Skip to main content

ROKOK

Kelmarin, tegang group whatsapp keluarga gara-gara isu rokok. Masih ramai yang saja buat tuli dan buta hati bila isu rokok disebut. Mahu lagi menegakkan benang yang basah. Sampai bila? Sampai ada kematian dalam keluarga sendiri dan Dr dianogsis kematian berpunca daripada heart blocked dan kebarangkalian tinggi sebab asap rokok atau sebab si mati perokok tegar? WAKE UP PLEASE.

Banyak yang buruk daripada baik sebenarnya dan mungkin kalian pun tahu tetapi buat-buat tak tahu. Tetap mahu tegakkan benang yang basah dan akhirnya, kami yang anti rokok kalah. Tak pernah barangkali berdepan dengan anak jatuh sakit tiba-tiba sebab terlalu banyak sedut asap rokok, dicium perokok dan sebagainya. Antara akibatnya, seperti Aniq Raheel, yang tiba-tiba diserang semput sehingga terpaksa dimasukkan ke ICU dan guna oksigen untuk bernafas. Apa ekh kau rasa bila itu anak kau? 

Jangan rasa anak-anak kecil ini selamat bila kau merokok di luar rumah sebab kau lupa nikotin rokok yang melekat pada kulit, pakaian, perkakas dalam rumah atau kereta itu masih kekal walau ditinggalkan berjam-jam oleh kau.

Bahan-bahan lain dalam sebatang rokok yang kau hisap itu seperti benzen, karbon monoksida, hidrogen sianid yang terkandung dalam asap rokok yang kau hembus lebih banyak berbanding kepekatan yang kau sedut. Jadi kau fikir mana lebih berbahaya!

Menangis tak henti bila ahli keluarga yang rata-ratanya perokok tegar cuba menegakkan benang yang basah dan akhirnya hentam saya tanpa henti. Malas nak bertekak, saya berhenti sebab marah, teramat marah. Mereka anggap saya melawan takdir Allah bila anak sakit tetapi mereka lupa takdir Allah itu ditunjukkan supaya mereka sedar, akibat rokok-rokok mereka yang mereka cintakan itulah punca anak saya skit. 

Saya berani cakap sebab saya yang mengandungkan Aniq Raheel dan tahu rentetan cerita sebelum dia kena semput teruk selepas hampir dua minggu di kampung. Saya tahu sebab saya MOMMY dia. Saya tahu sebab saya yang hadap jadual hariannya sepanjang dua minggu itu. Sebelum serangan di sekolah, dia dah kena pun sesak dada dekat Muar dalam minggu di kampung. Saya bawa ke Asia tapi Dr Asia tak mention pasal serangan tu sebab mungkin tak teruk. 

Sebelum-sebelum itu, memang Aniq Raheel kerap berkumpul dengan perokok-perokok tegar dekat kampung, cuti Hari Raya jadi ramailah dekat rumah. 99 peratus perokok. Jadi berapa banyak asap dah dia hidu. Kalau saya nampak saya tegur, kalau tak nampak? Tak tahu bila masa dia sama-sama berlonggok dengan perokok, nak halang macam mana dan kalau 24 jam asap rokok luar-dalam rumah, nak halang macam mana?

Akhirnya, keadaan dia jadi terus selepas dua hari naik sekolah. Serangan kedua. Terus bawa hospital dan terus masuk ICU. Lima hari dekat hospital dan macam-macam lab test Dr buat. Sampaikan nak suspect jantung dah. Aniq Raheel tak ada athma. Dr pun pelik. Tapi nasib baik dia ambil vaksin peneumococal jadi kata Dr serangan tu tak teruk. Akhir sekali selepas buat X-Ray paru-paru Dr nampak ada tompok gangguan dan Dr yang diagnosis kebarangkalian besar berpunca dari asap rokok NOKTAH

Sebab dia mudah terkesan, paru-paru dia memang sensatif masa sejak lahi lagi sebab sedikit lama dalam perut mommy masa dekat dewan bersalin. Lagipun selepas Dr soal-jawab pasal history dan sama ada ada bela kucing/merokok dan semua perkara berkaitan, rokok yang paling dekat dengan diagnosis. Jadi on antibiotik hampir enam bulan, ventolin inhalation dan singulair untuk kuatkan paru-paru.

Tapi biasalah,  tak ada siapa pun ambil peduli. Nasihat pun tak makan, tegur pun tak jalan, penghujungnya bertekak kemudian perokok-perokok ini pula suruh kita berserah pada takdir. Barangkali mereka lupa, Allah wujudkan takdir dan qada' qadar itu supaya kita belajar dari musibah 'takdir' itu bukan suruh orang berdepan dengan takdir itu terima takdir. Orang tak beriman je tak terima takdir Allah. Korang yang menjadi punca ada rasa nak berubah? NEVER. Dia hentam kita balik, NOKTAH

Jadi diri sendiri sajalah ambil iktibar dan didik anak-anak supaya benci rokok sebab tak ada satu faedah pun merokok itu. Melalaikan dan pembaziran paling besar. Kedua jauhkan diri dari perokok yang sedap stok sedut rokok hembus asap depan kanak-kanak dan ketiga jangan langsung berkawan dengan perokok.

