Skip to main content

Kau sahabat, kau teman istimewa

Tulisan ini bukan kerana tidak menerima takdir tetapi saya nak abadikan dalam satu naskah untuk saya jadikan kenangan pada masa akan datang. Sepuluh tahun lalu, kami ditemukan di bangunan ini. Tingkat 4, Jabatan Editorial Berita Harian menjadi saksi bermulanya pertalian kami. Mula-mula bertemu adalah ketika kami sama-sama menjadi Wartawan kadet, pada 2008. 

Hanya sebagai kenalan baharu ketika sesi suai kenal dan kursus kewartawanan untuk Wartawan Kadet, kami menjadi rapat. Apatah lagi bila masing-masing peminat tegar drama Korea sejak zaman Winter Sonata ke Autum In My heart, My Girl dan paling menjadi sebutan ialah Full House.

Dulu, sebelum berkahwin sempat tidur rumah Kak Ben sebab nak layan drama Korea. Ke sana-sini ikut dia yang suka keluar masuk kedai comel-comel. Bila dah kahwin dan pindah meja mahkamah dari 2009 hingga 2011 hubungan kami masih rapat tetapi jarang berjumpa. Kebanyakannya hanya bermesej dan berbalas status di FB.

Tahun 2012 saya ditukarkan ke unit suplemen, dan tentunya masuk pejabat semula. Dan, bermula kembali keakraban kami. Sehingga tercipta satu group SGgroup dalam whatsapp. Di sinilah bermulanya kisah kami berlima. Bercerita tentang Korea dari Drama, Filem sampailah Kumpulan Kpop. 

Kak Ben tentunya Miss President paling anggun. Dia perancang setiap aktiviti, dari makan-makan sampailah kami bersetuju setiap bulan, ambil cuti sehari untuk gahtering. Banyak impian kami dan impian paling utama ialah mahu travel ke Korea Oktober nanti.

Terlalu banyak kami rancangkan, dari tarikh, tempat nak lawati hingga warna baju pun jadi bahan bualan kami bila bertemu. Pastinya setiap kali bertemu masa tidak pernah cukup untuk kami. 

Barangkali disebabkan terlalu banyak kenangan dengan dia, sampai hari ini saya malah sahabat yang lain sukar nak percaya Kak Ben dah tiada. Allahu... Banyak memori indah antara kami dan ada impian yang belum tercapai. 

Mengenali Kak Ben adalah antara perkara terindah untuk saya. Seorang kakak yang baik, manis dan selalu memberi kata-kata semangat. Semangatnya kuat. Sama kuat dengan cintanya terhadap dunia penulisan lebih-lebih lagi penulisan kreatif. Semangat kewartawananya juga kuat dan selalu membuat saya kagum apabila melihat dia bekerja.

Pemergiannya buat saya sedar bahawa seluruh hidupnya dia telah dia serahkan kepada semua sahabat yang ada diseklilingnya. Sementara itu, separuh dari hidup saya telah saya berikan untuknya. Dan sebenarnya, kerjaya, pejabat dan semua sahabat yang ada disisinya adalah hidupnya. Hidupnya di sini, di bangunan ini, bersama insan-insan yang telah ditinggalkan.

Kak Ben, pergimu mengejut dan hingga hari ini masih terngiang saat diberitahu tentang pemergianmu. Sungguh kami semua sangat sayangkan kamu kerana kehilanganmu sama seperti kehilangan separuh dari nyawa kami.

Semoga rohmu sentiasa dicucuri rahmat Allah dan semoga tampatmu di sana dimuliakan Penciptamu. Alfatihah. 

Comments

Popular posts from this blog

Sedikit Tentang Dr Intan

Saja nak berkongsi pengalaman walaupun sudah empat bulan masa itu berlalu. Pengalaman melakukan pemeriksaan kandungan bersama Dr Norintan Zainal Shah iaitu Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi di Columbia Asia Hospital, Seremban 2. Rindu pula dengan Dr Intan yang peramah dan sangat teliti ketika memeriksa saya ketika mengandungkan Ruhee. Hehehe (nak jumpa kena mengandung lagi ler Azlin oiii) Bukan apa, ada kawan-kawan dan sepupu yang tanya mengenai beliau sebab ada di antara mereka tinggal berdekatan Seremban dan sedang mencari hospital bersalin. Jika masa Aniq saya melahirkannya di KPJ bersama Dr Kala (Salah seorang Gyene terbaik di KPJ), untuk Ruhee saya pilih Dr Intan sebab Dr Kala tak silap saya sudah berpindah ke Dubai. Dr Intan ni, dari pandangan saya seorang yang serius dan tak suka hal remeh temeh. Contohnya, masa mengandung dulu, bulan puasa, jadi beliau menggalakkan saya berpuasa sampai habis. Katanya, jangan tinggalkan puasa kalau pening sikit-sikit...

Mencari Yang Terbaik (PART 1)

Bila mengandung, perkara pertama yang terlintas dalam akal fikiran adalah di manakah hendak saya bawakan 'anak dalam perut' ini? Bawa ke mana? hehehe Buat pemeriksaan lanjut. Sama ada di hospital kerajaan ataupun swasta. Pengalaman saya sepanjang mengandungkan dua anakacuk saya :) 1. Muhammad Aniq Raheel Disahkan mengandungkan si kacak lagi menawan hati ini pada Julai 2009. Disebabkan saya baru setahun lebih bekerja, company tidak menangung bayaran pemeriksaan di hospital swasta *Mengikut syarat company hanya membayar selepas tiga tahun perkhidmatan* ... Tapi dah rezeki, takkan sebab tak bayar, tak nak mengandung! Demi penjagaan teliti, saya pergi KPJ Hospital (Atas nasihat kakak ipar) Saya pilih Dr Kala sebab Dr Islam yang ada hanya Dr Ishak (Saya tak mampu nak menahan rasa kalau Dr lelaki.. Harap maklum). Alhamdulillah, kandungan baik-baik saja ketika itu. Untuk menyedapkan hati saya ke Klinik Kesihatan Seremban. Di sana memang ramai, datang pagi balik petang. Yal...

사랑 이야기 (salang iyagi)

  Pertemuan kembali ini menjadi pertemuan yang dipenuhi luka dan duka. Mana tidaknya, selepas berbelas tahun akhirnya kisah yang terlerai penuh rahsia terhurai satu-persatu.  Perasaan mula berkocak, menusuk ke kalbu mengenangnya kenapa dan kenapa? Benar, jawapan kepada kenapa ia berlaku adalah takdir. Inilah takdir milik mereka atau inilah takdir antara mereka. Ila mendengar kisah yang lama tersimpan dengan perasaan berkecamuk. Matanya mula menakung air yang bila-bila masa saja akan gugur membasahi pipi. Kisah remaja mereka berdua tidaklah terlalu berliku cuma, rahsia yang tersimpan lama itu bagaikan membusuk hingga menyakitkan hati dan perasaan.  Ila bungkam dan realitinya itulah yang harus dia berhadapan sepanjang hidupnya. Tiada jawapan untuk setiap perenggan yang diungkap Iman.  “Kenapa awak biarkan?” Soal Ila sambil menagan tangisan yang hampir melimpah.  “Saya sedar waktu itu saya bukan siapa-siapa nak dibandingkan dia.” Iman hanya menunduk, mengacau air k...