Lama sudah tak rasa senak perut dan sesak nafas saat membaca baris demi baris kisah yang dikiaskan dalam sebuah manuskirp yang dipanggil novel. Wah gitu ayat...
Tetapi, karya Iza Safiya, Sorry Aku Bukan Dia yang baru saja diterbitkan Karangkraf sekitar tahun ini membuatkan rasa itu hadir malah membuatkan air mata menitis gara-gara cerita yang disampaikan bukan cerita cinta biasa.
Tidak perlu rasanya untuk menceritakan sinopsis novel kerana lebih menarik kiranya sedikit paparan Sorry Aku Bukan Dia, dirumuskan mengikut hati ini yang membaca dengan 1001 emosi. hahaha
'Lari' daripada kebiasaan, bukan kisah cinta si perogol dengan yang dirogol dan bukan kisah cinta kahwin paksa mahu pun kontrak malah bukan juga kisah cinta yang bermula dengan benci tetapi kisah cinta yang cintanya hadir dalam lipatan sejarah kehidupan yang pahit.
Cerita yang agak sukar difahami pada mulanya, Iza (penulis) berjaya membuatkan pembaca keliru dengan permainan watak Hani Mariya.
Watak utama (Heroin) yang kelam, penuh tanda tanya dan misteri. Mengalami penderitaan dalam kehidupan berkali-kali sebenarnya iaitu sebelum dia menjadi Hani yang lama dan selepas dia menjadi Hani yang baru. Menerusi perwatakkan Hani ini boleh saja disimpulkan bahawa, usah memberi 100 peratus hati yang sarat dengan cinta hanya untuk seorang individu dan usah sesekali meluahkan seluruh rasa cinta dan sayang melebihi daripada cinta Allah dan Rasulullah.
Hadir Hazry Mikail (Hero), membawa 1001 kedaiaman buat diri Hani tanpa dia sedari. Rasa cinta lama seakan terkubur dan cinta baru mula hadir walaupun pada awalnya Hazry 'rasa' seperti dipergunakan. Mengenangkan siapa dirinya, Hazry hanya memendam rasa sampailah dia dilamar oleh majikannya. Dan, menerusi perwatakkan Hazry boleh dirumuskan, jodoh itu ketentuan Allah. Bernarlah kata orang, bumi ini bulat kerana ke mana saja perginya, bertemu juga akhirnya. Hazry bukan saja bertemu dengan jodoh yang ditetapkan tetapi lebih daripada itu.
Dua watak yang ajaib, saling memerlukan kerana merekalah perungkai rahsia masa silam.....
Siapa kata pesakit jiwa tidak boleh bahagia? Siapa kata driver tidak mampu membahagiakan?
Siapa kata cinta antara manusia takkan pernah berubah? Siapa kata cinta yang ditatang bagai minyak yang penuh tidak akan dibalas dengan tuba?
Itulah antara persoalan yang dirungkaikan dalam Sorry Aku Bukan Dia!
Siapa kata cinta antara manusia takkan pernah berubah? Siapa kata cinta yang ditatang bagai minyak yang penuh tidak akan dibalas dengan tuba?
Itulah antara persoalan yang dirungkaikan dalam Sorry Aku Bukan Dia!
~~~ Jom, cari, beli dan baca ~~~
Comments