Skip to main content

Posts

Showing posts from 2013

Tiga Serangkai

Ku cinta Kau Seorang, Bukan Kerana Aku Tak Cinta dan Ammara Batrisya, tiga drama yang  berjaya membuatkan diri melekap di depan kaca televisyen selepas drama Playboy Itu Suamiku gagal berbuat demikian terhadap diri ini hehehe... Alaaaa kata novel best, tapi mungkin i tak ada feel dengan pelakon utama tu kot. Hero budak beno! Melayan karenah tiga drama ini mampu membuatkan diri mabuk kepayang sebab waktu tayangan berdekat-dekatan antara satu sama lain. Cuma nasib baik, tayangannya ada yang tiga hari, sehari dan dua hari. Makanya masih sempat balik rumah dari pejabat, ambil anak, masak makan malam, solat dan melekap ;P Setiap drama punyai tarikan cerita masing-masing. Ada kisah-kisah yang dibaitkan membuatkan jalan cerita yang digarap berjaya menyentuh hati dan membuai kalbu. Paling best nenek comel yang nyanyuk lakonan Ruminah Sidek hehehe... Jom kita kenak-kenal tiga drama pilihan Anakacuk kali ini :- Ku Cinta Kau Seorang :- Drama ini mengisahkan tentang Batrisy...

The Heirs

Alhamdulillah, selesai sudah 20 episode The Heirs kekeke, sampai macam tu gayanya bila berjaya habiskan drama siri Kor ea kan. Maklum la h, lama tidak menonton siri kege maran ramai. Mu ka lawo walaupun pembedahan plastik, katanya tetapi paling best adalah aksi lakonan pelakon. Mereka ni bila berlakon, mudah memikat hati penonton. Mimik muka yang jelas ketara dan babak-baba k yang macam magnet, menarik je kita sebagai penonton untuk menonton. Tidak dinafikan, walaupun jalan cerita drama Korea ni klise iaitu lelaki kaya raya yang wanitanya pula miskin hina hahaha ;P Namun, disebabkan penghayatan pelakon membawa setiap watak-perwatakan dengan begitu baik sekali membuatkan penonton selalu jadi macam saya. Penonton akan senyum sumbing seorang diri dan ada yang sampai terbawa-bawa di alam mimpi, penonton juga jadi kemaruk sampaikan berangan dialah heroin tersebut atau penonton turut menji wai watak apabila mampu menangis, merasai perasaan pelakon-pelakon yang sebenarnya hanya BERL...

The Heirs

Sepetang menikmati soundtrack song drama The Heirs alahaiii bilalah episode 19 dan 20 nak keluar ;p

Sijil Cuti Sakit (MC)

14 hari bercuti, akhirnya esok adalah hari penghabisan. Kenapa bercuti? Uwaaaaaaa akhirnya unborn baby yang sudah tiga bulan di dalam rahim mommy pergi juga tinggalkan semua yang menanti kehadirannya Mei tahun depan. Rentetan MC :- 25 November berakhirlah segala-galanya. Ranaplah impian dan punahlah harapan mommy dan daddy untuk menanti cinta hati kami yang ketiga. Tapi apapun, kami redha atas setiap yang terjadi. Sudah tertulis, peristiwa itu akan menjadi antara kisah sejarah dalam hidup kami suami isteri. Selama ini seringkali tertanya-tanya, 'macam mana ada wanita yang tidak perasan beliau mengandung'. Makanya, Allah beri peluang untuk merasainya. Tiga bulan atau hampir 13 minggu dalam rahim mommy, sayangnya langsung mommy tidak perasan. Cuma dua minggu sebelum gugur tu, teringin nak buat pemeriksaan sebab badan kerap letih dan rasa macam gemuk dan bisikan hati mengatakan mommy macam mengandung. Instinct seorang ibu! Sukar mahu dijelaskan ;O Urine test ya...

Bila Disahkan Mengandung Lagi????

