Skip to main content

Hero Kening Tebal Senyuman Menawan



Minggu lalu, hati teringin sangat menonton kembali drama lakonan Song Seung Hun. Entah kenapa, rindu sangat dengan hero kening tebal bertemankan ukiran senyuman paling menawan. Mula 'jatuh cinta' dengan lakonannya sejak drama Autumn My Heart dan sejak dari itu, hampir semua drama dan filem lakonan beliau menjadi igauan. 

Memulakan tontonan dengan drama My Princess, Seung Hun berlakon dengan heroin A list, Kim Ta Hea. Drama yang comel dan penuh dengan rasa romantik dan percintaan dua latar belakang berbeza. Mudah difahami dan boleh dianggap biasa-biasa namun mampu membuat perasaan tergoncang dek kerana emosi cerita yang tidak menentu.

Hanya menghabiskan dalam masa empat hari, saya memilih pula drama When A Man Falls In Love. Kisah yang penuh tekanan. Bayangkan, kali kedua menonton, perasaan tertekan itu masih menguasai diri. Kisah cinta antara gadis biasa dan seorang bekas samseng. Kisah cinta tiga segi yang memenatkan tidak seperti My Princess. 

Entahlah, WAMFIL rasa dekat dengan diri. Hampir sama cuma jalannya berbeza. Saya selalu umpamakan diri saya sebagai Mi Do watak dalam drama itu. Rasa letih dengan perasaan cinta pertama, rasa terhutang budi dan rasa yang bercelaru. Ya, sebuah pengkisahan yang memenatkan jiwa apabila menonton tetapi sangat menarik.

Dan seterusnya, Summer Scent, sebuah kisah percintaan yang penuh dengan air hujan. Banyak babak hujan dan payung tetapi tidaklah seperti Love Rain. Cerita tentang seorang lelaki yang kematian kekasihnya dan tanpa dia ketahui, hati kekasihnya didermakan kepada seorang lagi wanita. Takdir.

Ya, semua drama Korea adalah bercerita tentang takdir. Takdir kedua bagi mereka adalah anugerah selepas berdepan dengan kekecewaan. Itu kepercayaan yang mereka selitkan dalam drama-drama mereka. 

Namun, realitinya, takdir kedua adalah nasib. Tidak semua manusia akan merasainya. Saya pernah berdepan dengan beberapa individu iaitu keluarga sendiri, berdepan dengan takdir kedua dalam hidup mereka. Namun, saya tidak pernah berharap ia terjadi dalam diri kerana saya perlu percaya takdir yang ada hari ini adalah yang terbaik. Belajar untuk menerimanya dengan penuh kasih sayang. Percayalah, tiada yang lebih indah dalam takdir cinta selain kita dicintai sepenuh jiwa.


-AlinSyukor-

Comments

Popular posts from this blog

Sedikit Tentang Dr Intan

Saja nak berkongsi pengalaman walaupun sudah empat bulan masa itu berlalu. Pengalaman melakukan pemeriksaan kandungan bersama Dr Norintan Zainal Shah iaitu Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi di Columbia Asia Hospital, Seremban 2. Rindu pula dengan Dr Intan yang peramah dan sangat teliti ketika memeriksa saya ketika mengandungkan Ruhee. Hehehe (nak jumpa kena mengandung lagi ler Azlin oiii) Bukan apa, ada kawan-kawan dan sepupu yang tanya mengenai beliau sebab ada di antara mereka tinggal berdekatan Seremban dan sedang mencari hospital bersalin. Jika masa Aniq saya melahirkannya di KPJ bersama Dr Kala (Salah seorang Gyene terbaik di KPJ), untuk Ruhee saya pilih Dr Intan sebab Dr Kala tak silap saya sudah berpindah ke Dubai. Dr Intan ni, dari pandangan saya seorang yang serius dan tak suka hal remeh temeh. Contohnya, masa mengandung dulu, bulan puasa, jadi beliau menggalakkan saya berpuasa sampai habis. Katanya, jangan tinggalkan puasa kalau pening sikit-sikit...

Mencari Yang Terbaik (PART 1)

Bila mengandung, perkara pertama yang terlintas dalam akal fikiran adalah di manakah hendak saya bawakan 'anak dalam perut' ini? Bawa ke mana? hehehe Buat pemeriksaan lanjut. Sama ada di hospital kerajaan ataupun swasta. Pengalaman saya sepanjang mengandungkan dua anakacuk saya :) 1. Muhammad Aniq Raheel Disahkan mengandungkan si kacak lagi menawan hati ini pada Julai 2009. Disebabkan saya baru setahun lebih bekerja, company tidak menangung bayaran pemeriksaan di hospital swasta *Mengikut syarat company hanya membayar selepas tiga tahun perkhidmatan* ... Tapi dah rezeki, takkan sebab tak bayar, tak nak mengandung! Demi penjagaan teliti, saya pergi KPJ Hospital (Atas nasihat kakak ipar) Saya pilih Dr Kala sebab Dr Islam yang ada hanya Dr Ishak (Saya tak mampu nak menahan rasa kalau Dr lelaki.. Harap maklum). Alhamdulillah, kandungan baik-baik saja ketika itu. Untuk menyedapkan hati saya ke Klinik Kesihatan Seremban. Di sana memang ramai, datang pagi balik petang. Yal...

사랑 이야기 (salang iyagi)

  Pertemuan kembali ini menjadi pertemuan yang dipenuhi luka dan duka. Mana tidaknya, selepas berbelas tahun akhirnya kisah yang terlerai penuh rahsia terhurai satu-persatu.  Perasaan mula berkocak, menusuk ke kalbu mengenangnya kenapa dan kenapa? Benar, jawapan kepada kenapa ia berlaku adalah takdir. Inilah takdir milik mereka atau inilah takdir antara mereka. Ila mendengar kisah yang lama tersimpan dengan perasaan berkecamuk. Matanya mula menakung air yang bila-bila masa saja akan gugur membasahi pipi. Kisah remaja mereka berdua tidaklah terlalu berliku cuma, rahsia yang tersimpan lama itu bagaikan membusuk hingga menyakitkan hati dan perasaan.  Ila bungkam dan realitinya itulah yang harus dia berhadapan sepanjang hidupnya. Tiada jawapan untuk setiap perenggan yang diungkap Iman.  “Kenapa awak biarkan?” Soal Ila sambil menagan tangisan yang hampir melimpah.  “Saya sedar waktu itu saya bukan siapa-siapa nak dibandingkan dia.” Iman hanya menunduk, mengacau air k...