Skip to main content

Bila Disahkan Mengandung Lagi????


Mengandung lagi? Apa perasaan anda jika khabar itu disampaikan si Doktor atau alat ujian air kencing? Sama ada teruja? Terkejut? atau ter ter dan ter?? Tak apa, bertenang dulu. Tarik nafas dalam-dalam dan hembuskanperlahan. Buat sebanyak tiga kali. InshaaAllah anda akan kembali tenang dan bertenaga untuk berfikir ;O

Haaaa, kalau memang dah nak anak, mestilah teruja dan seronok. Tapi jika bukan dalam perancangan anda, mungkin anda mula khuatir dan takut. Terutama, anak yang sedia ada baru setahun jagung atau masih baby atau masih kecil, belum mencecah usia sewajarnya untuk diberikan tanggungjawab sebagai abang mahupun kakak.

Namun, percayakah anda pada rezeki? Percayakah anda pada yang tersurat dan tersirat? Pada pena yang menulis sejak azali? Pada Penulis Yang Maha Mengetahui?

Itu semua bukan mustahil andainya memang sudah ditakdirkan anda mempunyai rezeki dalam bentuk itu. Cara itu dan pada waktu itu. Yang ada disekelilingnya cuma penyebab.
Sekiranya betul-betul belum bersedia, anda sendiri sepatutnya mengelak. Pelbagai cara ada sekarang. Tetapi tanpa sempat mengelak, sudah 'terkena' redha saja. Anugerah barangkali. Pembawa rezeki. Terimalah dengan senyuman dan hati yang  terbuka. Pupuk rasa seronok menerima kehadiran 'insan baru' walaupun tidak dirancang.

Jika itu berlaku pada saya? Hehehehehhehe tanya diri sendiri pula ye mommy oiiii ;p Mestilah saya seronok je walaupun si Aniq baru tiga tahun dan Ruhee baru setahun lalalalala

Katakan ter'mengandung lagi, saya redha dan terima dengan lapang dada. Beranak tahun depan pada usia ke-30. Lengkap tiga anak. Masa tu Aniq dah empat tahun dan Ruhee dua tahun. macam comel je! Macam cantik je! Berderet anak den hahahaha

Lagipun, tak boleh salahkan sesiapa jika ditakdirkan mengandung anak ketiga sebab memang saya tak jaga. Hanya BF sepenuhnya cuma period dah datang sejak Ruhee berusia lapan bulan. Hmmmm eh macam ada je.... macam ada je..... Perasaan berangan nak mengandung. Sukakan ko mommy oiiiiii suka sangat ekh hahaha memang suka mengandung cuma bab beranak je seriau tapi dah kena lalui okey je ;O

Zaman ni kena kira kos hidup. Nursery pun dah berharga 380 ke 450 dalam RM untuk seorang anak. Pengasuh je masih boleh dijadikan pilihan kerana rata-ratanya masih kekal dengan harga 270 hingga 250 dalam RM. Cuma nak mencari yang terbaik itu susah. Kena rajin survey, rajin recce dan rajin bertanya. InshaaAllah, penat lelah dan usaha itu mesti dipermudahkan Allah satu hari nanti.

Tapi percaya je anak itu rezeki. Rezeki dalam bentuk apa kita tak tahu. Mungkin bukan duit jatuh selepuk dekat tapak tangan tapi duit sentiasa ada walaupun menangung anak-anak yang ramai.

Entahlah susah nak cakap. Tapi masa saya kecil, dengan adik-masih kecil dan ayah hanya bekerja sebagai tukang masak hospital dengan gaji pada zaman itu dan harga barang ketika itu, tiga angka sebulan, alhamdulillah sihat je kami. Belajar sampai universiti.

