Ya, berdoalah sekiranya anda tak mampu menjadi pewira! Berdoalah andai anda tak rela berkorban tenaga! Berdoalah jika anda tak kuat mendakap senjata!
Sabah antara negeri dalam Malaysia jadi ia adalah milik kita sebagai rakyat Malaysia. Hilangkan egomu, rendahkan pekik-lolongmu demi mendalami erti perjuangan dan maksud kemanusiaan. Jangan jadikan isu darah sebagai politik. Apa yang penting hari ini ialah satukan hati, gandingkan bahu, eratkan pegangan tangan antara kita untuk membantu saudara-mara kita nun di sana.
Kita bertuah memiliki Malaysia sebagai negara aman sentosa dan kaya dengan hasil buminya. Jadi menjadi kewajipan kita memelihara kurniaan Allah yang tidak terhingga ini. Buangkan jauh-jauh sifat riak, takbur, dengki dan khianat terutama kita yang sesama Islam. Wujudkan perpaduan yang lama didambakan demi membantu mereka di Sabah.
Ini ujian Allah untuk kita sedar yang kita sudah lama hanyut dibawa arus keriakkan. Allah mahu kita bersatu hati. Allah turunkan ujian bersebab. Hentikan menganjing sesama sendiri. Sama-sama kita perjuangkan hak negara kita walau dalam apa cara sekalipun...
~~~ Saya masih sayangkan Malaysia walaupun saya suka menonton RunningMan, Korean drama dan berangan nak tinggal di sana ~~~
Comments