Skip to main content

Sedikit Tentang Dr Intan

Saja nak berkongsi pengalaman walaupun sudah empat bulan masa itu berlalu. Pengalaman melakukan pemeriksaan kandungan bersama Dr Norintan Zainal Shah iaitu Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi di Columbia Asia Hospital, Seremban 2. Rindu pula dengan Dr Intan yang peramah dan sangat teliti ketika memeriksa saya ketika mengandungkan Ruhee. Hehehe (nak jumpa kena mengandung lagi ler Azlin oiii)

Bukan apa, ada kawan-kawan dan sepupu yang tanya mengenai beliau sebab ada di antara mereka tinggal berdekatan Seremban dan sedang mencari hospital bersalin. Jika masa Aniq saya melahirkannya di KPJ bersama Dr Kala (Salah seorang Gyene terbaik di KPJ), untuk Ruhee saya pilih Dr Intan sebab Dr Kala tak silap saya sudah berpindah ke Dubai.

Dr Intan ni, dari pandangan saya seorang yang serius dan tak suka hal remeh temeh. Contohnya, masa mengandung dulu, bulan puasa, jadi beliau menggalakkan saya berpuasa sampai habis. Katanya, jangan tinggalkan puasa kalau pening sikit-sikit. Rugi. Lagipun ibu mengandung yang berpuasa lagi banyak manfaat yang diperoleh. Cuma, tegasnya, kalau rasa nak pitam, badan bergegar dan memang lemah, buka, jangan teruskan puasa. Maksudnya, puasalah selagi saya berupaya dan berdaya tahan.

Lagi satu, Dr Intan ni, ketika menjalankan ultra sound, beliau akan memberi maklum balas yang sangat terperinci tentang unborn baby. Dari degupan jantung, injap, jantina, pergerakan, kandungan air termasuk kedudukan unborn baby. Sampai dia puas hati baru dia stop scan. Selagi dia tak puas, dia cuba mencari. Contohnya cari jantina bayi hehehe Kiranya masa paling lama dia buat ultra sound ketika memeriksa saya dulu kira-kira sepuluh-lima belas minit.

Dr Intan juga pada pandangan saya ler kan, lebih suka kalau pesakitnya boleh bersalin normal. Confirm dia memang tak suka gunting suka hati. Selalunya dia cuba teknik, gunting selari (katanya sikit je itupun bahagian dalam yang setakat jahit sekali saja).

Melahirkan Ruhee bersamanya adalah kenangan terindah. Dia seorang yang sangat pandai kawal perasaan ibu yang sakit nak meneran. Ingat lagi gayanya, membesarkan matanya sambil memandang tepat ke arah saya. Azlin, teran, buka bibir, tekan gigi. Besarkan mata macma mata saya... hahaha lebih kuranglah ayat dia tu. Bagus cara macma tu sebab sebagai pesakit kita rasa ada hembusan semangat dan terus bertenaga untuk teran sebab Dr Intan pun teran sekali kekekeke

Paling bermakna, keluar saja Ruhee dengan selamat, perkataan Assalamualaikum baby girl lancar keluar dari mulutnya sambil disahut2 oleh jururawat yang mengiringi proses kelahiran itu. Yelah, masa Aniq Dr Kala sangat tegas dan agak kurang berinteraksi tapi dia bagus dari sudut cara kerja. Bezanya dah tentu sebab Dr Kala bukan Islam jadi tak adalah beri salam. Cuma untungnya masa Dr Kala, saya turut ditemani jururawat senior jadi proses bersalin masih indah... Hehe pangkat mak-mak kita kan, baik je jururrawat tu.

Jadi itulah Dr Intan yang saya kenal. Dia sentiasa cuba untuk tidak bagi 'rasa takut' dekat pesakitnya. Sampailah saya buat pap smear (pertama kali buat. Masa Aniq tak buat sebab takut sakit haha), kata dia relax je, jadi relax je la.. dia suruh batuk dua kali, terus siap buat pap smear tu... alahaiii memang tak sakit...

Oh ya, proses kelahiran yang menyeronokkan itu juga tiada sebarang jahitan luaran yang saya dapat. jahitan dalaman pun hanya sekali je sebab dapat rasa kan... Dalam miung miung sakit beranak (sebab tak bebrius), sempat tanya Dr Intan berapa jahitan. Dia senyum je tak de pun... Esoknya dia datang wad cek saya baru dia ceritakan, cara dia keluarkan Ruhee dengan terperinci. Walaupun ada medical term yang saya tak faham, yang pasti saya tahu cara kerjanya elok. Alhamdulillah, diketemukan dengan Dr Intan....


