Skip to main content

Kerja Sambilan/Pendapatan Sampingan



Jujurnya saya tidak mempunyai bakat selain menulis. Masalahnya.. eh bukan masalah sangat pun. Malas ke tidak saja. Cuma, sukarnya menulis perlukan banyak ilham dan masa. Bagaimana harus saya mencuri masa untuk menulis sekiranya saya perlukan masa yang ada untuk menguruskan kehidupan. Paling penting saya tetap mahukan tidur yang cukup tujuh hingga lapan jam.

Beruntunglah andainya kamu-kamu-kamu dan kamu punyai bakat selain daripada menulis seperti saya. Bakat kemahiran seperti menjahit, memasak, mambuat kek, mengubah hantaran, pomen, buat tudung-selendang-scarf- mencipta dan mereka dan lain-lain lagi.

Kerana dengan bakat seperti itu ia memberi laluan kepada anda untuk memulakan perniagaan atau kerja sambilan yang tidak mengganggu kerja tetap anda.

Pandangan saya sendiri, jujurnya, perniagaan yang benar-benar boleh diniagakan ialah perniagaan yang lahir daripada penat lelah akal yang memberi idea dan lenguh sengal otot tangan yang mereka ataupun memunggah.

Tak faham? Senang cerita lagi seronok dan mendatangkan hasil jika kita ni berniaga barang yang kita sendiri sediakan. Bukan kita menjadi ejen kepada tokay. haaa faham?

Itulah akhirnya, selayaknya saya menjadi ejen. Mungkin nampak mudah sebab ambil tempahan, stokis/whole-seller yang pos kemudian bank in duit dengan adanya keuntungan untuk diri sebagai ejen. Tak banyak cuma jadilah untuk keperluan tambahan atau simpanan masa depan.

Sebab itu, apabila adik mula berjinak dengan perniagaan grafiknya, saya galakkan sebab walaupun permulaannya banyak liku tapi InshaaAllah, apabila nama tercipta dengan sendirinya perniagaan itu menjadi mudah. Yang penting kena amalkan Sadaqah setiap masa, di mana saja dan kepada sesiapa saja yang memerlukan walaupun keluarga sendiri.

Sesiapa yang berminat dengan khidmat yang disediakan Syarikat Heq Zlu Creative, boleh ke FB Heq Zlu Creative atau terus ke kedai grafiknya di Jalan Junid, Muar Johor.

Perkhidmatan yang disediakan termasuk, rekaan kad perkahwinan, bunting, kad nama/perniagaan, cenderhati seperti mug, hiasan peti ais, bingkai gambar, T Shirt dan banyak lagi. Dapatkan pada harga berpatutan dengan rekaan terbaik, InshaaAllah.

Jadinya, bilalah agaknya saya nak bergelar penulis cerpen? novel? hahaha Bertunggak satu jenis karya novel yang dua tahun tiada jalan penamatnya. Mencari titik noktah namun masih kelam umpama malam tanpa bulan. Haihhh....

~~~ Sekarang ni semua orang mahu cari pendapatan sampingan gara-gara Malaysia mahu menjadi negara maju 2020 nanti... ~~~

Comments

Popular posts from this blog

Sedikit Tentang Dr Intan

Saja nak berkongsi pengalaman walaupun sudah empat bulan masa itu berlalu. Pengalaman melakukan pemeriksaan kandungan bersama Dr Norintan Zainal Shah iaitu Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi di Columbia Asia Hospital, Seremban 2. Rindu pula dengan Dr Intan yang peramah dan sangat teliti ketika memeriksa saya ketika mengandungkan Ruhee. Hehehe (nak jumpa kena mengandung lagi ler Azlin oiii) Bukan apa, ada kawan-kawan dan sepupu yang tanya mengenai beliau sebab ada di antara mereka tinggal berdekatan Seremban dan sedang mencari hospital bersalin. Jika masa Aniq saya melahirkannya di KPJ bersama Dr Kala (Salah seorang Gyene terbaik di KPJ), untuk Ruhee saya pilih Dr Intan sebab Dr Kala tak silap saya sudah berpindah ke Dubai. Dr Intan ni, dari pandangan saya seorang yang serius dan tak suka hal remeh temeh. Contohnya, masa mengandung dulu, bulan puasa, jadi beliau menggalakkan saya berpuasa sampai habis. Katanya, jangan tinggalkan puasa kalau pening sikit-sikit...

Mencari Yang Terbaik (PART 1)

Bila mengandung, perkara pertama yang terlintas dalam akal fikiran adalah di manakah hendak saya bawakan 'anak dalam perut' ini? Bawa ke mana? hehehe Buat pemeriksaan lanjut. Sama ada di hospital kerajaan ataupun swasta. Pengalaman saya sepanjang mengandungkan dua anakacuk saya :) 1. Muhammad Aniq Raheel Disahkan mengandungkan si kacak lagi menawan hati ini pada Julai 2009. Disebabkan saya baru setahun lebih bekerja, company tidak menangung bayaran pemeriksaan di hospital swasta *Mengikut syarat company hanya membayar selepas tiga tahun perkhidmatan* ... Tapi dah rezeki, takkan sebab tak bayar, tak nak mengandung! Demi penjagaan teliti, saya pergi KPJ Hospital (Atas nasihat kakak ipar) Saya pilih Dr Kala sebab Dr Islam yang ada hanya Dr Ishak (Saya tak mampu nak menahan rasa kalau Dr lelaki.. Harap maklum). Alhamdulillah, kandungan baik-baik saja ketika itu. Untuk menyedapkan hati saya ke Klinik Kesihatan Seremban. Di sana memang ramai, datang pagi balik petang. Yal...

Istanbul Aku Datang

Lamanya tak menonton filem Melayu sebab semua hampir sama saja jalan ceritanya. Tapi sebab si Rafidah punya skrip, Istanbul Aku Datang membuatkan hati melonjak untuk menontonnya. Tapi tonton di YouTube aje ler kan hehehe baru perasan, lama gak tak tonton filem kat wayang hmmm Istanbul Aku Datang- skrip dan plot cerita yang simple but nice. Istanbul Aku Datang! baru saja menyudahkannya. Garapan yang sangat menarik, lebih-lebih lagi berlatarkan kita Istanbul, Turki yang indah dan mempesonakan. Sambil menonton sambil melancong kiranya. Macam Pisau Cukur, sekali lagi Rafidah selaku penulis skrip sememangnya bijak menggarap isi cerita dan menyusun watak-watak untuk melakonkan skrip ciptaannya. Walaupun ada sedikit ke'Koreaan terutama dalam pemilihan watak utama (Lisa sbg Dian) yang comel, kelam kabut dan sedikit kelakar, memuaskan saya sebagai penonton. haha Korea juga!!! Mungkin dah taksub sangat dengan drama Korea kot... Apapun two thumbs for Istanbul Aku Datang ;0 Besttt sangat2 ...