Skip to main content

Posts

Showing posts from 2018

corneal abrasion

A corneal abrasion (scratched  cornea  or scratched eye) is one of the most common  eye injuries . A scratched cornea often causes significant discomfort,  red eyes  and  hypersensitivity to light . Corneal abrasions result from a disruption or loss of cells in the top layer of the cornea, called the corneal epithelium. The cornea is the clear front surface of the  eye , and part of its job is to focus light, enabling you to see. A healthy cornea is essential for good vision. In addition to disrupting vision, a scratched cornea makes your eye more susceptible to infection. So it's important that you see your  eye doctor  or visit an emergency room or urgent care center as soon as possible if you suspect you have a corneal abrasion. (https://www.allaboutvision.com/conditions/corneal-abrasion.htm) Ia adalah kecederaan mata yang jarang berlaku barangkali tetapi agak bahaya. Mungkin untuk mereka yang mempunyai kornea/lapisan anak mata yang sih...
Aku hidup dalam memori kerana ia beri aku bahagia Aku terus berada dalam memori kerana ia selalu ada dengan aku Memori itu adalah sejarah kehidupan yang disimpan kekal dalam hati. Di situ semua yang layak digelar memori akan terus terkubur. Kadangkala ia muncul mengingatkan kita tentang hidup kita. Tentang kegembiraan, kesedihaan, suka dan duka. Biarlah andai itu dapat mengubat lara di hati. Biarkan kiranya itu pengubat rindu yang sepi.

Hero Kening Tebal Senyuman Menawan

Minggu lalu, hati teringin sangat menonton kembali drama lakonan Song Seung Hun. Entah kenapa, rindu sangat dengan hero kening tebal bertemankan ukiran senyuman paling menawan. Mula 'jatuh cinta' dengan lakonannya sejak drama Autumn My Heart dan sejak dari itu, hampir semua drama dan filem lakonan beliau menjadi igauan.  Memulakan tontonan dengan drama My Princess, Seung Hun berlakon dengan heroin A list, Kim Ta Hea. Drama yang comel dan penuh dengan rasa romantik dan percintaan dua latar belakang berbeza. Mudah difahami dan boleh dianggap biasa-biasa namun mampu membuat perasaan tergoncang dek kerana emosi cerita yang tidak menentu. Hanya menghabiskan dalam masa empat hari, saya memilih pula drama When A Man Falls In Love. Kisah yang penuh tekanan. Bayangkan, kali kedua menonton, perasaan tertekan itu masih menguasai diri. Kisah cinta antara gadis biasa dan seorang bekas samseng. Kisah cinta tiga segi yang memenatkan tidak seperti My Princess.  Entahlah, WAMFI...

Terhenti

Saat separuh jiwaku pergi Saat itu juga aku tersentak Realiti di depan aku kini Berteman memori semalam yang tidak pernah pergi Meninggalkanku. Barangkali orang akan berkata, aku tidak mahu melepaskan  Padahal puas sudah aku abaikan perasaan yang berkunjung tiba-tiba Namun, ia kekal di situ Di sudut hati paling dalam. Benar, aku yang biarkan kenangan itu tersimpan Kerana ada liku-liku memori  Dan hanya padanya aku sandarkan Untuk aku ukir sebuah senyuman ketenangan.

S A H A B A T

Sahabat kadangkala serasi Sekejap-sekejap tiada langsung Tetapi sampai akhir tetap bersama Berbalah dan sependapat lumrah Di setiap sudut persahabatan yang terjalin Namun akhirnya saat ketawa dan menangis Tetap ada bahu peneman Telingan mendengar Mata yang merenung Dan bibir yang menasihati Sahabat bukan sebentar saja Tetapi sampai bila-bila. -alinsyukor-

H A T I

Hati yang sakit Disakiti dia disisi Tanpa peduli rasa terlindung Perit yang tidak lagi terbendung Semakin parah tak tertahan Sampai satu ketika Setiap kata aku laharkan Tanpa mampu disekat.

K E C E W A

AKU pernah kecewa KECEWA dengan percintaan KECEWA dengan perkahwinan. Barangkali KECEWA itu rencah  Dalam mendewasakan kehidupan AKU. HARI ini aku terima KEKECEWAAN itu Kerana aku tahu TIADA yang sempurna dalam dunia ini.

