Saat separuh jiwaku pergi
Saat itu juga aku tersentak
Realiti di depan aku kini
Berteman memori semalam yang tidak pernah pergi
Meninggalkanku.
Barangkali orang akan berkata, aku tidak mahu melepaskan
Padahal puas sudah aku abaikan perasaan yang berkunjung tiba-tiba
Namun, ia kekal di situ
Di sudut hati paling dalam.
Benar, aku yang biarkan kenangan itu tersimpan
Kerana ada liku-liku memori
Dan hanya padanya aku sandarkan
Untuk aku ukir sebuah senyuman ketenangan.
Comments