Skip to main content

Ujian





'Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). ( Al-Baqarah: 214)'

  Begitulah kehidupan manusia sebagai hamba Nya di muka bumi yang maha luas ini. Tiap saat ada saja ujian untuk dirinya cuma sama ada dirinya sedar atau tidak kera na ujian itu pelbagai mengikut tahap keimanan, pegangan dan kekuatan mereka. Percayalah, tujuan ujian itu hadir dalam kehidupan tidak lain tidak bukan, kerana Allah sayangkan hamba Nya selain menunjukkan jalan yang benar saat diri kian terpespng.

   Friman Nya, 'Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…(Al-Baqarah: 286)'

   Pentingnya di sini, setiap ujian yang datang terima dengan redha walaupun memang sukar atau terpaksa meenrima lebih-lebih lagi yang mensyahdukan dan memedihkan. InshaaAllah dalam keterpaksaan itu, jika hati kukuh dengan keimanan dan kepercayaan selama ini, rasa terpaksa itu akan menjadi ikhlas. 

   Firman Nya lagi, 'Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (Al-Ankabut: 2)'

   Oleh itu, selalulah menyerahkan diri dan merelakan hati dengan sebarang kemungkinan kepada Allah. Dia Tuhan yang Esa. Maha Pengasih lagi Maha Pengampum. 

Comments

Popular posts from this blog

Sedikit Tentang Dr Intan

Saja nak berkongsi pengalaman walaupun sudah empat bulan masa itu berlalu. Pengalaman melakukan pemeriksaan kandungan bersama Dr Norintan Zainal Shah iaitu Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi di Columbia Asia Hospital, Seremban 2. Rindu pula dengan Dr Intan yang peramah dan sangat teliti ketika memeriksa saya ketika mengandungkan Ruhee. Hehehe (nak jumpa kena mengandung lagi ler Azlin oiii) Bukan apa, ada kawan-kawan dan sepupu yang tanya mengenai beliau sebab ada di antara mereka tinggal berdekatan Seremban dan sedang mencari hospital bersalin. Jika masa Aniq saya melahirkannya di KPJ bersama Dr Kala (Salah seorang Gyene terbaik di KPJ), untuk Ruhee saya pilih Dr Intan sebab Dr Kala tak silap saya sudah berpindah ke Dubai. Dr Intan ni, dari pandangan saya seorang yang serius dan tak suka hal remeh temeh. Contohnya, masa mengandung dulu, bulan puasa, jadi beliau menggalakkan saya berpuasa sampai habis. Katanya, jangan tinggalkan puasa kalau pening sikit-sikit...

Mencari Yang Terbaik (PART 1)

Bila mengandung, perkara pertama yang terlintas dalam akal fikiran adalah di manakah hendak saya bawakan 'anak dalam perut' ini? Bawa ke mana? hehehe Buat pemeriksaan lanjut. Sama ada di hospital kerajaan ataupun swasta. Pengalaman saya sepanjang mengandungkan dua anakacuk saya :) 1. Muhammad Aniq Raheel Disahkan mengandungkan si kacak lagi menawan hati ini pada Julai 2009. Disebabkan saya baru setahun lebih bekerja, company tidak menangung bayaran pemeriksaan di hospital swasta *Mengikut syarat company hanya membayar selepas tiga tahun perkhidmatan* ... Tapi dah rezeki, takkan sebab tak bayar, tak nak mengandung! Demi penjagaan teliti, saya pergi KPJ Hospital (Atas nasihat kakak ipar) Saya pilih Dr Kala sebab Dr Islam yang ada hanya Dr Ishak (Saya tak mampu nak menahan rasa kalau Dr lelaki.. Harap maklum). Alhamdulillah, kandungan baik-baik saja ketika itu. Untuk menyedapkan hati saya ke Klinik Kesihatan Seremban. Di sana memang ramai, datang pagi balik petang. Yal...

Istanbul Aku Datang

Lamanya tak menonton filem Melayu sebab semua hampir sama saja jalan ceritanya. Tapi sebab si Rafidah punya skrip, Istanbul Aku Datang membuatkan hati melonjak untuk menontonnya. Tapi tonton di YouTube aje ler kan hehehe baru perasan, lama gak tak tonton filem kat wayang hmmm Istanbul Aku Datang- skrip dan plot cerita yang simple but nice. Istanbul Aku Datang! baru saja menyudahkannya. Garapan yang sangat menarik, lebih-lebih lagi berlatarkan kita Istanbul, Turki yang indah dan mempesonakan. Sambil menonton sambil melancong kiranya. Macam Pisau Cukur, sekali lagi Rafidah selaku penulis skrip sememangnya bijak menggarap isi cerita dan menyusun watak-watak untuk melakonkan skrip ciptaannya. Walaupun ada sedikit ke'Koreaan terutama dalam pemilihan watak utama (Lisa sbg Dian) yang comel, kelam kabut dan sedikit kelakar, memuaskan saya sebagai penonton. haha Korea juga!!! Mungkin dah taksub sangat dengan drama Korea kot... Apapun two thumbs for Istanbul Aku Datang ;0 Besttt sangat2 ...