Skip to main content

Surat untuk Aniq Raheel

Assalammualaikum,

Buat tatapan anakanda, Muhammad Aniq Raheel Bin Muhammad Hariz Ramesh Pillai.... Mungkin saat Aniq membaca warkah ini dan juga hasil tulisan mummy dalam blog ini, mummy sudah tua atau berumur atau tidak sihat atau masih gembira dan sejahtera bersama Aniq dan daddy. Mummy dan daddy mahu Aniq jadi anak terbaik di antara mereka yang terbaik. Apa yang penting mummy dan daddy mahu Aniq bukan saja mencari, menggali ilmu duniawi saja tetapi terus meneliti memahami ilmu akhirat supaya hidupmu kekal bahagia, diberkati Allah hingga ke akhirat...

Aniq, tahu tak ini adalah kisah Aniqsebab blog ini khas dibuat untuk Aniq memandangkan Aniq adalah anugerah paling indah dan bermakna dalam hidup ini. 

"Semakin hari, detik demi detik dan tiap saat, Aniq kian menampakkan pelbagai bentuk kemahirannya. Dari menyiarap ke merangkak kemudian bertatih dan berjalan sehinggalah hari ini semakin laju langkah dan lariannya. Di tambah lagi dengan bijaknya Aniq mengikut kata-kata mummy dan daddy dan setiap tegahan mahupun suruhan juga diikuti. Cepatnya besar Aniq... Hmmmm macam mimpi sebab rasa baru semalam sakit beranakkan dia dan rasa baru bulan lepas habis pantang. Tapi tanpa sedar, dah 17 bulan Aniq menghirup udara bumi yang tak berapa nak segar..."

Cuma, mummy sentiasa menadah tangan berdoa memohon daripada Allah supaya Aniq mummy sentiasa sihat tubuh badan, sihat akal fikiran, sihat semuanya dan ceria, bersemangat dan semuanya yang baik hanya untuk Aniq. Sudah tentu mohon mummy pada Allah agar Aniq jadi anak soleh, insan beriman dan baik budi pekerti, tutur kata juga akhlak, sentiasa dilindungi, dirahmati Allah dan dijauhi dari segala kemudaratan, kesengsaraan dan keperitan hidup di dunia maha fana ini dan juga akhirat.

Aniq, kehidupan yang sedang dan bakal Aniq tempuh semakin hari semakin berbelit, berlingkaran dan berismpang-simpang. Jadi, Aniq harus bijak mengguna pakai akal waras, minda cerdik dan hati bersih supaya Aniq tidak sesat atau tersalah arah. Apa yang Aniq lalui berbeza sepuluh tahun lalu malah jauh bezanya ketika mummy seusia Aniq. Sangat-sangat nak... Di saat Aniq pandai menyiarap sekalipun, dunia dah jauh berubah dari zaman kanak-kanak mummy. Ketika itu juga dunia dag semakin janggal. Itulah yang selalu mummy risau. Mengenangkan zaman tika Aniq semakin menginjak dewasa.

Sebab itu, mummy dan daddy merencanakan kehidupan kanak-kanak Aniq. Bukan mengongkong tetapi mahukan yang terbaik untuk Aniq. Sebab itu juga mummy dan daddy mahu Aniq pandai mengaji, faham apa yang Aniq baca, tahu tentang tafsir Al Quran, tahu hukum hakam dan tahu apa saja mengenai suruhan dan larangan Allah. Mummy dan daddy memang menjadualkan sesuatu untuk Aniq. Setiap hari berfikir, apa yang harus dibuat untuk masa depan Aniq. Apa jenis sekolah yang sesuai untuk Aniq menimba ilmu pengetahuan dunia dan akhirat. Mummy takut andai tersilap langkah. Mahu Aniq pintar tetapi lupa mengajar Aniq Alif Ba Ta. Mahu Aniq bijak tetapi alpa mendendangkan Aniq bacaan Quran dan mahu Aniq cerdik tetapi melepaskan kisah-kisah Rasulullah.

Aniq, sekiranya saat Aniq membaca nukilan mummy, satu saja pinta mummy. Jadilah anak berguna nak.... Jadi seperti daddy yang baik budi pekertinya, tutur katanya dan tahu halal haram dan suruhan Nya walaupun baru beberapa tahun memeluk Islam. Ikutilah tingkah laku atok Aniq, pandai melaungkan azan, bijak dalam ilmu agama, penyabar dan kuat pegangannya dan contohilah Ayahngah dan ayahchik Aniq yang pandai mengaji Quran, tahu tanggungjawab sebagai anak lelaki dan menghormati mak dan ayah (atok dan nenek)...