Dato’ Seri Mohamad Hasan

Tok Mat dalam kenangan  Pertama kali bertemu dengan Dato’ Seri Mohamad Hj Hasan atau lebih popular dengan gelaran Tok Mat pada sekitar tahun 2004/2005. Ketika itu beliau baru saja menjawat jawatan sebagai Menteri Besar (MB) Negeri Sembilan.  Ketika itu juga saya bersama dua lagi sahabat sedang menjalani latihan amali di RTM Negeri Sembilan.  Pertemuan pertama antara saya dan MB ketika menghadiri sidang akhbar diadakan beliau di pejabatnya. Teruja sangat sebab pertama kali dalam hidup dapat bertemu MB. Jawatan tertinggi dalam kerajaan negeri. Seingat saya sidang media itu diadakan dalam sebuah bilik bersama rakan media lain dan sementara menanti ketibaan MB, kami berborak dan bila mana MB melangkah masuk semua diam.  Hati sudahpun berdebar apatah lagi keadaan bising tadi jadi sunyi. Garang ke beliau? Jangkaan saya meleset bila MB mula beri salam dan mengukir senyuman.  Senior RTM yang membawa kami turut memperkenalkan kami bertiga kepada ...

Selagi ada

Perkara paling sakit adalah bila hati disakiti oleh insan yang dicintai Itu betul, cuma leraikan rasa sakit itu dengan lapangkan dada Terima dengan ikhlas.  Semoga kau lebih bahagia kerana kau juga layak bahagia  Selagi jantungmu berdetak.

Kau sahabat, kau teman istimewa

Tulisan ini bukan kerana tidak menerima takdir tetapi saya nak abadikan dalam satu naskah untuk saya jadikan kenangan pada masa akan datang. Sepuluh tahun lalu, kami ditemukan di bangunan ini. Tingkat 4, Jabatan Editorial Berita Harian menjadi saksi bermulanya pertalian kami. Mula-mula bertemu adalah ketika kami sama-sama menjadi Wartawan kadet, pada 2008.  Hanya sebagai kenalan baharu ketika sesi suai kenal dan kursus kewartawanan untuk Wartawan Kadet, kami menjadi rapat. Apatah lagi bila masing-masing peminat tegar drama Korea sejak zaman Winter Sonata ke Autum In My heart, My Girl dan paling menjadi sebutan ialah Full House. Dulu, sebelum berkahwin sempat tidur rumah Kak Ben sebab nak layan drama Korea. Ke sana-sini ikut dia yang suka keluar masuk kedai comel-comel. Bila dah kahwin dan pindah meja mahkamah dari 2009 hingga 2011 hubungan kami masih rapat tetapi jarang berjumpa. Kebanyakannya hanya bermesej dan berbalas status di FB. Tahun 2012 saya ditukarkan ke unit ...

ROKOK

Kelmarin, tegang group whatsapp keluarga gara-gara isu rokok. Masih ramai yang saja buat tuli dan buta hati bila isu rokok disebut. Mahu lagi menegakkan benang yang basah. Sampai bila? Sampai ada kematian dalam keluarga sendiri dan Dr dianogsis kematian berpunca daripada heart blocked dan kebarangkalian tinggi sebab asap rokok atau sebab si mati perokok tegar? WAKE UP PLEASE. Banyak yang buruk daripada baik sebenarnya dan mungkin kalian pun tahu tetapi buat-buat tak tahu. Tetap mahu tegakkan benang yang basah dan akhirnya, kami yang anti rokok kalah. Tak pernah barangkali berdepan dengan anak jatuh sakit tiba-tiba sebab terlalu banyak sedut asap rokok, dicium perokok dan sebagainya. Antara akibatnya, seperti Aniq Raheel, yang tiba-tiba diserang semput sehingga terpaksa dimasukkan ke ICU dan guna oksigen untuk bernafas. Apa ekh kau rasa bila itu anak kau?  Jangan rasa anak-anak kecil ini selamat bila kau merokok di luar rumah sebab kau lupa nikotin rokok yang melekat pada ku...

