Skip to main content

Mengandung Sambil Menyusui




Kebanyakan ibu menyusukan anak mungkin menghadapi sindrom RISAU apabila disahkan mengandung walaupun sesi penyusuan kepada anak yang sedia ada masih berlangsung. Kemungkinan rasa ingin tahu sama ada masih BOLEH atau TIDAK untuk meneruskan penyusuan bermain di minda.

Mengambil beberapa tunjuk ajar daripada mereka yang mempunyai pengalaman dan secara profesional, rata-ratanya mengatakan BOLEH menyusukan anak walaupun sedang mengandung.

Antara tips yang boleh diguna pakai adalah :-

- Keperluan Susu Ibu (FAKTA)
Selepas bayi berusia enam bulan ke atas, susu ibu bukan lagi menjadi sumber makanan utama untuk anak menyusu badan. Ibu wajar menyelitkan menu lain seperti nestum (makanan kedua paling lembut) selepas susu ibu. Apatah lagi sekiranya ibu disahkan mengandung!
   Bagaimanapun, penyusuan susu ibu secara terus (direct feeding) dan EBM (stok susu) boleh diteruskan kerana KEGUGURAN akibat menyusukan anak ketika mengandung adalah MITOS semata-mata.
   Paling penting, dapatkan informasi mengenai hal berkenaan daripada pakar laktasi, doktor (berkaitan) untuk lebih faham. Lagi bagus kan kan kan :P

- Pedih Puting
Ia memang terjadi sejak awal kandungan lagi. Tiba-tiba puting rasa sakit apabila anak memulakan sesi penyusuan. Itu juga boleh dijadikan antara tanda anda mengandung! Mengikut laman web babycentre.com ia terjadi kerana puting agak lembut (fragile) ketika mengandung  kerana ia sudah bersedia untuk sesi penyusuan anak yang berada dalam kandungan.
   Sebenarnya rasa sakit itu wujud kerana puting anda mahu jadi lebih kuat (tough) untuk penyusuan bayi seterusnya. Usah risau, tahan saja hahaha janji anak kenyang atau alihkan perhatian ketika menyusukan bayi seperti membaca, mengaji, dengar lagu atau ulit rambut anak ataupun oles-oles wajah anak yang montel dan comel itu.

- Gaya Menyusu dan Nikmatinya!
Selesakan diri dengan posisi baring  ketika sesi penyusuan berlangsung terutama apabila kandungan mula besar.  Jadikan sesi penyusuan itu seperti  pertemuan mini (gathering) antara anak yang sedang menyusu dengan anak yang di dalam kandungan. Bercakap dengan kedua-duanya, supaya hubungan yang boleh dianggap umpama 'halusinasi' itu menjadi akrab sebaik saja unborn baby (adiknya) keluar nanti.

- Tendem Nursing
Berazamlah untuk meneruskan penyusuan ketika sedang mengandung seterusnya berniat untuk menyusukan anak yang masih di dalam kandungan. Dengan cara itu, InshaaAllah, susu yang sedia ada bertambah banyak malah kedua-duanya akan mendapat faedah malah hubungan antara kedua-dua adik beradik itu kelak lebih akrab sebab berkongsi 'sesuatu milik ibu' yang sama!
   Selain hubungan indah itu, tendem nursing membantu menguranglan bengkak susu terhadap ibu selepas mereka bersalin memandangkan anak yang besar dapat membantu MENGOSONGKAN payudara dengan efektif. Biasalah bayi baru lahir, hisapannya sekurang-kurangnya 2oz je kan setiap penyusuan.

Itulah antara yang dapat dikongsikan. Cuma usah risau kalau susu dipam MERUNDUM tiba-tiba saat mengandung kerana ia memang berlaku. Berikan saja pada anak yang masih memerlukan. Cuma jaga pemakanan, lebihkan makanan yang bervitamin, mempunyai kalori mencukupi dan sebagainya.
   Fokus terhadap pengambilan bijirin penuh seperti nasi perang dan bijirin, buah, sayur segar dan makanan yang memberi pelbagai sumber terbaik seperti zat besi, kalsium, protein dan sebagainya.
   Oleh itu, teruskan menyusu tanpa BIMBANG! Susu ibu sangat lazat berkrim dan disukai anak-anak. Sihat bersama susu ibu ye!



