panjang sungguh tajuk entri kali ini ... Ia sebagai pendapat dan pengalaman selain merumuskan apa yang cuba diperkatakan semua orang...
Rasa syukur semata-mata tanpa wujud rasa ikhlas, mungkin tidak berbaloi. Sebelum utuhnya Iman seseorang itu, rasa ikhlas haruslah dibaja dan disiram supaya ia menjadi sebati dalam jiwa dan akhirnya wujudlah rasa Iman yang mantap tanpa perlu diperlekehkan lagi.
Seperti saya, baru nak belajar menjadi sang ikhlas sejati. Tidak mahu yang tidak-tidak lagi atau kata lain, hanya syukur pada mulut namun tak pernah redha dalam hati.
Bersyukur dan terus bersyukur walaupun sedang menghadapi kedukaan mahupun kesusahan. Harus percaya di celah-celah kemiskinan dan kepayahan masih mempunyai denai untuk kita mencari sinar baru.
Kebahagian akan muncul diakhir jalan cerita sekiranya kita kuat menempuh dugaan mencabar. Bersyukur menjadi hamba Nya yang terpilih untuk menghadapi ujian Nya kerana Tuhan tidak akan menguji di luar kemampuan.
Duit? Kesenangan? Lambakan kerja? dan bermacam lagi sehingga mengakibatkan tekanan fizikal dan mental sering menjadi topik utama dalam melangsungkan kehidupan hari ini.
Adakalanya kita boleh selesaikan dengan sekelip mata, sebulan dua, setahun dua dan adakalanya tiada kesudahan.
Itu antara sebab penting untuk kita teruskan saja rasa bersyukur dengan penuh ikhlas. Pasti, keikhlasan kita diterima Nya lantas, lunaslah segala hutang piutang tanpa rasa mudarat, hilang rasa kesusahan tiba-tiba dan akhirnya menjadikan kita sebagai manusia bebas.
Senyum, ikhlas dan terima sebaiknya dengan penuh rasa kesyukuran pada setiap bencana yang menodai diri, pasti muncul jalan penyelsaian.
Ya, marilah berlajar bersykur dan berfikiran positif di saat diri dibelengu dengan pelbagai masalah rumit yang menyayatkan...
~~~ Saya sedang berusaha ke arah itu. Saya tak mahu mati dalam keadaan tertekan dan tanpa mempunyai sekelumit pun rasa syukur dan positif. Saya nak mati dalam keadaan tenang, dama

Comments