Ayah dapat rasai senang bekerja masa tiga tahun sebelum pencen, dinaikkan pangkat dapat rasa gaji empat angka, boleh bawa kereta saya pergi kerja sampai dia pencen, terus dapat naza blade. Nampak rezeki itu bukan selepuk dapat sekelip mata. Ambil masa. Paling saya banggakan, bila pencen, ayah tenang, tak ada hutang ditanggung. Pencen, duduk rumah, bela pokok bunga dengan si Nobel hehehehe :O

Ayahlah idola saya dalam membesarkan anak-anak. Biarlah orang kata kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, asalkan rezeki yang diperolehi bersumberkan daripada yang halal. Rezeki Allah itu luas. Ada di mana-mana. Apa risau!

~~~ Jadi, beranaklah, takyah nak rancang sangat terutama yang baru saja berkahwin. Kalau nak rancang sangat, beranak dulu anak pertama lepas tu baru rancang ~~~

Comments

Popular posts from this blog

Sedikit Tentang Dr Intan

Saja nak berkongsi pengalaman walaupun sudah empat bulan masa itu berlalu. Pengalaman melakukan pemeriksaan kandungan bersama Dr Norintan Zainal Shah iaitu Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi di Columbia Asia Hospital, Seremban 2. Rindu pula dengan Dr Intan yang peramah dan sangat teliti ketika memeriksa saya ketika mengandungkan Ruhee. Hehehe (nak jumpa kena mengandung lagi ler Azlin oiii) Bukan apa, ada kawan-kawan dan sepupu yang tanya mengenai beliau sebab ada di antara mereka tinggal berdekatan Seremban dan sedang mencari hospital bersalin. Jika masa Aniq saya melahirkannya di KPJ bersama Dr Kala (Salah seorang Gyene terbaik di KPJ), untuk Ruhee saya pilih Dr Intan sebab Dr Kala tak silap saya sudah berpindah ke Dubai. Dr Intan ni, dari pandangan saya seorang yang serius dan tak suka hal remeh temeh. Contohnya, masa mengandung dulu, bulan puasa, jadi beliau menggalakkan saya berpuasa sampai habis. Katanya, jangan tinggalkan puasa kalau pening sikit-sikit...

Mencari Yang Terbaik (PART 1)

Bila mengandung, perkara pertama yang terlintas dalam akal fikiran adalah di manakah hendak saya bawakan 'anak dalam perut' ini? Bawa ke mana? hehehe Buat pemeriksaan lanjut. Sama ada di hospital kerajaan ataupun swasta. Pengalaman saya sepanjang mengandungkan dua anakacuk saya :) 1. Muhammad Aniq Raheel Disahkan mengandungkan si kacak lagi menawan hati ini pada Julai 2009. Disebabkan saya baru setahun lebih bekerja, company tidak menangung bayaran pemeriksaan di hospital swasta *Mengikut syarat company hanya membayar selepas tiga tahun perkhidmatan* ... Tapi dah rezeki, takkan sebab tak bayar, tak nak mengandung! Demi penjagaan teliti, saya pergi KPJ Hospital (Atas nasihat kakak ipar) Saya pilih Dr Kala sebab Dr Islam yang ada hanya Dr Ishak (Saya tak mampu nak menahan rasa kalau Dr lelaki.. Harap maklum). Alhamdulillah, kandungan baik-baik saja ketika itu. Untuk menyedapkan hati saya ke Klinik Kesihatan Seremban. Di sana memang ramai, datang pagi balik petang. Yal...

사랑 이야기 (salang iyagi)

  Pertemuan kembali ini menjadi pertemuan yang dipenuhi luka dan duka. Mana tidaknya, selepas berbelas tahun akhirnya kisah yang terlerai penuh rahsia terhurai satu-persatu.  Perasaan mula berkocak, menusuk ke kalbu mengenangnya kenapa dan kenapa? Benar, jawapan kepada kenapa ia berlaku adalah takdir. Inilah takdir milik mereka atau inilah takdir antara mereka. Ila mendengar kisah yang lama tersimpan dengan perasaan berkecamuk. Matanya mula menakung air yang bila-bila masa saja akan gugur membasahi pipi. Kisah remaja mereka berdua tidaklah terlalu berliku cuma, rahsia yang tersimpan lama itu bagaikan membusuk hingga menyakitkan hati dan perasaan.  Ila bungkam dan realitinya itulah yang harus dia berhadapan sepanjang hidupnya. Tiada jawapan untuk setiap perenggan yang diungkap Iman.  “Kenapa awak biarkan?” Soal Ila sambil menagan tangisan yang hampir melimpah.  “Saya sedar waktu itu saya bukan siapa-siapa nak dibandingkan dia.” Iman hanya menunduk, mengacau air k...