Ini pengalaman saya bersama Dr Intan... Lain individu lain rasanya kan kan... Jadi buatlah pilihan anda, dengar komen dari mereka yang pernah rasa, buat research dan rasai sendiri... Itulah yang saya buat di saat memilih Dr Kala dan Dr Intan sebagai Gyene dulu :) Dua-dua ada cara kerja tersendiri tetapi kedua-duanya memang baik kerjanya hehehe





 
~~~ Sebab macam best beranak walaupun memang sakit beranak itu ada, rasa macam nak mengandung lagi ler.. keke apa kata survey?~~~

Comments

ruzanna said…
Assalammualaikum Sis,

Thanks for sharing..sy currently tgh pregnant 4 bulan..anak ke-2..dok sibuk survey Gyna..heard about Dr. Intan..memang nk cari Dr. Perempuan, Muslim. Anak pertama dulu dgn Dr. Siti kat Tawakal..mmg superb! tapi sbb dah berpindah ke seremban, survey disini pula..

Nak tanya, kita boleh simply booking Dr. Intan atau macm mana? Ms 1st pregnancy, I start pg Tawakal at 6 months old pregnancy lebih kurang..monthly check-up kat Klinik Kesihatan..as what i'm doing now..rasanya will be going Columbia at about the same stage of pregnancy..unless being suggested otherwise ^^

Mohon share some tips ya..whether the doc is suggested by the Hospital or we can simply book her.
wassalam, boleh pergi saja terus ke Columbia dan daftar di registration. terus jumpa Dr Intan... inshaaAllah, moga dipermudahkan Allah urusan kamu :)
Unknown said…
Salam...berapa koz bersalin di columbia asia hospital
Tahun 2012 utk kelahiran anak kedua, normal dengan satu katil jumlah harga keseluruhan adalah RM2,100
Ismail said…
Salam....dan terimakasih atas semua yang Puan Nur'alin tulis mengenai saya. May Allah swt bless you and protects your family. Amin.
Dr Norintan :- wassalam. sama-sama doktor. Tak sangka Doktor baca entri ni. Terima kasih juga memberi banyak nasihat sepanjang FU checkup dengan Doktor sejak anak kedua dan keguguran hari tu.
Nurulhuda said…
Nak share jg ttg Dr Intan yg tlh menyambut 3 org anak saya. Sgt2 setuju dgn Nur'alin..bkn sj consultation dia yg sgt memuaskan..tp charge Dr Intan juga sgt2 berpatutan. Sy pun jahit sekali sj n dr Intan seboleh2nya mmg nak kita bersalin normal. Bab scan plak, mmg dia sgt2 teliti...n no extra charge for it (normal charge)..lg pun sebagai Islam kita mmg di suruh mencari Dr Islam perempuan sekiranya berkemampuan..
terima kasih puan Nurul atas maklum balas. Apa yang Pn Nurul katakan itu dan pengalaman Pn Nurul amat saya setujui. Alhamdulillah, mudah-mudahan Dr Intan masih di CA, N9.
Unknown said…
Sy juga br melahirkan baby girl bulan lpas dgn Dr Intan. Ini kelahiran yg ke 3 disambut oleh beliau. Beliau seorg yg sentiasa tenang dan menenangkan patient. Terima kasih Dr moga. Allah memberkati hidup mu hingga ke Jannah.
terima kasih syauqi zaim kerana turut berkongsi pengalaman anda. Moga sama-sama diberkati Allah :)
Anonymous said…
boleh sy tau hrga bersalin normal kat Columbia ni? untuk thun 2015
Anonymous said…
Hi DR.In tan. . I'm latha here.. still remember me?
Hope u are fine there.. I can't find u in dr's list under columbia asia.. are u still working there or transferred to other hospital.. My yahoo mail hacked by sum1 DR. Plz advise...
Hi mrs Latha. Yes, Dr intan still working at Columbia Asia, Seremban. I just delivered my 3rd baby with her. Tq
Terbaharu, normal harga RM3500. Pakej 1 bed delux room. Harga asal RM2888.
Unknown said…
Salam nuralin..
Taniah for 3rd baby. Saya nk tanya berapa total cost colombia caj you n baby yer?
