Skip to main content

Zoo dan Kesesuaian


Lawatan ke Zoo Melaka pada musim cuti sekolah bersama Aniq Raheel. Aniq dan tentu teruja dan terkejut kerana dapat melihat sendiri haiwan 'National Geographic' nya secara langsung. Dari sekecil-kecil kura-kura sampailah sebesar gajah dan setinggi zirafah hingga segarang harimau dan buaya dapat dilihat. Sayangnya tidaklah dia ketemui si singa dan  si mickey mouse (tikus) hehe...

3.4 kilometer, anggaran perjalanan kami anak beranak ditemani dua adik perempuan di zoo Melaka memang memenatkan. Sungguh! Dengan bergilir mendukung si Ruhee yang kalau dibiarkan dia berjalan, terkedek-kedek jadinya. Itulah, kononnya nak ala-ala 'jungle tracking' haaa sekali amik ko, longgar kepala lutut dibuatnya.

Sebelum berkongsi cerita dengan foto-foto yang sempat di'snap, nak ler juga berkongsi pandangan berhubung perkara-perkara yang 'agak pelik' atau 'tidak perlu' atau 'tolonglah!!!' sekiranya anda mahu ke zoo atau ke tempat-tempat yang sewaktu dengannya.

1. Zoo adalah tempat haiwan di mana kawasan sekelilingya tidak ber'aricond. Jadi tolong jangan pakai ala-ala anda mahu ke negara beriklim sejuk beku.
2. Zoo adalah kawasan yang memerlukan peluh berjurai, jadi tidak perlu 'kottt' ber'make up tebal, bermaskara bagai, berkasut tumit tinggi, berskirt ketat dan berkebaya nyonya bagai sampai anda sendiri rasa senak satu badan.
3. Zoo memang tempat lawatan kanak-kanak. Bagaimanapun, sila ikut logik akal anda sebagai ibu bapa mahupun penjaga. Tolonglahhhhh jangan bawa budak yang baru berusia dalam 3 bulan ke bawah malah tidak digalakkan kanak-kanak yang berusia bawah setahun kot. Sebabnya mudah, bukan mereka faham pun apa yang  sedang berlaku sepanjang lawatan itu.
4. Zoo adalah taman haiwan untuk seisi keluarga jadi jangan nak berkera sumbang di dalam taman haiwan itu!

Paling mustahak adalah nombor 3.... Sepanjang dua hingga tiga jam menjelajah seluruh penempatan haiwan di Zoo Melaka, macma-macam ragam ibu bapa yang baru berkahwin dan dikurniakan anak. Ada dua tiga pasangan bersungguh membawa anak-anak yang boleh dikategorikan sebagai bayi. Melihat kaki yang masih merah sebesar dua jari dan tidak berstoking membuatkan hati meroyan rasa nak hambur kemarahan. hahahaha teruknya!

Macam tak boleh fikir, budak baru tiga bulan (mommy bajet la kan) dah dibawa ke zoo. Apa motifnya? Sudahnya, anak melalak kepanasan campur kepenatan barangkali. Alahai mak alahai bapak.... Fikir dulu sebelum merancang percutian keluarga. Tahu, anda mungkin teruja nak membawa anak. Lebih-lebih lagi anak pertama. Cuma, tempat yang anda tuju itu tidak sesuai dengan usia mereka. Sabar dulu. Hehe mommy dengan daddy anakacuk ni, umur Aniq empat tahun barulah rasa macam sesuai sangat dah bawa Aniq ke Zoo sebab dia dah faham dan kenal haiwan.

