A corneal abrasion (scratched cornea or scratched eye) is one of the most common eye injuries. A scratched cornea often causes significant discomfort, red eyes and hypersensitivity to light. Corneal abrasions result from a disruption or loss of cells in the top layer of the cornea, called the corneal epithelium. The cornea is the clear front surface of the eye, and part of its job is to focus light, enabling you to see. A healthy cornea is essential for good vision. In addition to disrupting vision, a scratched cornea makes your eye more susceptible to infection. So it's important that you see your eye doctor or visit an emergency room or urgent care center as soon as possible if you suspect you have a corneal abrasion. (https://www.allaboutvision.com/conditions/corneal-abrasion.htm)
Ia adalah kecederaan mata yang jarang berlaku barangkali tetapi agak bahaya. Mungkin untuk mereka yang mempunyai kornea/lapisan anak mata yang sihat jarang berdepan dengan masalah ini. Bagi Aniq, walaupun hanya menggosok mata saja boleh menyebabkan kornea matanya cedera atau tercalar atau lebih dahsyat terkoyak. Bukan perkara baharu kerana Aniq memang ada masalah mata di mana kornea matanya lambat matang atau tidak sihat. Ia akan matang mengikut usia dan pengambilan makanan yang lebih sihat. Itu sukar, sayur pun baru-baru ini belajar kunyah dan telan. Sejak kecil Aniq selalu rasa tidak selesa dengan matanya terutama terhadap cahaya, asap dan habuk. Cuma, keadaan korena mata tidak matang itu diketahui pada 2011, ketika itu dia baru berusia setahun lebih apabila secara tiba-tiba dia tak nak langsung buka mata dan asyik merengek. Agak lama, tidak silap empat hari mata terkatup. Apabila buat pemeriksaan, Dr pakar mata yang beritahu Aniq mempunyai masalah kornea lambat matang atau kurang sihat dan ia adalah disebabkan faktor genetik. Keadaan biasa sebenarnya kerana sebelah daddy memang hampir semua adik-beradik daddy dan sepupu-sepupunya ada masalah ini dan ia akan berkurangan apabila meningkat dewasa. Mengawal masalah ini sebenarnya bukan mudah apatah lagi kanak-kanak. Cuma sepanjang proses healing, Dr memang beri ubat titis dan ointment iaitu vadisic yang perlu dipakai setiap pagi dan malam. Hampir beberapa tahun memang tiada lagi kena corneal abrasion cuma kadangkala ada masa, dia tergosok dan mata pedih sampaikan tak boleh nak buka tiga-empat jam. Cuma, 15 Disember 2018 insiden itu terjadi lagi. Siapa sangkakan walaupun setiap hari, tiap kali nak pergi sekolah atau hantar Aniq ke daycare wajib pesan dekat Aniq, jangan itu ini dan jaga mata. Akhirnya, adik dia Akif yang tanpa sengaja menyebabkan mata abang cedera. Meraung jugalah dia bila tercalar tu dan memang dia terus nak pergi jumpa Dr mata dia. Selalunya tidaklah sampai macam tu kan. Jadi kami terus pergi klinik dengan berpeluh-peluh sebab baru balik dari taman rekreasi sebenarnya. Nasib baik juga klinik pakar mata buka hari Sabtu. Buka saja pintu, terus nurse klinik mata terkejut tengok Aniq menangis tahan sakit. Mana tidaknya, baru beberapa bulan bawa Akif ke klinik sama sebab eye infection dan nurse tanya mommy "Aniq sekarang macam mana?" dan mommy jawab, "mata Aniq semakin kuat". Takdir. Dapat pemeriksaan awal dari Dr sebab kanak-kanak, Dr geleng kepala je. Dia cakap "again, corneal abrasion". Macam biasa, kena cuci lupa dan letak eye pad untuk mata rehat. Menangis sajalah sepanjang proses treatment tu, mahunya tak sakit! Anak mata kot cedera. Aniq masih tak boleh kawal buka sebelah mata makanya dua-dua matalah tutup sepanjang lima hari. Kesian tengok keadaan dia sepanjang sakit tu. Sebak je rasa tengok setiap tingkah lakunya. Ulang-alik klinik je dah dua tiga kali sepanjang minggu untuk tengok keadaan luka dan cuci luka. Bila masih tak baik, Dr cadang guna treatment kedua iaitu pakai bandage contact lens. Sabtu Dr telefon tanya keadaan Aniq. Nampakkan betapa seriusnya bila berkaitan mata ni. Contact lens kena pakai untuk empat hari dan Isnin lalu Dr buka dan tengok keadaan kornea dia. Alhamdulillah, luka semakin sembuh. Cuma kena teruskan guna ubat titis dan ointment sampai habis dua ubat itu. Begitulah kisah Aniq Raheel kali ini. Semoga awak terus kuat dan mata awak terus sihat Aniq.
Comments