Skip to main content

Cinta Jannah Part 2

Eh ada part 2 pula ler kan hehehe


Episod terakhir Cinta Jannah... oh tidakkkk kenapa perlu berakhir dengan sedih? Kenapa sengaja buat saya sebagai penonton geram? sakit jiwa? hmmm cerita ni macam perlu tambah dua episod lagi sebab ada beberapa yang perlu dihuraikan. cewahhhh (silalah buat skrip azlin oiiII) Bukan apa, ada beberapa perkara yang kurang jelas dan macam 'hish, takkan lertak perasan! tak tahu! dan tak tak lagi...

1) Kenapa masa kawan Izaril dengan tunang dia a.k.a kawan si Jannah datang rumah masa Izaril pengsan kat tepi kolam, kawan si Jannah tu takkan tak nampak bingkai gambar Jannah dekat dalam bilik Izaril?

2) Takkan, atok, nenek dan paksu Izaril tak tahu pasal Izaril jatuh sakit masa ditinggalkan si Jannah. At least boleh si paksu tolong kan kan kan

3) Kenapa si Sufian tak beritahu ayah Jannah pasal dia jumpa Jannah dan kenapa juga paksu tak jumpa mak Jannah beritahu yang Jannah dah jadi anak buah ipar dia? Padahal bukankah paksu tu ustaz yang baikkkk

4) Jannah pernah cakap dengan Izaril yang kampung dia dekat je dengan kampung Izaril. Jadi, kenapa si Izaril tak ke sana cuba cari. Logiklah, Jannah mesti tinggalkan Izaril dan balik kampung dia sebab Jannah mana ada tempat berteduh selain bawah bumbung Izaril

Haaaaa itulah persoalan yang bermain difikiran saya apabila menonton episod ke 23... Hari ni last episode okey!!! Hish, macam tak seronok sebab babak romantis Jannah dan Izaril sekejap je dipaparkan. Yang akhir-akhir pula banyak babak sedih.....

Hmmm redha je la kalau dah itu ketentuan yang ditulis penulis skrip kan kan kan.....

Pasti Cinta Jannah menjadi drama yang ditempatkan di dalam list drama kesukaan saya kekekeke

will missed them (actor/actress/script) ...

~~~ Berkobar sepanjang hari sambil ditemani rasa debar menanti episod akhir Cinta Jannah hari ni phewwww ~~~

Comments

Popular posts from this blog

Sedikit Tentang Dr Intan

Saja nak berkongsi pengalaman walaupun sudah empat bulan masa itu berlalu. Pengalaman melakukan pemeriksaan kandungan bersama Dr Norintan Zainal Shah iaitu Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi di Columbia Asia Hospital, Seremban 2. Rindu pula dengan Dr Intan yang peramah dan sangat teliti ketika memeriksa saya ketika mengandungkan Ruhee. Hehehe (nak jumpa kena mengandung lagi ler Azlin oiii) Bukan apa, ada kawan-kawan dan sepupu yang tanya mengenai beliau sebab ada di antara mereka tinggal berdekatan Seremban dan sedang mencari hospital bersalin. Jika masa Aniq saya melahirkannya di KPJ bersama Dr Kala (Salah seorang Gyene terbaik di KPJ), untuk Ruhee saya pilih Dr Intan sebab Dr Kala tak silap saya sudah berpindah ke Dubai. Dr Intan ni, dari pandangan saya seorang yang serius dan tak suka hal remeh temeh. Contohnya, masa mengandung dulu, bulan puasa, jadi beliau menggalakkan saya berpuasa sampai habis. Katanya, jangan tinggalkan puasa kalau pening sikit-sikit...

Mencari Yang Terbaik (PART 1)

Bila mengandung, perkara pertama yang terlintas dalam akal fikiran adalah di manakah hendak saya bawakan 'anak dalam perut' ini? Bawa ke mana? hehehe Buat pemeriksaan lanjut. Sama ada di hospital kerajaan ataupun swasta. Pengalaman saya sepanjang mengandungkan dua anakacuk saya :) 1. Muhammad Aniq Raheel Disahkan mengandungkan si kacak lagi menawan hati ini pada Julai 2009. Disebabkan saya baru setahun lebih bekerja, company tidak menangung bayaran pemeriksaan di hospital swasta *Mengikut syarat company hanya membayar selepas tiga tahun perkhidmatan* ... Tapi dah rezeki, takkan sebab tak bayar, tak nak mengandung! Demi penjagaan teliti, saya pergi KPJ Hospital (Atas nasihat kakak ipar) Saya pilih Dr Kala sebab Dr Islam yang ada hanya Dr Ishak (Saya tak mampu nak menahan rasa kalau Dr lelaki.. Harap maklum). Alhamdulillah, kandungan baik-baik saja ketika itu. Untuk menyedapkan hati saya ke Klinik Kesihatan Seremban. Di sana memang ramai, datang pagi balik petang. Yal...

사랑 이야기 (salang iyagi)

  Pertemuan kembali ini menjadi pertemuan yang dipenuhi luka dan duka. Mana tidaknya, selepas berbelas tahun akhirnya kisah yang terlerai penuh rahsia terhurai satu-persatu.  Perasaan mula berkocak, menusuk ke kalbu mengenangnya kenapa dan kenapa? Benar, jawapan kepada kenapa ia berlaku adalah takdir. Inilah takdir milik mereka atau inilah takdir antara mereka. Ila mendengar kisah yang lama tersimpan dengan perasaan berkecamuk. Matanya mula menakung air yang bila-bila masa saja akan gugur membasahi pipi. Kisah remaja mereka berdua tidaklah terlalu berliku cuma, rahsia yang tersimpan lama itu bagaikan membusuk hingga menyakitkan hati dan perasaan.  Ila bungkam dan realitinya itulah yang harus dia berhadapan sepanjang hidupnya. Tiada jawapan untuk setiap perenggan yang diungkap Iman.  “Kenapa awak biarkan?” Soal Ila sambil menagan tangisan yang hampir melimpah.  “Saya sedar waktu itu saya bukan siapa-siapa nak dibandingkan dia.” Iman hanya menunduk, mengacau air k...