Hasil bila buat scraptbook guna digital Kadang-kadang aku teringat zaman dulu. Zaman bila nak minat seseorang pun kena ada usaha. Nak tengok muka artis kesayangan, kena tunggu majalah keluar. Lepas tu bermulalah misi hunting majalah; masuk kedai, selak satu-satu, belek setiap halaman kemudian berharap ada gambar artis yang kita suka. Bila jumpa, terus rasa macam dapat hadiah besar. Lepas tu ada pula kad artis. Sanggup longgok duit nak beli kad ada muka artis yang kita minat. Beli dan simpan dalam card holder, buat macam album. Bila free kita buka tengok sambil senyum. Paling seronok bila jumpa kawan yang sama-sama kaki kumpul kad dan keratan majalah. “Eh, kau ada kad dia tak?” “Ada. Tapi aku nak yang tu.” “Okay, aku bagi dua kad aku.” Maka bermulalah sesi tukar-menukar kad dan gambar dari majalah. Semua kad dan makalah dikeluarkan atas meja. Susun satu-satu. Tengok mana yang duplicate dan mana yang belum ada. Bila berjaya dapat, hati bukan main puas. Macam baru menang hadiah...
Kadang-kadang kita sibuk membandingkan diri dengan orang lain hingga terlupa menghargai perjalanan sendiri. Sedangkan Allah SWT tidak menilai siapa yang paling cepat tetapi siapa yang paling istiqamah melangkah. Hidup ini bukan perlumbaan sesama manusia. Ia adalah perjalanan kembali kepadaNya. Jangan terlalu keras menghukum diri atas kesilapan semalam. Taubat sentiasa terbuka dan setiap hari adalah peluang untuk menjadi hamba yang lebih baik. Selagi nafas masih ada selagi itu pintu rahmat Allah SWT tidak pernah tertutup. Dalam kehidupan, kita tidak mampu mengawal semua yang berlaku. Tetapi kita mampu memilih bagaimana kita bertindak balas. Hati yang sentiasa bersandar kepada Allah SWT akan tetap tenang walaupun diuji dengan seribu macam cabaran. Usrah bukan sekadar tempat menambah ilmu, tetapi ruang untuk saling menguatkan hati. Apabila iman terasa lemah, hadirnya sahabat yang mengingatkan Allah SWT adalah nikmat yang sangat besar. Jangan pernah malu untuk belajar kerana setiap l...