Kadang-kadang kita sibuk membandingkan diri dengan orang lain hingga terlupa menghargai perjalanan sendiri. Sedangkan Allah SWT tidak menilai siapa yang paling cepat tetapi siapa yang paling istiqamah melangkah. Hidup ini bukan perlumbaan sesama manusia. Ia adalah perjalanan kembali kepadaNya.
Jangan terlalu keras menghukum diri atas kesilapan semalam. Taubat sentiasa terbuka dan setiap hari adalah peluang untuk menjadi hamba yang lebih baik. Selagi nafas masih ada selagi itu pintu rahmat Allah SWT tidak pernah tertutup.
Dalam kehidupan, kita tidak mampu mengawal semua yang berlaku. Tetapi kita mampu memilih bagaimana kita bertindak balas. Hati yang sentiasa bersandar kepada Allah SWT akan tetap tenang walaupun diuji dengan seribu macam cabaran.
Usrah bukan sekadar tempat menambah ilmu, tetapi ruang untuk saling menguatkan hati. Apabila iman terasa lemah, hadirnya sahabat yang mengingatkan Allah SWT adalah nikmat yang sangat besar. Jangan pernah malu untuk belajar kerana setiap langkah menuju kebaikan sedang dicatat sebagai pahala.
Semoga kita menjadi insan yang tidak hanya mengejar kejayaan dunia tetapi juga sibuk membina bekalan di bawa ke akhirat. Andai hari ini belum sempurna teruskan memperbaiki diri.
Kerana orang yang paling mulia bukan yang tidak pernah jatuh, tetapi yang sentiasa bangkit dan kembali kepada Allah SWT.

Comments