![]() |
pic: google |
Hari ini nak bercakap pasal sebuah rumah. Rumah adalah aset penting yang WAJIB ada pada setiap individu walaupun individu itu mempunyai pasangan. WAJIB itu dari suduh keduniaan yang bermaksud perlu ada untuk dijadikan aset atau hartanah untuk disewa atau diduduki. Itulah yang sedang saya rencanakan sejak akhir-akhir ini.
Saya mahu cari aset untuk diri sendiri. Suami dah ada satu, hartanah (rumah) yang sedang kami duduki hari ini. Itu hak dia jadinya saya perlu mencari hak saya. Tujuannya bukan sebab NEGATIF tetapi POSITIF iaitu dengan ada dua aset, kita sebagai suami isteri boleh menjadikan salah satunya sebagai alat menampung kehidupan masa depan. Bersyukurlah kalau ada dua tiga kan :)
Lagi-lagi bekerja swasta seperti kami. Tiada pencen. Noktah. Anda sendiri faham. Jangan harapkan sangat wang ratus ribu yang bakal diperoleh nanti sebab duit umpama air, banyak gunanya, cepat habisnya. Kadang-kadang pengeluarannya tak terbatas, tak mampu disekat sebab keasyikan duit boleh menjerumuskan kita ke lembah MUFLIS.
Bukan tak menyimpan, cuma kata orang biar ada dahan untuk menampung diri di saat terjatuh dari kapal. hehehe sesedap rasa buat peribahasa sendiri ;p Jadi dahan untuk pertahankan kehidupan anak beranak untuk masa depan, era modenisasi dan era teknologi ini, kami suami isteri perlu bebruat sesuatu. SEKARANG!
![]() |
pic: google |
Bagaimanapun, apabila jari jemari ini menaip projek perumahan yang sedang dijalankan dan yang sudah disiapkan, WOW!!! Harga rumah di SEREMBAN (saja) sudah menjangkau RM350k ke atas..... GILALAH!!!! Itu perkataan pertama yang keluar dari peti suara. YA, kalau tidak beli sekarang nak tunggu bila? Harga makin lama makin naik. Kalau nak murah kena cari rumah lelong. Itupun dalam RM250k ke atas, rumah dah tinggal minimum lima tahun.
Nak buat rumah dekat kampung? Sama saja. Tanah tak seberapa besar, cukup-cukup saja, bahan nak bina rumah sama saja bermodalkan RM270k juga untuk single house empat bilik. Kiraan sendiri je tu hehehe Kalau nak buat tunggu nak pencen selalunya sebab buat sekarang siapa nak duduk? Masalahnya harga bahan asas makin lama makin naik. Pusing-pusing sama saja kiraannya dengan beli rumah siap.
Mengikut akal yang ada, beli satu lagi rumah... Pasal nak buat rumah dekat kampung, itu kita tunggu bila tua. Ada rezeki, boleh buat. Tetapi sekarang kena ada satu lagi rumah sebagai aset. Masih mencari dan mahu mencuma rumah PR1MA... Lingkungan gaji untuk projek Bandai Ainsdale, Labi (SIME DARBY) kena gaji antara RM2,700 hingga RM7,000 (Purata isi rumah)... Entah boleh ke tidak. Kawasan startegik, contoh rumah memuaskan. Yang penting nak EMPAT BILIK termasuk store room haha sebab barang daddy menimbun!
pic:google |
Pilihan kedua rumah dari IJM Land, terbaik saya kira. Summer atau Sakura dekat dengan Seremban 2. Kawasan startegik. Harga dalam RM350k ke atas (Harga purata)... basic price belum tolak diskaun atau bumi lot. Design rumah cun. Memang berkenan. Dekat dekangan rumah yang sedia ada. Kena tengoklah kalau berminat. Sekarang, kalau nak dan mampu kena REMBAT terus tak boleh tunggu.
Rumah sekarang macam jual pisang goreng, sekali angkat letak dalam bekas, licin. Lagipun sekarang rumah dibuat dalam 100 ke atas saja (unit)... Lagilah ramai yang mencari rumah yang nak beli rumah cepat-cepat. Jadi kena cepat. Apapun kenalah rujuk suami. Dia suruh saya beli tapi dia selalu buat tak tahu bila mana kesungguhan saya memuncak.... Tapi kena share ler bayaran bulanan gitu hehe Kalau tak alamat, den kena tukar kereta... sekian :)
~~~ Misi mencari rumah perlu digigihkan. Mencari yang elok, berbaloi tetapi tak mahu sampai terpaksa makan maggi.. Mohon dipermudahkan, Ya Allah ~~~
Comments