Buat-buat lupa, waima terpahat dalam hati
Buat-buat lupa, padahal melekat dalam fikiran
Buat-buat lupa, kerap air mata bergenang
Buat-buat lupa, sebenarnya tidak pernah.
Dari sehari ke seminggu dan hampir menginjak sebulan
Malah mungkin bertemu tahun demi tahun
Namun, buat-buat lupa itu tak pernah wujud
Kerana kau selalu ada dalam kenangan
Kau mencipta kenangan antara kita
Mana mungkin boleh buat-buat lupa
Bila senyummu, lirik matamu, tawamu, kata semangatmu, keluh resahmu
Selalu bermain saat aku inginkan.
Tuhan, berikan rahmat Mu kepada dia
Semoga duka laranya di dunia lenyap
Disimbah cinta Mu yang tak sudah.
A.S
Comments