Nampak bezanya. Ruhee Ayra hanya lihat dan teruja dalam definisinya sendiri manakala Aniq dah mengerti apa itu haiwan. Dia tahu, mana gajah, mana zirafah, mana harimau dan lain-lain lagi. Sampaikan dia sendiri takut bila tengok haiwan itu secara 'live' yang memang besar daripada dia tengok dalam siri Barney Let's go to the zoo dan national geograpihc.


~~~Akhir kalam, buatlah pilihan terbaik untuk anak-anak dan belajar dari kesilapan. Mungkin anda boleh dimaafkan kerana itu anak pertama anda cuma apapun gunakan logik akal. Jangan main hentam saja sebab yang kasihan, adalah kanak-kanak itu sendiri hehehe...~~~

Comments

Popular posts from this blog

Sedikit Tentang Dr Intan

Saja nak berkongsi pengalaman walaupun sudah empat bulan masa itu berlalu. Pengalaman melakukan pemeriksaan kandungan bersama Dr Norintan Zainal Shah iaitu Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi di Columbia Asia Hospital, Seremban 2. Rindu pula dengan Dr Intan yang peramah dan sangat teliti ketika memeriksa saya ketika mengandungkan Ruhee. Hehehe (nak jumpa kena mengandung lagi ler Azlin oiii) Bukan apa, ada kawan-kawan dan sepupu yang tanya mengenai beliau sebab ada di antara mereka tinggal berdekatan Seremban dan sedang mencari hospital bersalin. Jika masa Aniq saya melahirkannya di KPJ bersama Dr Kala (Salah seorang Gyene terbaik di KPJ), untuk Ruhee saya pilih Dr Intan sebab Dr Kala tak silap saya sudah berpindah ke Dubai. Dr Intan ni, dari pandangan saya seorang yang serius dan tak suka hal remeh temeh. Contohnya, masa mengandung dulu, bulan puasa, jadi beliau menggalakkan saya berpuasa sampai habis. Katanya, jangan tinggalkan puasa kalau pening sikit-sikit...

Mencari Yang Terbaik (PART 1)

Bila mengandung, perkara pertama yang terlintas dalam akal fikiran adalah di manakah hendak saya bawakan 'anak dalam perut' ini? Bawa ke mana? hehehe Buat pemeriksaan lanjut. Sama ada di hospital kerajaan ataupun swasta. Pengalaman saya sepanjang mengandungkan dua anakacuk saya :) 1. Muhammad Aniq Raheel Disahkan mengandungkan si kacak lagi menawan hati ini pada Julai 2009. Disebabkan saya baru setahun lebih bekerja, company tidak menangung bayaran pemeriksaan di hospital swasta *Mengikut syarat company hanya membayar selepas tiga tahun perkhidmatan* ... Tapi dah rezeki, takkan sebab tak bayar, tak nak mengandung! Demi penjagaan teliti, saya pergi KPJ Hospital (Atas nasihat kakak ipar) Saya pilih Dr Kala sebab Dr Islam yang ada hanya Dr Ishak (Saya tak mampu nak menahan rasa kalau Dr lelaki.. Harap maklum). Alhamdulillah, kandungan baik-baik saja ketika itu. Untuk menyedapkan hati saya ke Klinik Kesihatan Seremban. Di sana memang ramai, datang pagi balik petang. Yal...

Istanbul Aku Datang

Lamanya tak menonton filem Melayu sebab semua hampir sama saja jalan ceritanya. Tapi sebab si Rafidah punya skrip, Istanbul Aku Datang membuatkan hati melonjak untuk menontonnya. Tapi tonton di YouTube aje ler kan hehehe baru perasan, lama gak tak tonton filem kat wayang hmmm Istanbul Aku Datang- skrip dan plot cerita yang simple but nice. Istanbul Aku Datang! baru saja menyudahkannya. Garapan yang sangat menarik, lebih-lebih lagi berlatarkan kita Istanbul, Turki yang indah dan mempesonakan. Sambil menonton sambil melancong kiranya. Macam Pisau Cukur, sekali lagi Rafidah selaku penulis skrip sememangnya bijak menggarap isi cerita dan menyusun watak-watak untuk melakonkan skrip ciptaannya. Walaupun ada sedikit ke'Koreaan terutama dalam pemilihan watak utama (Lisa sbg Dian) yang comel, kelam kabut dan sedikit kelakar, memuaskan saya sebagai penonton. haha Korea juga!!! Mungkin dah taksub sangat dengan drama Korea kot... Apapun two thumbs for Istanbul Aku Datang ;0 Besttt sangat2 ...