Itulah lelaki-lelaki yang paling mummy sayang dan kagumi. Jadilah seperti mereka. Kejar dunia, selami akhirat. Ingat pesan mummy. Moga kita bersama-sama hidup tenteram, aman dan muhibbah... Kasih mummy dan daddy untuk Aniq hingga ke akhirat. Marah mummy dan daddy untuk Aniq sebagai pengajaran dan teguran kami umpama peringatan supaya Aniq tidak tersasar. Jaga diri, jaga maruah, hiasi peribadi dan perkukuhkan ilmu. Jangan terikut-ikut budaya yang tidak berakal dan tidak berhaluan juga jangan turuti ajaran yang terpesong dan tidak berlandaskan Quran dan Sunnah.... 

Mummy harap Aniq faham kenapa, mummy marah, rotan, tegur atau apa saja .... Mummy harap Aniq lebih mengerti kini....

Daripada,
Mummy Aniq

Wajah-wajah manja comel Aniq

Daddy, Aniq dan Mommy = KAMI


Comments

Popular posts from this blog

Sedikit Tentang Dr Intan

Saja nak berkongsi pengalaman walaupun sudah empat bulan masa itu berlalu. Pengalaman melakukan pemeriksaan kandungan bersama Dr Norintan Zainal Shah iaitu Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi di Columbia Asia Hospital, Seremban 2. Rindu pula dengan Dr Intan yang peramah dan sangat teliti ketika memeriksa saya ketika mengandungkan Ruhee. Hehehe (nak jumpa kena mengandung lagi ler Azlin oiii) Bukan apa, ada kawan-kawan dan sepupu yang tanya mengenai beliau sebab ada di antara mereka tinggal berdekatan Seremban dan sedang mencari hospital bersalin. Jika masa Aniq saya melahirkannya di KPJ bersama Dr Kala (Salah seorang Gyene terbaik di KPJ), untuk Ruhee saya pilih Dr Intan sebab Dr Kala tak silap saya sudah berpindah ke Dubai. Dr Intan ni, dari pandangan saya seorang yang serius dan tak suka hal remeh temeh. Contohnya, masa mengandung dulu, bulan puasa, jadi beliau menggalakkan saya berpuasa sampai habis. Katanya, jangan tinggalkan puasa kalau pening sikit-sikit...

Mencari Yang Terbaik (PART 1)

Bila mengandung, perkara pertama yang terlintas dalam akal fikiran adalah di manakah hendak saya bawakan 'anak dalam perut' ini? Bawa ke mana? hehehe Buat pemeriksaan lanjut. Sama ada di hospital kerajaan ataupun swasta. Pengalaman saya sepanjang mengandungkan dua anakacuk saya :) 1. Muhammad Aniq Raheel Disahkan mengandungkan si kacak lagi menawan hati ini pada Julai 2009. Disebabkan saya baru setahun lebih bekerja, company tidak menangung bayaran pemeriksaan di hospital swasta *Mengikut syarat company hanya membayar selepas tiga tahun perkhidmatan* ... Tapi dah rezeki, takkan sebab tak bayar, tak nak mengandung! Demi penjagaan teliti, saya pergi KPJ Hospital (Atas nasihat kakak ipar) Saya pilih Dr Kala sebab Dr Islam yang ada hanya Dr Ishak (Saya tak mampu nak menahan rasa kalau Dr lelaki.. Harap maklum). Alhamdulillah, kandungan baik-baik saja ketika itu. Untuk menyedapkan hati saya ke Klinik Kesihatan Seremban. Di sana memang ramai, datang pagi balik petang. Yal...

Istanbul Aku Datang

Lamanya tak menonton filem Melayu sebab semua hampir sama saja jalan ceritanya. Tapi sebab si Rafidah punya skrip, Istanbul Aku Datang membuatkan hati melonjak untuk menontonnya. Tapi tonton di YouTube aje ler kan hehehe baru perasan, lama gak tak tonton filem kat wayang hmmm Istanbul Aku Datang- skrip dan plot cerita yang simple but nice. Istanbul Aku Datang! baru saja menyudahkannya. Garapan yang sangat menarik, lebih-lebih lagi berlatarkan kita Istanbul, Turki yang indah dan mempesonakan. Sambil menonton sambil melancong kiranya. Macam Pisau Cukur, sekali lagi Rafidah selaku penulis skrip sememangnya bijak menggarap isi cerita dan menyusun watak-watak untuk melakonkan skrip ciptaannya. Walaupun ada sedikit ke'Koreaan terutama dalam pemilihan watak utama (Lisa sbg Dian) yang comel, kelam kabut dan sedikit kelakar, memuaskan saya sebagai penonton. haha Korea juga!!! Mungkin dah taksub sangat dengan drama Korea kot... Apapun two thumbs for Istanbul Aku Datang ;0 Besttt sangat2 ...