Skip to main content

Sekadar pandangan

Hanya kerana memperoleh 5A dalam UPSR, seorang pelajar di Kelantan menerima hadiah istimewa daripada ibu bapanya - sebuah mini cooper. Indah sungguh nasib pelajar itu kan!

Entahlah, mungkin itu rezeki budak tu sebenarnya. Lagipun ayah dia dah berjanji sakan jadi bila ditunaikan si anak, si ayah kenalah bayar janji. Lagipun, ayah dia mampu jadi apa kisah hehehe :)

Cuma seramnya andainya hadiah-hadiah mahal seumpama itu mampu 'menjunamkan' anak, bagaimana?

Persoalan yang tiada jawapan sebab ia terpulang pada individu itu sendiri khususnya ANAK!

Anak yang menerima pengiktirafan sejauh itu perlu tahu landasan hidupnya. Itu sajalah pesanan khidmat masyarakat daripada saya hahaha

Pendapat saya? Selaku seorang anak, ayah dan emak ketika 'tumbesaran' saya tidak pernah menjanjikan apa-apa walaupun sekecil hadiah. Apatah lagi sebesar hadiah. Selain kemungkinan hidup dalam kesusahan, ayah memainkan peranan sebagai ketua keluarga yang bijak bermain kata nasihat.

Nasihatnya :- "Belajar untuk diri sendiri. Biar faham apa yang dipelajari untuk digunakan pada masa depan. Kalau kau belajar dengan baik, kau juga senang. Ayah dan emak tak dapat apa-apa, cuma tempiasnya saja. Selagi ayah mampu tanggung pengajian kau, belajar sampai berjaya. Yang senang esok kau!"

Mudah tak? Jadinya selama saya membesar, saya belajar mengikut 'roda kehidupan' yang mana 'pembelajaran' itu sudah termaktub dalam diari kehidupan masing-masing.

Memang pada awalnya tak nampak tujuan belajar tetapi lama kelamaan, apabila diri kian dewasa, ia jelas kelihatan. Perlunya belajar? Perlunya memiliki segulung sijil, diploma mahupun ijazah!

Mungkin ayah orang lama, itu cara didikannya sebab ayah juga dilahirkan dalam keluarga susah. Mungkin lagi susah dengan adik beradik yang sebelas itu. Namun, semuanya berjaya dalam hidup masing-masing :O

Jadinya, Aniq, Ruhee dan bakal adik-adik korang, maaflah! Mommy dan daddy memang sepakat takkan menjanjikan apa-apa yang terlalu LUAR BIASA untuk kalian dan pesanan khidmat masyarakat untuk kalian,

"BELAJAR ADALAH UNTUK KEPENTINGAN DIRI SENDIRI. BELAJAR BUKAN KERANA PERIKSA TETAPI KERANA MAHU FAHAM APA YANG DIPELAJARI SUPAYA DAPAT DIGUNA PADA MASA DEPAN!"

Kes :- Tiap kali Aniq menghadapi luka dimatanya, memang tak adanya nak janji macam-macam hanya sebab untuk dia buka mata. Cuma cakap, "Aniq cubalah buka mata tu perlahan-lahan sebab Aniq yang susah. Ruhee main sorang je tu, kesian dia. Aniq buka mata cepat, cepatlah Aniq dapat main dengan adik!"

Aniq faham, dalam diam, siap masuk bilik, (mungkin gelap) dia cuba membuka matanya, bila mommy jenguk, dia suruh mommy jangan tengok. Jadi mommy intai, dia memang berusaha. Ya, walaupun selepas empat hari :P Mungkin Aniq dah rasa bosan dengan mata terpejam selama waktu itu! Tahniah Aniq :O





~~~ Mendidik anak dengan bermacam kaedah cuma gunakan logik akal. Mungkin boleh umpan dengan apa saja tapi biarlah berpada hehehe ~~~

Comments

Popular posts from this blog

Sedikit Tentang Dr Intan

Saja nak berkongsi pengalaman walaupun sudah empat bulan masa itu berlalu. Pengalaman melakukan pemeriksaan kandungan bersama Dr Norintan Zainal Shah iaitu Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi di Columbia Asia Hospital, Seremban 2. Rindu pula dengan Dr Intan yang peramah dan sangat teliti ketika memeriksa saya ketika mengandungkan Ruhee. Hehehe (nak jumpa kena mengandung lagi ler Azlin oiii) Bukan apa, ada kawan-kawan dan sepupu yang tanya mengenai beliau sebab ada di antara mereka tinggal berdekatan Seremban dan sedang mencari hospital bersalin. Jika masa Aniq saya melahirkannya di KPJ bersama Dr Kala (Salah seorang Gyene terbaik di KPJ), untuk Ruhee saya pilih Dr Intan sebab Dr Kala tak silap saya sudah berpindah ke Dubai. Dr Intan ni, dari pandangan saya seorang yang serius dan tak suka hal remeh temeh. Contohnya, masa mengandung dulu, bulan puasa, jadi beliau menggalakkan saya berpuasa sampai habis. Katanya, jangan tinggalkan puasa kalau pening sikit-sikit...

Mencari Yang Terbaik (PART 1)

Bila mengandung, perkara pertama yang terlintas dalam akal fikiran adalah di manakah hendak saya bawakan 'anak dalam perut' ini? Bawa ke mana? hehehe Buat pemeriksaan lanjut. Sama ada di hospital kerajaan ataupun swasta. Pengalaman saya sepanjang mengandungkan dua anakacuk saya :) 1. Muhammad Aniq Raheel Disahkan mengandungkan si kacak lagi menawan hati ini pada Julai 2009. Disebabkan saya baru setahun lebih bekerja, company tidak menangung bayaran pemeriksaan di hospital swasta *Mengikut syarat company hanya membayar selepas tiga tahun perkhidmatan* ... Tapi dah rezeki, takkan sebab tak bayar, tak nak mengandung! Demi penjagaan teliti, saya pergi KPJ Hospital (Atas nasihat kakak ipar) Saya pilih Dr Kala sebab Dr Islam yang ada hanya Dr Ishak (Saya tak mampu nak menahan rasa kalau Dr lelaki.. Harap maklum). Alhamdulillah, kandungan baik-baik saja ketika itu. Untuk menyedapkan hati saya ke Klinik Kesihatan Seremban. Di sana memang ramai, datang pagi balik petang. Yal...

Istanbul Aku Datang

Lamanya tak menonton filem Melayu sebab semua hampir sama saja jalan ceritanya. Tapi sebab si Rafidah punya skrip, Istanbul Aku Datang membuatkan hati melonjak untuk menontonnya. Tapi tonton di YouTube aje ler kan hehehe baru perasan, lama gak tak tonton filem kat wayang hmmm Istanbul Aku Datang- skrip dan plot cerita yang simple but nice. Istanbul Aku Datang! baru saja menyudahkannya. Garapan yang sangat menarik, lebih-lebih lagi berlatarkan kita Istanbul, Turki yang indah dan mempesonakan. Sambil menonton sambil melancong kiranya. Macam Pisau Cukur, sekali lagi Rafidah selaku penulis skrip sememangnya bijak menggarap isi cerita dan menyusun watak-watak untuk melakonkan skrip ciptaannya. Walaupun ada sedikit ke'Koreaan terutama dalam pemilihan watak utama (Lisa sbg Dian) yang comel, kelam kabut dan sedikit kelakar, memuaskan saya sebagai penonton. haha Korea juga!!! Mungkin dah taksub sangat dengan drama Korea kot... Apapun two thumbs for Istanbul Aku Datang ;0 Besttt sangat2 ...