Kamu zalim perokok, zalim sebab kamu anak kami sakit. Kamu akan cakap, anak kamu okay saja. Ye bersyukurlah sebab anak-anak kamu okay. Jangan sampai hijab doa terbuka untuk aku doakan supaya anak kamu pula kena. 

Kalau nak amik iktibar pun susah, sekurang-kurangnya jauhilah kanak-kanak bila nak merokok. Cari kawasan bukan larangan merokok atau hormatlah sikit manusia keliling ada. Adab mana adab? Kadangkala saya kena jadi biadap sebab kamu tak beradab.


Comments

Popular posts from this blog

Sedikit Tentang Dr Intan

Saja nak berkongsi pengalaman walaupun sudah empat bulan masa itu berlalu. Pengalaman melakukan pemeriksaan kandungan bersama Dr Norintan Zainal Shah iaitu Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi di Columbia Asia Hospital, Seremban 2. Rindu pula dengan Dr Intan yang peramah dan sangat teliti ketika memeriksa saya ketika mengandungkan Ruhee. Hehehe (nak jumpa kena mengandung lagi ler Azlin oiii) Bukan apa, ada kawan-kawan dan sepupu yang tanya mengenai beliau sebab ada di antara mereka tinggal berdekatan Seremban dan sedang mencari hospital bersalin. Jika masa Aniq saya melahirkannya di KPJ bersama Dr Kala (Salah seorang Gyene terbaik di KPJ), untuk Ruhee saya pilih Dr Intan sebab Dr Kala tak silap saya sudah berpindah ke Dubai. Dr Intan ni, dari pandangan saya seorang yang serius dan tak suka hal remeh temeh. Contohnya, masa mengandung dulu, bulan puasa, jadi beliau menggalakkan saya berpuasa sampai habis. Katanya, jangan tinggalkan puasa kalau pening sikit-sikit...

Mencari Yang Terbaik (PART 1)

Bila mengandung, perkara pertama yang terlintas dalam akal fikiran adalah di manakah hendak saya bawakan 'anak dalam perut' ini? Bawa ke mana? hehehe Buat pemeriksaan lanjut. Sama ada di hospital kerajaan ataupun swasta. Pengalaman saya sepanjang mengandungkan dua anakacuk saya :) 1. Muhammad Aniq Raheel Disahkan mengandungkan si kacak lagi menawan hati ini pada Julai 2009. Disebabkan saya baru setahun lebih bekerja, company tidak menangung bayaran pemeriksaan di hospital swasta *Mengikut syarat company hanya membayar selepas tiga tahun perkhidmatan* ... Tapi dah rezeki, takkan sebab tak bayar, tak nak mengandung! Demi penjagaan teliti, saya pergi KPJ Hospital (Atas nasihat kakak ipar) Saya pilih Dr Kala sebab Dr Islam yang ada hanya Dr Ishak (Saya tak mampu nak menahan rasa kalau Dr lelaki.. Harap maklum). Alhamdulillah, kandungan baik-baik saja ketika itu. Untuk menyedapkan hati saya ke Klinik Kesihatan Seremban. Di sana memang ramai, datang pagi balik petang. Yal...

Istanbul Aku Datang

Lamanya tak menonton filem Melayu sebab semua hampir sama saja jalan ceritanya. Tapi sebab si Rafidah punya skrip, Istanbul Aku Datang membuatkan hati melonjak untuk menontonnya. Tapi tonton di YouTube aje ler kan hehehe baru perasan, lama gak tak tonton filem kat wayang hmmm Istanbul Aku Datang- skrip dan plot cerita yang simple but nice. Istanbul Aku Datang! baru saja menyudahkannya. Garapan yang sangat menarik, lebih-lebih lagi berlatarkan kita Istanbul, Turki yang indah dan mempesonakan. Sambil menonton sambil melancong kiranya. Macam Pisau Cukur, sekali lagi Rafidah selaku penulis skrip sememangnya bijak menggarap isi cerita dan menyusun watak-watak untuk melakonkan skrip ciptaannya. Walaupun ada sedikit ke'Koreaan terutama dalam pemilihan watak utama (Lisa sbg Dian) yang comel, kelam kabut dan sedikit kelakar, memuaskan saya sebagai penonton. haha Korea juga!!! Mungkin dah taksub sangat dengan drama Korea kot... Apapun two thumbs for Istanbul Aku Datang ;0 Besttt sangat2 ...