Buat-buat Lupa

B uat-buat lupa, waima terpahat dalam hati Buat-buat lupa, padahal melekat dalam fikiran Buat-buat lupa, kerap air mata bergenang Buat-buat lupa, sebenarnya tidak pernah. Dari sehari ke seminggu dan hampir menginjak sebulan Malah mungkin bertemu tahun demi tahun  Namun, buat-buat lupa itu tak pernah wujud Kerana kau selalu ada dalam kenangan Kau mencipta kenangan antara kita Mana mungkin boleh buat-buat lupa Bila senyummu, lirik matamu, tawamu, kata semangatmu, keluh resahmu Selalu bermain saat aku inginkan. Tuhan, berikan rahmat Mu kepada dia  Semoga duka laranya di dunia lenyap Disimbah cinta Mu yang tak sudah. A.S

Super Women

Menjadi ibu yang bekerja bukan sesuatu yang 'kacang' atau mudah kerana berpikul tanggungjawab diletakkan di atas bahu. Jika hendak bercakap tentang letih, memang letih tetapi kerana niat mahu membantu keluarga dan demi kelangsungan hidup, setiap liku dilalui dengan tabah.Cuma kadangkala, tidak perlu nak minta orang faham apa yang kita lalui setiap saat. TIDAK PERLU. Sebabnya mudah, tidak semua akan faham. Andainya faham, alhamdulillah. Tetapi bagi yang tidak pernah mengerti, abaikan sebab tak nak stress. Kisah hidup saya tidak sempurna dan mana mungkin untuk kita mencapai kesempurnaan sekiranya kita hanya manusia biasa. Hanya Muhammad Ya Rasulullah saja maksum sifatnya dunia akhirat. Siapa sangka 2018 adalah tahun ke-10 saya dalam bidang ini. Siapa sangka, saya masih kekal di sini waima ramai sahabat yang sama batch sudah melangkah pergi. Keluar dari bangunan ini dan salah seorangnya adalah kakak paling saya sayang, pergi buat selama-lamanya selepas hampir genap 10 tahu...

Rindu

Rindu yang degil Acapkali terbit Tanpa dipanggil Datang dalam mimpi, hati dan perasaan. Rindu yang degil Setia disisi Walau cuba jauh Tetap akan ada  memukau hati. Rindu yang degil  Tersulam dalam persahabatan  Sebati dalam jiwa  Tidak akan pudar walau ditolak pergi. Rindu yang degil Terima kasih kerana ada Hadir menemani diri yang sepi. A.S

Fall In Love

Before you can grow up, you must fall in love 3 times. Once you must fall in love with your best friend, ruining your friendship forever. This will teach you wh o your true friends are, and the fine line between friendship and more. Once you must fall in love with someone you believe to be perfect.You will learn that no one is perfect, and that you should never be treated as any less than you deserve. And once you must fall in love with someone that is exactly like you.This will teach you about who you are, and who you want to be. And when you are through with all that, you learn that the people who care about you the most are the ones that you hurt, and the ones that hurt you are the ones that you needed the most. But most of all, you learn that love is only a concept and is not something that can be defined; it is different to each person that experiences it. And you will learn to respect each and every person on this earth, knowing that everyone only wants to...

Tahun ketiga Akif Raheel

Akif Raheel semakin membesar. Barangkali dia adalah putera bongsu mommy dan daddy. Genetik pun dah habis bila sampai giliran Akif ni. Muka pun dah lebih kepada mommy, cerah sikit tak ada dah rupa anak India. Handsome sama macam abang walaupun duduk sebelah orang ingat mereka bukan adik-beradik. Menarik tentang Akif ni dia sayang dekat semua orang. Sayang sentiasa sama macam Ruhee. Dan dia paling lama minum susu mommy. Makanya dia memang manja mommy dan sangat manja. Perangai pun dah sama, kata daddy. Sekejap je membesar anak-anak ni. Tahun ini sudah pun tahun ketiga untuk Akif. Mei pun tak lama lagi. No more baby laaa Akif. Dah jadi big baby. Still my baby. Banyak perkara yang Akif dah mampu buat sendiri dan tak nak mommy tolong. Nak pakai baju sendiri, nak makan sendiri, buka tv sendiri, pilih baju sendiri dan semualah. Dari satu dua perkataan, Akif sudah pandai bina ayat. Membebel saja. Pandai ajak kakak main, abang bergaduh dan pandai ajak mommy borak. Alahai anak, cepat masa ...