Mengandung lagi? Apa perasaan anda jika khabar itu disampaikan si Doktor atau alat ujian air kencing? Sama ada teruja? Terkejut? atau ter ter dan ter?? Tak apa, bertenang dulu. Tarik nafas dalam-dalam dan hembuskanperlahan. Buat sebanyak tiga kali. InshaaAllah anda akan kembali tenang dan bertenaga untuk berfikir ;O Haaaa, kalau memang dah nak anak, mestilah teruja dan seronok. Tapi jika bukan dalam perancangan anda, mungkin anda mula khuatir dan takut. Terutama, anak yang sedia ada baru setahun jagung atau masih baby atau masih kecil, belum mencecah usia sewajarnya untuk diberikan tanggungjawab sebagai abang mahupun kakak. Namun, percayakah anda pada rezeki? Percayakah anda pada yang tersurat dan tersirat? Pada pena yang menulis sejak azali? Pada Penulis Yang Maha Mengetahui? Itu semua bukan mustahil andainya memang sudah ditakdirkan anda mempunyai rezeki dalam bentuk itu. Cara itu dan pada waktu itu. Yang ada disekelilingnya cuma penyebab. Sekiranya betul-betul belum b...

Sekadar pandangan

Hanya kerana memperoleh 5A dalam UPSR, seorang pelajar di Kelantan menerima hadiah istimewa daripada ibu bapanya - sebuah mini cooper. Indah sungguh nasib pelajar itu kan! Entahlah, mungkin itu rezeki budak tu sebenarnya. Lagipun ayah dia dah berjanji sakan jadi bila ditunaikan si anak, si ayah kenalah bayar janji. Lagipun, ayah dia mampu jadi apa kisah hehehe :) Cuma seramnya andainya hadiah-hadiah mahal seumpama itu mampu 'menjunamkan' anak, bagaimana? Persoalan yang tiada jawapan sebab ia terpulang pada individu itu sendiri khususnya ANAK! Anak yang menerima pengiktirafan sejauh itu perlu tahu landasan hidupnya. Itu sajalah pesanan khidmat masyarakat daripada saya hahaha Pendapat saya? Selaku seorang anak, ayah dan emak ketika 'tumbesaran' saya tidak pernah menjanjikan apa-apa walaupun sekecil hadiah. Apatah lagi sebesar hadiah. Selain kemungkinan hidup dalam kesusahan, ayah memainkan peranan sebagai ketua keluarga yang bijak bermain kata nasihat. Nasihatnya ...

Mengandung Sambil Menyusui

Kebanyakan ibu menyusukan anak mungkin menghadapi sindrom RISAU apabila disahkan mengandung walaupun sesi penyusuan kepada anak yang sedia ada masih berlangsung. Kemungkinan rasa ingin tahu sama ada masih BOLEH atau TIDAK untuk meneruskan penyusuan bermain di minda. Mengambil beberapa tunjuk ajar daripada mereka yang mempunyai pengalaman dan secara profesional, rata-ratanya mengatakan BOLEH menyusukan anak walaupun sedang mengandung. Antara tips yang boleh diguna pakai adalah :- - Keperluan Susu Ibu (FAKTA) Selepas bayi berusia enam bulan ke atas, susu ibu bukan lagi menjadi sumber makanan utama untuk anak menyusu badan. Ibu wajar menyelitkan menu lain seperti nestum (makanan kedua paling lembut) selepas susu ibu. Apatah lagi sekiranya ibu disahkan mengandung!    Bagaimanapun, penyusuan susu ibu secara terus (direct feeding) dan EBM (stok susu) boleh diteruskan kerana KEGUGURAN akibat menyusukan anak ketika mengandung adalah MITOS semata-mata. ...