“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman: ayat 14) - See more at: http://waazin.blogspot.com/2013/01/mengapa-susu-ibu-diceritakan-dalam-al.html#sthash.JqWaRSUT.dpu
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman: ayat 14) - See more at: http://waazin.blogspot.com/2013/01/mengapa-susu-ibu-diceritakan-dalam-al.html#sthash.JqWaRSUT.dp
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman: ayat 14) - See more at: http://waazin.blogspot.com/2013/01/mengapa-susu-ibu-diceritakan-dalam-al.html#sthash.JqWaRSUT.dpuf
~~~ Macam ilmiah pula rasanya entri kali ini. Haihhhh Ni untuk kita gak, mana tahu boleh dibaca ketika menghadapi 'saat itu' hahaha ~~~

Comments

Popular posts from this blog

Sedikit Tentang Dr Intan

Saja nak berkongsi pengalaman walaupun sudah empat bulan masa itu berlalu. Pengalaman melakukan pemeriksaan kandungan bersama Dr Norintan Zainal Shah iaitu Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi di Columbia Asia Hospital, Seremban 2. Rindu pula dengan Dr Intan yang peramah dan sangat teliti ketika memeriksa saya ketika mengandungkan Ruhee. Hehehe (nak jumpa kena mengandung lagi ler Azlin oiii) Bukan apa, ada kawan-kawan dan sepupu yang tanya mengenai beliau sebab ada di antara mereka tinggal berdekatan Seremban dan sedang mencari hospital bersalin. Jika masa Aniq saya melahirkannya di KPJ bersama Dr Kala (Salah seorang Gyene terbaik di KPJ), untuk Ruhee saya pilih Dr Intan sebab Dr Kala tak silap saya sudah berpindah ke Dubai. Dr Intan ni, dari pandangan saya seorang yang serius dan tak suka hal remeh temeh. Contohnya, masa mengandung dulu, bulan puasa, jadi beliau menggalakkan saya berpuasa sampai habis. Katanya, jangan tinggalkan puasa kalau pening sikit-sikit...

Mencari Yang Terbaik (PART 1)

Bila mengandung, perkara pertama yang terlintas dalam akal fikiran adalah di manakah hendak saya bawakan 'anak dalam perut' ini? Bawa ke mana? hehehe Buat pemeriksaan lanjut. Sama ada di hospital kerajaan ataupun swasta. Pengalaman saya sepanjang mengandungkan dua anakacuk saya :) 1. Muhammad Aniq Raheel Disahkan mengandungkan si kacak lagi menawan hati ini pada Julai 2009. Disebabkan saya baru setahun lebih bekerja, company tidak menangung bayaran pemeriksaan di hospital swasta *Mengikut syarat company hanya membayar selepas tiga tahun perkhidmatan* ... Tapi dah rezeki, takkan sebab tak bayar, tak nak mengandung! Demi penjagaan teliti, saya pergi KPJ Hospital (Atas nasihat kakak ipar) Saya pilih Dr Kala sebab Dr Islam yang ada hanya Dr Ishak (Saya tak mampu nak menahan rasa kalau Dr lelaki.. Harap maklum). Alhamdulillah, kandungan baik-baik saja ketika itu. Untuk menyedapkan hati saya ke Klinik Kesihatan Seremban. Di sana memang ramai, datang pagi balik petang. Yal...

Istanbul Aku Datang

Lamanya tak menonton filem Melayu sebab semua hampir sama saja jalan ceritanya. Tapi sebab si Rafidah punya skrip, Istanbul Aku Datang membuatkan hati melonjak untuk menontonnya. Tapi tonton di YouTube aje ler kan hehehe baru perasan, lama gak tak tonton filem kat wayang hmmm Istanbul Aku Datang- skrip dan plot cerita yang simple but nice. Istanbul Aku Datang! baru saja menyudahkannya. Garapan yang sangat menarik, lebih-lebih lagi berlatarkan kita Istanbul, Turki yang indah dan mempesonakan. Sambil menonton sambil melancong kiranya. Macam Pisau Cukur, sekali lagi Rafidah selaku penulis skrip sememangnya bijak menggarap isi cerita dan menyusun watak-watak untuk melakonkan skrip ciptaannya. Walaupun ada sedikit ke'Koreaan terutama dalam pemilihan watak utama (Lisa sbg Dian) yang comel, kelam kabut dan sedikit kelakar, memuaskan saya sebagai penonton. haha Korea juga!!! Mungkin dah taksub sangat dengan drama Korea kot... Apapun two thumbs for Istanbul Aku Datang ;0 Besttt sangat2 ...