Buat sahabat

Sahabat,  Baru kelmarin kurasa pelukanmu Baru kelmarin kudengar merdu suaramu Dan hari ini, Semua itu hilang tanpa pintaku. Sahabat, Sungguhnya kau anugerah terindah Ciptaan Allah untukku dan sahabatmu yang lain Kaulah sahabat, kaulah kakak dan kaulah adik Untuk selamanya. Takkan ada lagi sahabat semulia hatimu Takkan ada lagi sahabat seindah pekertimu Takkan ada lagi sahabat secantik senyummu Yang bisa padamkan resah Yang bisa padamkan nestapa Yang bisa terbitkan rasa bahagia sentiasa. Sahabat, Pergimu selamanya Yang tidak akan kembali Kerana kau kini kembali kepada Penciptamu Itu janjimu dengan Tuhan kita. Kami redha sahabat Agar kau tidak lagi sakit Agar kau tidak lagi perit Agar kau tidak lagi lelah Menahan rasa terpendam Dari bengap duniawi. Sahabat, Tiada lagi kidungmu Yang tinggal hanya rentetan memori Antara kau, aku, dia dan kita Buat kami bualkan bila rindu Buat kami hiburkan bila lara. Sahabat, Bert...

H I D U P

Mana ada H I D U P yang mudah Sedangkan mati pun sukar Mana mungkin H I D U P itu selalu indah Sedangkan mati pun perlu lalui derita Peritnya H I D U P sama erti dengan sukarnya kematian Paling penting; Rebutlah pahala dalam H I D U P Jangan bawa dosa dalam mati  H I D U P lah selagi mampu dan puaskan ia Dengan amal, ilmu dan jariahmu Agar mati menjadi jalan paling mudah  Di akhir H I D U P mu kelak.

complicated

Kita akan jadi "complicated" apabila kita tidak mampu untuk berterus-terang. Itulah kenyataan yang perlu kita hadapi. Menjadi jujur bukan sukar tetapi ia tidak mudah. Apatah lagi sekiranya di dalam hati kita penuh dengan pelbagai rahsia dan rasa.  Perasaan yang wujud dalam hati tidak pernah menipu. Cuma bagaimana untuk kita mengawal perasaan itu berpandukan akal yang waras. Itu penting. Tentang hati itu bisa membuat setiap orang jadi bingung. Selalu saja bolak-balik. Akhirnya, ia menjadikan diri sendiri 'complicated' atau rumit atau dengan kata lain sukar difahami orang sekeliling.  Benar, aku juga sangat 'complicated"....

Cerita tentang mereka

Anak-anak kacuk yang kian membesar. Aniq Raheel sudah pun menginjak ke usia lapan tahun. Ruhee Ayra dan Akif Raheel pula kini berumur enam dan tiga tahun. Bermacam ragam, bermacam karenah.  Masa terus berlalu. Bila ada yang bertanya, “tidak mahu tambah?,” buat masa ini jawapannya, “tidak”. Memadailah tiga anakacuk yang mampu menghiruk-pikuk rumah dan cukuplah tiga anakacuk yang berupaya menjadikan hari-hari mommy huru-hara. Tetapi, itulah keindahan yang tidak akan berulang. Satu hari pasti mommy akan merindui karenah tiga anakacuk dan sudah pastinya satu hari kelak, hidup mommy akan sunyi. Dan saat itulah kenangan yang sedang dicipta kini akan bermain di ruang mata satu hari nanti. Mommy cuba beri yang terbaik dan moganya kalian bertiga juga berusaha untuk menjadi yang terbaik. Harapan mommy cuma satu, bermuafakatlah antara kalian. Senang bersama dan susah tetap bersama. Jadilah anak-anak yang beragama dan mengikut ajaran Allah.  Paling penting, buatlah ya...

Rindu cinta pertama

Pada angin aku bisik kata rindu Antara bahagia dan sedih Bahagia kerana kamu ada dalam hatiku Sedih kerana aku tak mampu miliki hatimu Cinta pertama adalah cinta paling indah dan sangat hebat. Beruntung bagi mereka yang menjadi cinta pertama kerana rasa cinta itu tetap akan ada walau masa terus berlalu. Hanya pada memori tempat bersandar, mengenang suka dan lara. Namun, usah hanyutkan diri dengan perasaan cinta pertama itu. Biarkan ia kekal dalam hati walau di sudut paling dalam. Pandang ke depan dan lihatlah cinta terakhir di depan mata. Dia yang sentiasa percaya dan ada bila-bila masa kita memerlukannya.