Qasidah yang kian popular dekad ini

Pernah dengar Qasidah? Mungkin di Malaysia ia baru saja bermula tetapi saya dah mengenalinya sejak bersekolah agama di Johor lagi. Cuma, tidak dipraktikkan sebab mungkin Qasidah biasanya dialunkan beramai-ramai baru sedap. Atau dengan kata lain, dulu zaman sekolah selalu ada dekat sekolah bersama cikgu mengajar Qasidah tetapi bila tamat sekolah makanya tamat juga Qasidah, berzanji dan zikir beramai-ramai. Maksud Qasidah? Mungkin ramai kelihatan pelik kenapa mereka yang mengalunkan Qasidah siap bergoyang kepala dan mengangkat tangan bagai. Mengalahkan tengok konsert Kpop! Haaa itulah, siapa cakap hiburan Islam tidak seronok. Berbalikkepada maksud Qasidah, pengertian Qasidah ialah puisi atau syair puji-pujian untuk Rasulullah SAW. Kebanyakan intipati Qasidah terutama yang paling popular ialah Ya Hanana, lebih menjurus kepada memohon syafaat Rasulullah, memuji baginda dan sebagainya. Sangat menarik dan boleh dipraktikkan... Rasa macam nak suruh Aniq belajar, gantikan Mommy yang...

Love You, Mr Arrogant!

Klise... Drama adaptasi biasa-biasa. Menarik ke tak menarik ke yang pasti jalan ceritanya sama saja. Dunia nyata, tak tahulah wujud ke tidak babak-babak yang sama dalam drama-drama adaptasi ini. Biasalah, novel adalah dunia imaginasi penulis. Mentuturkan apa saja yang penulis rasakan dia mahu. Berangan, angan-angan dan impian disampaikan mengikut rasa hati dan bakat sedia ada. Namun, tetap mendapat sambutan ramai terutama yang tegar menjadi pembaca novel Melayu. Walaupun "DAH TAHU" jalan ceritanya tetapi masih mahu menonton kerana bagi pembaca yang menjadi penonton, mungkin penghayatan yang diperoleh lebih mendalam manakala sentuhan naskah ke skrin turut memberi impak yang lebih berkesan. Minggu akhir Mr Arrogant ... Apakah yang bakal di hadapi dua pasangan ini? Mustahil untuk tidak bahagia kan hahaha klise ler tu.. Tapi apapun pastinya penonton enjoy. Kalau tak, takkan mampu mengumpul hampir berjuta penonton saban waktu ditayangkan. Maghrib jangan lupa buat. Ohh, say...

Gurindam Telinga

Mengomel Seorang Diri

Salam Zulhijjah 1434H

Selamat menyambut Adiladha. Harapnya setiap pengorbanan yang pernah, sedang dan akan dilakukan adalah perngorbanan terbaik dan yang diredhai Allah. Esok tarikhnya. Dua tahun sudah tarikh 10 Zulhijjah datang. Maka dua tahun juga arwah atok kesayangan pergi meninggalkan semua yang masih bernyawa di muka bumi Nya. Perginya pada dingin subuh 2011 bersamaan 1432 hijrah masih terasa. Pergi dalam tidur bersama sarat sakitnya yang ditanggung bertahun lama. Akhirnya dia pergi menyahut panggilan Pencipta dalam keadaan paling tenang tanpa raungan bagi menyambut huluran salam sakaratul-maut. Selain perginya Tok Yah, dua tahun juga pengalaman menjaga Aniq Raheel yang demam panas tanpa kebah, ulang-alik ke hospital di Muar lalu ke klinik namun tiada jawapan. Ambil darah, lakukan X-Ray tetapi masih tiada apa-apa sambil di rumah saat itu, keadaan sibuk dengan menyiapkan peralatan, pelakuan menyempurnakan jenazah seorang insan yang amat disayangi. Alham...

