Skip to main content

Halal dan Haram

Hadis Keenam ( Hadis 40 Imam Nawawi )

HADITH 6
~~~On the authority of Al-Numan bin Basheer, who said : I heared the messenger of Allah say: “That which is lawful is plain and that which is unlawful is plain and between the two of them are doubtful matters about which not many people know. Thus he who avoids doubtful matters clears himself in regard to his religion and his honor, but he who falls into doubtful matters falls into that which is unlawful, like the shepherd who pastures around a sanctuary, all but grazing therein. Truly every king has a sanctuary, and truly Allah’s sanctuary is His prohibitions. Truly in the body there is a morsel of flesh which, if it be whole, all the body is whole and which, if it be diseased, all of it is diseased. Truly it is the heart."~~~



Maksudnya :-
   Daripada Abu Abdullah al-Nu’man ibn Basyer r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.”
Fokus Perbincangan:-
   1) Perkara Halal Jelas dan Perkara Haram juga Jelas :-
Yang telah dinaskan seperti kahwin, makan benda-benda yang baik.manakala yang haram sprt. minum arak, judi, zina dan riba.
   2) Perkara-perkara Syubhat :-
Berlaku dalam ibadah, muamalat dan lainnya.yang tidak jelas halal dan haram dan tidak ada nas padanya.
   3) Bila berhadapan dengan syubhat :-
Tinggalkan perkara tersebut untuk elakkan dosa – redha Allah.syubhat pada pandangan orang tapi tidak pada kita – mesti jelaskan supaya hilang syubhat tersebut -
(kisah nabi dgn. Sofiah – dilihat oleh sahabat).
tinggalkan syubhat – sifat wara’ – sempurna iman.
   4) Peranan Hati :-
Banyak ayat ditujukan pada hati (hadis – aqal terletak dihati)
hati berpenyakit – jihadnya dengan mengikut manhaj Allah.

Pengajaran hadith :-
   Seseorang mukmin mestilah cuba mengenali dan mempelajari perkara halal dan haram seterusnya melakukan yang halal dan meninggalkan yang haram demi menjaga kemuliaan agamanya.
   Perkara yang kesamaran, yang belum jelas halal haramnya adalah perkara syubhat yang mesti dijauhi, demi menjaga maruah diri dan keheningan agama.
   Sempadan murka dan redha Allah SWT ialah perkara haram. Sesiapa yang melewati garisan dan terjebak melakukan perkara haram, maka dia telah melewati sempadan kemurkaan Allah.
   Hati adalah raja segala anggota yang mesti dipastikan keelokannya dan kebersihannya justeru kerosakan dan kemusnahannya akan merosakkan dan memusnahkan seluruhan anggota badan yang lain.

~~~ Halal dan haram bukan saja terhadap makan dan minum tetapi lebih daripada itu. Seperti makan dan minum, Logo Halal bukan penentu tetapi bagaimana prosedur makanan dan minuman itu dibuat. Sama juga perkara lain dalam kehidupan. Mencari berkat itu penting walaupun sesaat dibazirkan dengan lagha... Wallah hu alam... ~~~



dipetik :- halalharamhadith

Comments

Popular posts from this blog

Sedikit Tentang Dr Intan

Saja nak berkongsi pengalaman walaupun sudah empat bulan masa itu berlalu. Pengalaman melakukan pemeriksaan kandungan bersama Dr Norintan Zainal Shah iaitu Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi di Columbia Asia Hospital, Seremban 2. Rindu pula dengan Dr Intan yang peramah dan sangat teliti ketika memeriksa saya ketika mengandungkan Ruhee. Hehehe (nak jumpa kena mengandung lagi ler Azlin oiii) Bukan apa, ada kawan-kawan dan sepupu yang tanya mengenai beliau sebab ada di antara mereka tinggal berdekatan Seremban dan sedang mencari hospital bersalin. Jika masa Aniq saya melahirkannya di KPJ bersama Dr Kala (Salah seorang Gyene terbaik di KPJ), untuk Ruhee saya pilih Dr Intan sebab Dr Kala tak silap saya sudah berpindah ke Dubai. Dr Intan ni, dari pandangan saya seorang yang serius dan tak suka hal remeh temeh. Contohnya, masa mengandung dulu, bulan puasa, jadi beliau menggalakkan saya berpuasa sampai habis. Katanya, jangan tinggalkan puasa kalau pening sikit-sikit...

Mencari Yang Terbaik (PART 1)

Bila mengandung, perkara pertama yang terlintas dalam akal fikiran adalah di manakah hendak saya bawakan 'anak dalam perut' ini? Bawa ke mana? hehehe Buat pemeriksaan lanjut. Sama ada di hospital kerajaan ataupun swasta. Pengalaman saya sepanjang mengandungkan dua anakacuk saya :) 1. Muhammad Aniq Raheel Disahkan mengandungkan si kacak lagi menawan hati ini pada Julai 2009. Disebabkan saya baru setahun lebih bekerja, company tidak menangung bayaran pemeriksaan di hospital swasta *Mengikut syarat company hanya membayar selepas tiga tahun perkhidmatan* ... Tapi dah rezeki, takkan sebab tak bayar, tak nak mengandung! Demi penjagaan teliti, saya pergi KPJ Hospital (Atas nasihat kakak ipar) Saya pilih Dr Kala sebab Dr Islam yang ada hanya Dr Ishak (Saya tak mampu nak menahan rasa kalau Dr lelaki.. Harap maklum). Alhamdulillah, kandungan baik-baik saja ketika itu. Untuk menyedapkan hati saya ke Klinik Kesihatan Seremban. Di sana memang ramai, datang pagi balik petang. Yal...

Istanbul Aku Datang

Lamanya tak menonton filem Melayu sebab semua hampir sama saja jalan ceritanya. Tapi sebab si Rafidah punya skrip, Istanbul Aku Datang membuatkan hati melonjak untuk menontonnya. Tapi tonton di YouTube aje ler kan hehehe baru perasan, lama gak tak tonton filem kat wayang hmmm Istanbul Aku Datang- skrip dan plot cerita yang simple but nice. Istanbul Aku Datang! baru saja menyudahkannya. Garapan yang sangat menarik, lebih-lebih lagi berlatarkan kita Istanbul, Turki yang indah dan mempesonakan. Sambil menonton sambil melancong kiranya. Macam Pisau Cukur, sekali lagi Rafidah selaku penulis skrip sememangnya bijak menggarap isi cerita dan menyusun watak-watak untuk melakonkan skrip ciptaannya. Walaupun ada sedikit ke'Koreaan terutama dalam pemilihan watak utama (Lisa sbg Dian) yang comel, kelam kabut dan sedikit kelakar, memuaskan saya sebagai penonton. haha Korea juga!!! Mungkin dah taksub sangat dengan drama Korea kot... Apapun two thumbs for Istanbul Aku Datang ;0 Besttt sangat2 ...