Skip to main content

Mencari Yang Terbaik (PART2)


COMEL OKAY HOSPITAL HELLO KITTY NIH!


Bercerita keselesaan bersalin di hospital, bagi saya ia penting sebab selepas bersalin dengan menggunakan tenaga fizikal dan rohani, saya perlukan rehat dengan kadar maksimum sebelum berjaga ditengah malam dan tidak cukup tidur pabila pulang ke rumah.

Apa yang saya tahu jika bersalin di hospital kerajaan, sebaik bersalin anak diserahkan pada kita untuk dijaga (sekiranya anak sihat). Tidak pula di hospital swasta, anak hanya diberi atas permintaan seperti untuk disusukan atau ada mereka yang datang melawat ingin melihat anak kita.

Jadinya, sebaik bersalin saya dapatlah rehat secukupnya. Tidur tanpa diganggu. Tak payah nak bangun-duduk-bangun-duduk salin pampers, tukar baju baby bagai. Tidur saja sepuasnya dan rehat secukupnya. Kumpul tenaga untuk masa depan hehe

Selain itu, keselesaan lain, sebab berbayar, apa saja kemahuan kita dipenuhi sampaikan mandi pun mereka boleh temankan (duduk luar bilik air ler)... Siapkan tolong sikatkan rambut buat tocang lagi hehe Itu pengalaman saya. Tak minta pun sikatkan rambut tapi nurse tu budak lagi, dia kesian kot terkial-kial nak sikat rambut jadinya dia tolong. Saya pantang dipelawa, ya kan saja ;p

Sebenarnya, ikut masing-masing, ada orang seperti saya yang banyak songeh ni memang sesuai duduk hospital swasta lagipun saya lebih suka duduk bersendirian daripada duduk dalam dorm hehe... Sebab tu masa Aniq sanggup kumpul duit sebab memang nak bersalin di KPJ, siap nak satu bilik lagi.

Kalau nak hospital kerajaan pun (ketika itu) saya cakap dengan suami saya nak Hospital Muar sebab saya dah biasa dekat sana. Keturunan den ramai kerja dekat sana jadinya den dah biasa dekat sana okay. Lagipun Hospital Tuanku Jaafar, adalah pusat (ibu negeri) jadinya ramainya aduiii jangan cakaplah.

Cukuplah menjaga Aniq ketika dia sakit dulu di sana. Keadaan bilik air (Itu keutamaan kriteria pemilihan saya). Memang rimas kot dengan bilik air dekat situ. Manusia yang mengguna tak reti menjaga kebersihan. Sebab tu saya minta Wad Kelas Pertama untuk Aniq masa tu tapi TIADA sebab dia kanak-kanak kekeke (BANYAK SONGEH)

Okaylah, itu aje sambungan pengalaman bersalin saya. Apapun makanlan vitamin yang doktor bagi dengan betul. Tak ada istilah anak beso makan vitamin tu. Cuma kalau kandungan dah 7-8 bulan tu boleh je kurangkan pengambilan. Awal-awal mengandung, sila telan okay.

Comments

Popular posts from this blog

Sedikit Tentang Dr Intan

Saja nak berkongsi pengalaman walaupun sudah empat bulan masa itu berlalu. Pengalaman melakukan pemeriksaan kandungan bersama Dr Norintan Zainal Shah iaitu Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi di Columbia Asia Hospital, Seremban 2. Rindu pula dengan Dr Intan yang peramah dan sangat teliti ketika memeriksa saya ketika mengandungkan Ruhee. Hehehe (nak jumpa kena mengandung lagi ler Azlin oiii) Bukan apa, ada kawan-kawan dan sepupu yang tanya mengenai beliau sebab ada di antara mereka tinggal berdekatan Seremban dan sedang mencari hospital bersalin. Jika masa Aniq saya melahirkannya di KPJ bersama Dr Kala (Salah seorang Gyene terbaik di KPJ), untuk Ruhee saya pilih Dr Intan sebab Dr Kala tak silap saya sudah berpindah ke Dubai. Dr Intan ni, dari pandangan saya seorang yang serius dan tak suka hal remeh temeh. Contohnya, masa mengandung dulu, bulan puasa, jadi beliau menggalakkan saya berpuasa sampai habis. Katanya, jangan tinggalkan puasa kalau pening sikit-sikit...

Mencari Yang Terbaik (PART 1)

Bila mengandung, perkara pertama yang terlintas dalam akal fikiran adalah di manakah hendak saya bawakan 'anak dalam perut' ini? Bawa ke mana? hehehe Buat pemeriksaan lanjut. Sama ada di hospital kerajaan ataupun swasta. Pengalaman saya sepanjang mengandungkan dua anakacuk saya :) 1. Muhammad Aniq Raheel Disahkan mengandungkan si kacak lagi menawan hati ini pada Julai 2009. Disebabkan saya baru setahun lebih bekerja, company tidak menangung bayaran pemeriksaan di hospital swasta *Mengikut syarat company hanya membayar selepas tiga tahun perkhidmatan* ... Tapi dah rezeki, takkan sebab tak bayar, tak nak mengandung! Demi penjagaan teliti, saya pergi KPJ Hospital (Atas nasihat kakak ipar) Saya pilih Dr Kala sebab Dr Islam yang ada hanya Dr Ishak (Saya tak mampu nak menahan rasa kalau Dr lelaki.. Harap maklum). Alhamdulillah, kandungan baik-baik saja ketika itu. Untuk menyedapkan hati saya ke Klinik Kesihatan Seremban. Di sana memang ramai, datang pagi balik petang. Yal...

Istanbul Aku Datang

Lamanya tak menonton filem Melayu sebab semua hampir sama saja jalan ceritanya. Tapi sebab si Rafidah punya skrip, Istanbul Aku Datang membuatkan hati melonjak untuk menontonnya. Tapi tonton di YouTube aje ler kan hehehe baru perasan, lama gak tak tonton filem kat wayang hmmm Istanbul Aku Datang- skrip dan plot cerita yang simple but nice. Istanbul Aku Datang! baru saja menyudahkannya. Garapan yang sangat menarik, lebih-lebih lagi berlatarkan kita Istanbul, Turki yang indah dan mempesonakan. Sambil menonton sambil melancong kiranya. Macam Pisau Cukur, sekali lagi Rafidah selaku penulis skrip sememangnya bijak menggarap isi cerita dan menyusun watak-watak untuk melakonkan skrip ciptaannya. Walaupun ada sedikit ke'Koreaan terutama dalam pemilihan watak utama (Lisa sbg Dian) yang comel, kelam kabut dan sedikit kelakar, memuaskan saya sebagai penonton. haha Korea juga!!! Mungkin dah taksub sangat dengan drama Korea kot... Apapun two thumbs for Istanbul Aku Datang ;0 Besttt sangat2 ...