Hari Ke-5

Hmmm lima hari dah menikmati waktu kerja yang berbeza seperti selalu. Banyak pro dan kontra yang ada sebenarnya. Keselesaan bekerja sebenarnya sama saja jika kita ikhlas dan terima apa yang berlaku. Yalah, ni bukan syarikat atok saya kan kan .... Untuk saya? Lebih selesa dengan waktu kerja lama, masuk awal jam sembilan pagi dan balik lima petang cuma kadang-kadang bukan menjadi mustahil balik pukul enam ke lapan malam. Itu normal dan lumrah kerja seperti ini. Apa yang penting, waktu dengan anak-anak. Saya lebih suka menghabiskan masa malam bersama keluarga terutama anak-anak yang masih kecil. Masih perlukan perhatian dari seorang Mommy. Daddy balik lambat itu biasa dan sepanjang saya bergelar isteri dan Mommy, tak pernah saya rasa Daddy perlu balik awal. Dari A-Y saya buat tinggal yang Z je Daddy buat hahahaha Sejak menggantikan rakan sekerja yang cuti bersalin, saya ke meja beliau untuk sebulan. Masuk jam 12 tengah hari dan balik jam lapan malam. Meja berita dunia...

PINJAM

Pinjam dari pelbagai sudut Dipinjam, meminjam, pinjaman Semuanya menjadi satu Rumit untuk diluahkan Hati tak rela Hati hanya pasrah Hati mengikut rentak Kerana mulut yang berkata YA Bukan hati Harapnya semua pinjam itu Seketika Habis langsai Kembali ke asal  dengar lagu ni bagi hilang tekanan kekeke  

Syukur kena Ikhlas, Fikir Perlu Positif Pasti Kita Temui Bahagia

 panjang sungguh tajuk entri kali ini ... Ia sebagai pendapat dan pengalaman selain merumuskan apa yang cuba diperkatakan semua orang... Rasa syukur semata-mata tanpa wujud rasa ikhlas, mungkin tidak berbaloi. Sebelum utuhnya Iman seseorang itu, rasa ikhlas haruslah dibaja dan disiram supaya ia menjadi sebati dalam jiwa dan akhirnya wujudlah rasa Iman yang mantap tanpa perlu diperlekehkan lagi. Seperti saya, baru nak belajar menjadi sang ikhlas sejati. Tidak mahu yang tidak-tidak lagi atau kata lain, hanya syukur pada mulut namun tak pernah redha dalam hati. Bersyukur dan terus bersyukur walaupun sedang menghadapi kedukaan mahupun kesusahan. Harus percaya di celah-celah kemiskinan dan kepayahan masih mempunyai denai untuk kita mencari sinar baru. Kebahagian akan muncul diakhir jalan cerita sekiranya kita kuat menempuh dugaan mencabar. Bersyukur menjadi hamba Nya yang terpilih untuk menghadapi ujian Nya kerana Tuhan tidak akan menguji di luar kemampuan. Duit? Kesena...

Cinta Jannah part 3

hahahaha memang sah penulis blog ini sedang kemaruk dengan drama ni. Jom hilangkan debar dan perasaan kacau-bilau menunggu episod akhir hari ini :-   ~~~ harap entri ini diterima dengan pasrah sebab yang menulis memang sedang kemaruk hohohoho ~~~

Cinta Jannah Part 2

Eh ada part 2 pula ler kan hehehe Episod terakhir Cinta Jannah... oh tidakkkk kenapa perlu berakhir dengan sedih? Kenapa sengaja buat saya sebagai penonton geram? sakit jiwa? hmmm cerita ni macam perlu tambah dua episod lagi sebab ada beberapa yang perlu dihuraikan. cewahhhh (silalah buat skrip azlin oiiII) Bukan apa, ada beberapa perkara yang kurang jelas dan macam 'hish, takkan lertak perasan! tak tahu! dan tak tak lagi... 1) Kenapa masa kawan Izaril dengan tunang dia a.k.a kawan si Jannah datang rumah masa Izaril pengsan kat tepi kolam, kawan si Jannah tu takkan tak nampak bingkai gambar Jannah dekat dalam bilik Izaril? 2) Takkan, atok, nenek dan paksu Izaril tak tahu pasal Izaril jatuh sakit masa ditinggalkan si Jannah. At least boleh si paksu tolong kan kan kan 3) Kenapa si Sufian tak beritahu ayah Jannah pasal dia jumpa Jannah dan kenapa juga paksu tak jumpa mak Jannah beritahu yang Jannah dah jadi anak buah ipar dia? Padahal bukankah paksu tu ustaz ya...

