Pada angin aku bisik kata rindu
Antara bahagia dan sedih
Bahagia kerana kamu ada dalam hatiku
Sedih kerana aku tak mampu miliki hatimu
Cinta pertama adalah cinta paling indah dan sangat hebat. Beruntung bagi mereka yang menjadi cinta pertama kerana rasa cinta itu tetap akan ada walau masa terus berlalu. Hanya pada memori tempat bersandar, mengenang suka dan lara. Namun, usah hanyutkan diri dengan perasaan cinta pertama itu. Biarkan ia kekal dalam hati walau di sudut paling dalam. Pandang ke depan dan lihatlah cinta terakhir di depan mata. Dia yang sentiasa percaya dan ada bila-bila masa kita memerlukannya.
Comments