Skip to main content

사랑 이야기 (salang iyagi)

 


Pertemuan kembali ini menjadi pertemuan yang dipenuhi luka dan duka. Mana tidaknya, selepas berbelas tahun akhirnya kisah yang terlerai penuh rahsia terhurai satu-persatu. 

Perasaan mula berkocak, menusuk ke kalbu mengenangnya kenapa dan kenapa? Benar, jawapan kepada kenapa ia berlaku adalah takdir. Inilah takdir milik mereka atau inilah takdir antara mereka.

Ila mendengar kisah yang lama tersimpan dengan perasaan berkecamuk. Matanya mula menakung air yang bila-bila masa saja akan gugur membasahi pipi.

Kisah remaja mereka berdua tidaklah terlalu berliku cuma, rahsia yang tersimpan lama itu bagaikan membusuk hingga menyakitkan hati dan perasaan. 

Ila bungkam dan realitinya itulah yang harus dia berhadapan sepanjang hidupnya. Tiada jawapan untuk setiap perenggan yang diungkap Iman. 

“Kenapa awak biarkan?” Soal Ila sambil menagan tangisan yang hampir melimpah. 

“Saya sedar waktu itu saya bukan siapa-siapa nak dibandingkan dia.” Iman hanya menunduk, mengacau air kopi perlahan. 

“Benda dah jadi. Kecewa yang saya tanggung berbelas tahun dulu terjawab hari ini. Tak ada apa dah saya nak cakap.” Suara Ila mendatar bagaikan tiada rasa atau dihimpit dengan rasa kecewa yang disimpan terlalu lama. 

Mereke berpisah kala malam semakin gelap. Harus segera pulang kerana masing-masing sudahpun mempunyai tanggungjawab. 

Barangkali urusan berbelas tahun dulu sudah selesai malam itu. 

……………….

Hati Ila sakit dan kecewa dengan apa yang sedang dilalui. Masa lalu terus bermain di akal fikiran. Bukan tidak pernah dia mahu buat kerja bodoh cuma banyak tangan yang menghalang. 

Antara reda dan pasrah, Ila berada di pertengahan. Realitinya kehidupan perlu diteruskan dan setiap susunan memori lama itu harus disamarkan satu demi satu. 

…………….

Bertemu lagi dan lagi walaupun sekadar minum bersama membuatkan Ila dan Iman rasa lebih bersalah. Barangkali hubungan yang pernah berputik dan terputus tanpa noktah membuatkan salah seorang daripada mereka sukar merelakan sebuah lagi perpisahan. 

“Saya tetap akan sayangkan awak.” Ujar Iman. 

“Sayang tu tak ada erti. Kalau sayang pun biarlah sebagai sahabat atau diamkan.” Jawab Ila. 

“Saya nak bersama, kita bersama macam dulu.” Iman terus berkata-kata. 

‘Iman cuba meluahkan atau sekadar menguji’ bisik hati Ila. 

“Mungkin tidak. Anggap kita tiada jodoh dan biarlah saya simpan apa yang saya rasa.” Tutup Ila tidak mahu berbasi-basi lagi. 

………………..

Tiada lagi pertemuan sejak beberapa pertemuan selapas bertemu kembali selepas berpisah lebih 10 tahun lalu. Semuanya kembali seperti sebelum pertemuan kembali itu. Biar saja memori sebentar itu menjadi memori paling bermakna. Biarkan tersimpan rapi di kotak hati yang tersimpul rapi. 

Ila meneruskan saja perjalanan kehidupan yang ditetapkan takdir. Sekurangya kisah yang tersimpan sudahpun terbongkar. Saat dia meluahkan segala isi kecewa, ada yang menyahut. Siapa sangka begitu kisahnya. 

“Maafkan akak Ila. Akak tak tahu yang awak tak tahu selama ini,” suara Mir berketar saat menceritakan semuanya. 

“Mungkin bila Ila tahu awal, takdir boleh diubah atau mungkin bila semua ini tak berlaku laluan takdir Ila berbeza,” ada nada kecewa di situ. 

“Tapi Ila, inilah takdir yang sebenar. Takkan ada takdir yang boleh menjadikan Ila hari ini selain takdir yang sedang Ila lalui.”

“Walaupun sakit? Belum pasti Ila reda tapi Ila pasrah dengan segala yang berlaku,” air mata Ila jatuh lagi. 

…………..

Comments

Popular posts from this blog

Sedikit Tentang Dr Intan

Saja nak berkongsi pengalaman walaupun sudah empat bulan masa itu berlalu. Pengalaman melakukan pemeriksaan kandungan bersama Dr Norintan Zainal Shah iaitu Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi di Columbia Asia Hospital, Seremban 2. Rindu pula dengan Dr Intan yang peramah dan sangat teliti ketika memeriksa saya ketika mengandungkan Ruhee. Hehehe (nak jumpa kena mengandung lagi ler Azlin oiii) Bukan apa, ada kawan-kawan dan sepupu yang tanya mengenai beliau sebab ada di antara mereka tinggal berdekatan Seremban dan sedang mencari hospital bersalin. Jika masa Aniq saya melahirkannya di KPJ bersama Dr Kala (Salah seorang Gyene terbaik di KPJ), untuk Ruhee saya pilih Dr Intan sebab Dr Kala tak silap saya sudah berpindah ke Dubai. Dr Intan ni, dari pandangan saya seorang yang serius dan tak suka hal remeh temeh. Contohnya, masa mengandung dulu, bulan puasa, jadi beliau menggalakkan saya berpuasa sampai habis. Katanya, jangan tinggalkan puasa kalau pening sikit-sikit...

Mencari Yang Terbaik (PART 1)

Bila mengandung, perkara pertama yang terlintas dalam akal fikiran adalah di manakah hendak saya bawakan 'anak dalam perut' ini? Bawa ke mana? hehehe Buat pemeriksaan lanjut. Sama ada di hospital kerajaan ataupun swasta. Pengalaman saya sepanjang mengandungkan dua anakacuk saya :) 1. Muhammad Aniq Raheel Disahkan mengandungkan si kacak lagi menawan hati ini pada Julai 2009. Disebabkan saya baru setahun lebih bekerja, company tidak menangung bayaran pemeriksaan di hospital swasta *Mengikut syarat company hanya membayar selepas tiga tahun perkhidmatan* ... Tapi dah rezeki, takkan sebab tak bayar, tak nak mengandung! Demi penjagaan teliti, saya pergi KPJ Hospital (Atas nasihat kakak ipar) Saya pilih Dr Kala sebab Dr Islam yang ada hanya Dr Ishak (Saya tak mampu nak menahan rasa kalau Dr lelaki.. Harap maklum). Alhamdulillah, kandungan baik-baik saja ketika itu. Untuk menyedapkan hati saya ke Klinik Kesihatan Seremban. Di sana memang ramai, datang pagi balik petang. Yal...