Unknown said…
Salam nuralin..
Taniah for 3rd baby. Saya nk tanya berapa total cost colombia caj you n baby yer?
Unknown said…
Salam nuralin..
Taniah for 3rd baby. Saya nk tanya berapa total cost colombia caj you n baby yer?
Terbaharu RM3500/1 katil
Unknown said…
mcm mna nk jmpa doc intan tu? walk in je ke
Unknown said…
Biar saya tlg jwb kan..hehe.
Mohd azizi..u call columbia pastu set bila nk buat appoitment. So dtg pd hr yg dijanjikan.
Unknown said…
Biar saya tlg jwb kan..hehe.
Mohd azizi..u call columbia pastu set bila nk buat appoitment. So dtg pd hr yg dijanjikan.
T.ruslanismail said…
Boleh tahu latest kos bersalin di columbia asia?
last hari tu dalam RM3000 untuk normal :)
Unknown said…
Assalamualaikum... sy nk tanya.. kalsu sy nk buat check up je blh x? Sy sakit di bhgn bwh perut.. bila bersama suami pun sakit.. nak bngn/berjln pun sakit.. kebanyakkan org yg sy tanya, semua ckp pernakan sy jatuh.. sy nk dptkn kepastian doktor pakar.. blh ke sy dtg jumpa doktor Intan?
Unknown said…
Assalamualaikum... sy nk tanya.. kalsu sy nk buat check up je blh x? Sy sakit di bhgn bwh perut.. bila bersama suami pun sakit.. nak bngn/berjln pun sakit.. kebanyakkan org yg sy tanya, semua ckp pernakan sy jatuh.. sy nk dptkn kepastian doktor pakar.. blh ke sy dtg jumpa doktor Intan?
Intan Natni, call je CA dan buat appointment. boleh je untuk check up awak.

Popular posts from this blog

Mencari Yang Terbaik (PART 1)

Bila mengandung, perkara pertama yang terlintas dalam akal fikiran adalah di manakah hendak saya bawakan 'anak dalam perut' ini? Bawa ke mana? hehehe Buat pemeriksaan lanjut. Sama ada di hospital kerajaan ataupun swasta. Pengalaman saya sepanjang mengandungkan dua anakacuk saya :) 1. Muhammad Aniq Raheel Disahkan mengandungkan si kacak lagi menawan hati ini pada Julai 2009. Disebabkan saya baru setahun lebih bekerja, company tidak menangung bayaran pemeriksaan di hospital swasta *Mengikut syarat company hanya membayar selepas tiga tahun perkhidmatan* ... Tapi dah rezeki, takkan sebab tak bayar, tak nak mengandung! Demi penjagaan teliti, saya pergi KPJ Hospital (Atas nasihat kakak ipar) Saya pilih Dr Kala sebab Dr Islam yang ada hanya Dr Ishak (Saya tak mampu nak menahan rasa kalau Dr lelaki.. Harap maklum). Alhamdulillah, kandungan baik-baik saja ketika itu. Untuk menyedapkan hati saya ke Klinik Kesihatan Seremban. Di sana memang ramai, datang pagi balik petang. Yal...

사랑 이야기 (salang iyagi)

  Pertemuan kembali ini menjadi pertemuan yang dipenuhi luka dan duka. Mana tidaknya, selepas berbelas tahun akhirnya kisah yang terlerai penuh rahsia terhurai satu-persatu.  Perasaan mula berkocak, menusuk ke kalbu mengenangnya kenapa dan kenapa? Benar, jawapan kepada kenapa ia berlaku adalah takdir. Inilah takdir milik mereka atau inilah takdir antara mereka. Ila mendengar kisah yang lama tersimpan dengan perasaan berkecamuk. Matanya mula menakung air yang bila-bila masa saja akan gugur membasahi pipi. Kisah remaja mereka berdua tidaklah terlalu berliku cuma, rahsia yang tersimpan lama itu bagaikan membusuk hingga menyakitkan hati dan perasaan.  Ila bungkam dan realitinya itulah yang harus dia berhadapan sepanjang hidupnya. Tiada jawapan untuk setiap perenggan yang diungkap Iman.  “Kenapa awak biarkan?” Soal Ila sambil menagan tangisan yang hampir melimpah.  “Saya sedar waktu itu saya bukan siapa-siapa nak dibandingkan dia.” Iman hanya menunduk, mengacau air k...