikut perspektif ibunya iaitu kakak kepada Saloma, Mariani. 

Jika bercerita tentang pemilihan watak, lakonan Nabila Huda sebagai Saloma amat membanggakan. Gaya lenggok yang hampir sama, perwatakkan yang penuh mendalam umpama Saloma hidup di alam nyata. 

Syabas, kerana sebagai pelakon, pada saya Nabila 'belajar' untuk 'menjadi Saloma'. Watak-watak lain juga tidak kurang hebatnya, Tony Yusof sebagai P Ramlee dan Azhan Rani sebagai AR Tompel, memang tidak boleh dipertikaikan lagi. Barangkali mereka acapkali berlakon teater dan menjadi 'biasa' untuk membawa watak lagenda.

Mempunyai dua episod iaitu Mencari Guruh dan pandang Kasih benar-benar menceritakan kisah disebalik kejayaan Saloma pada eranya. Kupasan kisah hidupnya dari kecil bersama Mariani yang sentiasa ada disisi amat mencuit hati. Babak paling tidak disangka ialah 'lari rumah'. 

Tak terjangkau dek akal, Saloma dan Mariani sanggup lari dari rumah ibu tirinya di Kuala Selangor untuk kembali ke Singapura. Pada era itu! 

Babak-babak lain juga tidak kurang hebatnya. Bagaimana Melissa Saila berjaya memvisualkan 'minat mendalam' ibu saudaranya terhadap nyanyian. Kehebatan suaranya sejak diusia kanak-kanak memang tidak perlu disangkal.

Turut wujud dalam penceritaan Biopic Saloma ialah cerita keluarganya yang penuh berantakan. Walaupun sering dibezakan akibat sikap pilih kasih neneknya, Saloma dan Mariani tetap 'bersama' dalam susah mahupun senang.

Bagaimana Saloma berjaya, dipermainkan dan dihormati turut diselitkan Melissa Saila dengan garapan visual yang menarik dan boleh dianggap terbaik. Kerana, selepas selesai menonton Biopic Saloma, baru rasa 'kenal' Saloma dengan baik tidak seperti sebelum ini.

Kemudian, cerita tentang cinta jitunya terhadap suaminya, arwah P Ramlee membuatkan kisah biopic itu lebih menarik. Bagaimana seorang isteri rela berkorban dan sentiasa memberi sokongan padu dan menjadi tulang belakang disaat suami hampir tersungkur dalam kerjaya seni, itu membuatkan air mata menitis....

Sebagai penonton, saya melihat cerita Saloma bukan cerita AR Tompel. AR Tompel berada pada kelasnya tersendiri walaupun gambaran yang diberikan menerusi filem itu seperti menonjolkan 'kegedikan' beliau. Pembawaan watak oleh Azhan Rani boleh dikatakan baik.

Metafora yang dimuat dalam Biopic Saloma oleh Melissa Saila dapat disaksikan bagaimana seorang biduanita negara dan isteri kepada seniman agung, akhirnya hidup dalam penderitaan. Kegemilangannya pudar di saat hayatnya berakhir. Sama seperti nasib P Ramlee.

Sesungguhnya, kemasyurhan adalah sementara kerana yang kekal abadi adalah akhirat..... 


PS: Pemilihan pelakon kanak-kanak untuk watak Saloma dan Mariyani turut mencuit hati...



~~~ Wajib tonton kerana anda akan kenal siapa Puan Seri Saloma yang sebenarnya... ~~~

Comments

Popular posts from this blog

Sedikit Tentang Dr Intan

Saja nak berkongsi pengalaman walaupun sudah empat bulan masa itu berlalu. Pengalaman melakukan pemeriksaan kandungan bersama Dr Norintan Zainal Shah iaitu Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi di Columbia Asia Hospital, Seremban 2. Rindu pula dengan Dr Intan yang peramah dan sangat teliti ketika memeriksa saya ketika mengandungkan Ruhee. Hehehe (nak jumpa kena mengandung lagi ler Azlin oiii) Bukan apa, ada kawan-kawan dan sepupu yang tanya mengenai beliau sebab ada di antara mereka tinggal berdekatan Seremban dan sedang mencari hospital bersalin. Jika masa Aniq saya melahirkannya di KPJ bersama Dr Kala (Salah seorang Gyene terbaik di KPJ), untuk Ruhee saya pilih Dr Intan sebab Dr Kala tak silap saya sudah berpindah ke Dubai. Dr Intan ni, dari pandangan saya seorang yang serius dan tak suka hal remeh temeh. Contohnya, masa mengandung dulu, bulan puasa, jadi beliau menggalakkan saya berpuasa sampai habis. Katanya, jangan tinggalkan puasa kalau pening sikit-sikit...

Mencari Yang Terbaik (PART 1)

Bila mengandung, perkara pertama yang terlintas dalam akal fikiran adalah di manakah hendak saya bawakan 'anak dalam perut' ini? Bawa ke mana? hehehe Buat pemeriksaan lanjut. Sama ada di hospital kerajaan ataupun swasta. Pengalaman saya sepanjang mengandungkan dua anakacuk saya :) 1. Muhammad Aniq Raheel Disahkan mengandungkan si kacak lagi menawan hati ini pada Julai 2009. Disebabkan saya baru setahun lebih bekerja, company tidak menangung bayaran pemeriksaan di hospital swasta *Mengikut syarat company hanya membayar selepas tiga tahun perkhidmatan* ... Tapi dah rezeki, takkan sebab tak bayar, tak nak mengandung! Demi penjagaan teliti, saya pergi KPJ Hospital (Atas nasihat kakak ipar) Saya pilih Dr Kala sebab Dr Islam yang ada hanya Dr Ishak (Saya tak mampu nak menahan rasa kalau Dr lelaki.. Harap maklum). Alhamdulillah, kandungan baik-baik saja ketika itu. Untuk menyedapkan hati saya ke Klinik Kesihatan Seremban. Di sana memang ramai, datang pagi balik petang. Yal...

Istanbul Aku Datang

Lamanya tak menonton filem Melayu sebab semua hampir sama saja jalan ceritanya. Tapi sebab si Rafidah punya skrip, Istanbul Aku Datang membuatkan hati melonjak untuk menontonnya. Tapi tonton di YouTube aje ler kan hehehe baru perasan, lama gak tak tonton filem kat wayang hmmm Istanbul Aku Datang- skrip dan plot cerita yang simple but nice. Istanbul Aku Datang! baru saja menyudahkannya. Garapan yang sangat menarik, lebih-lebih lagi berlatarkan kita Istanbul, Turki yang indah dan mempesonakan. Sambil menonton sambil melancong kiranya. Macam Pisau Cukur, sekali lagi Rafidah selaku penulis skrip sememangnya bijak menggarap isi cerita dan menyusun watak-watak untuk melakonkan skrip ciptaannya. Walaupun ada sedikit ke'Koreaan terutama dalam pemilihan watak utama (Lisa sbg Dian) yang comel, kelam kabut dan sedikit kelakar, memuaskan saya sebagai penonton. haha Korea juga!!! Mungkin dah taksub sangat dengan drama Korea kot... Apapun two thumbs for Istanbul Aku Datang ;0 Besttt sangat2 ...