Puasa dan menyusukan anak bukan perkara mudah. Lebih-lebih lagi bagi mommies yang beri sepenuhnya susu ibu. Saya bercerita hanya bersandarkan pengalaman sendiri selain yang saya peroleh dari bacaan dan perbualan bersama ibu menyusu yang lain. Syukur, ini tahun kedua saya berpuasa dan menyusukan. Tahun lalu, penuh puasa walaupun period dah datang sebulan dua awal (sebelum Ramadhan).
Bercerita mengenai bagaimana untuk berpuasa sambil menyusukan anak? Antara tips paling mudah yang dapat dikongsi ialah :-
1. Amalkan sikap sederhana ketika berbuka. Jangan gelojoh dan 'berhari raya' sangat. Paling penting, amik makanan seperti nasi, banyakkan sayur-sayuran, sup dan kurma. Selain itu seperti biasa, saya amalkan teh hijau (no sugar)/japenese tea untuk minuman berperisa selepas berbuka.
2. Sebaik saja selesai Terawikh, boleh teruskan kudapan anda dengan mengunyah kuih muih, taufu fa, kurma, kekacang, biskut, roti, cereal dan lain-lain. Sebelum tidur, saya akan minum susu kotak yang dipanaskan. Terakhir, saya ambil Adinda (Qaseh Gold).
3. Bersahurlah kerana ibu menyusu perlukan tenaga bukan saja untuk memproduk susu tetapi untuk diri sendiri. Ambil makanan berzat seperti yang sedia maklum. Air jangan dilupai hehe... Kalau saya, saya akan ambil horlick, milo, susu atau yogurt. Sambil-sambil tu saya kunyah kurma. Penutup sahur baru saya ambil suplemen vitamin c dan b complex shaklee.
4. Jangan risau andainya sesi mengepam anda tidak segah dulu. Kena ingat, kita berpuasa. Produktiviti menurun sikit sebab tak makan dan minum. Tetapi susu masih ada dalam kilang pemprosesan. Cuma, kerapkan mengepam walau mendapat lima enam titik. Jangan biarkan breast bengkak baru nak mengepam. Kerapkan dua jam sekali mungkin. Saya sendiri pun, kalau bukan bulan Ramadhan dapat empat botol dengan tiga sesi mengepam dan kalau Ramadhan dapat tiga botol je dengan sesi mengepam dengan purata keseluruhan antara 6oz ke 7oz saja berbanding hari biasa 9oz ke 10 oz :)
5. Kalau bersama anak sepanjang hari ketika berpuasa terutama hari cuti. Suakan saja ke anak susu terus dari breast. Sambil-sambil tu beri baby makan kalau dia boleh makan hehe... Memang melekap je macam Ruhee hari tu. Mentang-mentang mommy tak memasak dan buat aktiviti biasa di rumah, so melepak je dengan dia. Dia pun melekap je WALAU dah makan semangkuk nasi erkkkkkk
6. Perkara terakhir ialah berdoa, berzikir dan selalu positif dan percaya bekalan susu mencukupi. Sambil-sambil itu jangan paksa badan untuk mengeluarkan susu tetapi bertenang. Jangan terkejut dengan kekurangan susu secara tiba-tiba. Seperti hari ini, kerana tidak sempat minum teh hijau atau susu dan juga tak sempat ambil suplemen, dua kali mengepam hanya dapat 5 oz??? huwaaaaa tak apa, think positive :O
PS: malam ni mommy kena ot sikit buat power pumping hehe.. iyolah, bekalan stock kena jaga. InshaaAllah misi mommy untuk tiga bulan seterusnya. Chaiyo!!!
~~~ Teruskan usaha mommies semua untuk menyusukan anak dalam masa dua tahun seperti disuruh Nya. Moga niat yang murni itu dapat ditunaikan dan selamat maju jaya ~~~
Comments