Apabila Petang Menjelma

Saat-saat ini, hanya dua wajah kesayangan mommy bermain di ruangan mata. Walaupun mata layu menahan ngantuk, akan mommy gagahkan diri untuk balik dengan selamat bagi menemui dua budak hitam di bawah :- menanti detik itu detik pada jam dinding yang bergerak dari angka ke angka sampai satu angka yang dinantikan sangat bukan apa, mahu segera pulang bekejaran bersama putera dan puteri jantung dan hati seorang bergelar ibu itulah pendorong hidup melakasanakan tugas harian yang pelbagai namun akhirnya hati jatuh mencair saat terkenangkan anak-anak di rumah cepatlah jarum bergerak ke angka sepatutnya agar selesai hari ini bersama pekerjaan waktu menjadi pekerja anak-anak moga mereka tidak lupa ibunya masih setia menanti waktu untuk bertemu acapkali.... ~~~ haaaa amik, sempat den buat sajak suka-suki yang hmm suka hati ler... kata seni itu indah dan seni itu lahir daripada hati... Ni hasil seni ...

Kesedaran Sendiri dan Tauladan Anda

  MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!   Merdeka ke 56, mungkin belum mencecah angka ketiga, tetapi sudah menjadi J ubli P erak ! Ya, senior Jubli Perak negara kita. Syukur, aman sentosa, kekal bahagia. Sedihnya, mengapa hanya t iap kali merdeka saja baru semangat patriotik hendak dipupuk. Kenapa apabila tarikh k eramat 31 Ogos hampir menjengah, baru dendangan lagu nasionalisme bersiaran di corong radio manakala video klip pula mula bersepah di kaca TV! terbaru, la gu Negaraku menjadi pembuka awal tayangan filem dipanggung! Persoalan, KENAPA ia BERMUSIM? Tidak dijadikan agenda setiap hari. Menarik bukan, kalau semua yang disebutkan tadi, diserapkan dalam diri setiap rakyat warganegara Malaysia. Sebenarnya dengan tanggungjawab sebegitu yang dibuat secara bermusim itulah yang sebenarnya mampu menjadikan Malaysia majmuk sebagai negara muafakat, bersatu-padu dan bermesyuarah. Sayangnya, ia bermusim. Agenda bermusim dan sememangnya terlalu banyak agenda bermusim wujud di...

Jodoh Itu Milik Kita dan Cinta Jannah

Kedua-duanya mempunyai persamaan tetapi garapan berlainan. Biasalah drama cliche' kata orang seni. hahaha ada dikisahkan, sebab nak diceritakan ialah lagu tema drama yang best dan sebenarnya pengisian drama ini, kedua-duanya menghiburkan. Cerita novel dan ala-ala novel. Memang menjadi trend masa kini. Tujuan pembikin bikin filem, telefilem dan drama sebab nak untuung sebab mereka ni berniaga. Nak bayar produksi dan sebagainya. Jadi kenalah buat karya yang menjadi permintaan ramai dan kena selalu ingat hampir 80 peratus mungkin, penonton kita nak menonton cerita yang mudah difahami, tidak perlu tertekan dan tidak sarat dengan falsafahnya. Apapun, harapnya apa saja yang dihasilkan penggiat seni walaupun untuk dijadikan bahan ketawa, kena berlandaskan tujuan karya itu dihasilkan. Kena ada matlamat, berdiri di landasan logik, ada nilai dan moral dan ia sebagai tunjuk ajar kepada penonton.... Sebagai penonton pula, ambil yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buka...

Satu Ketika Dulu

pic by google Perkara paling menarik mengenai satu ketika dulu ialah ZAMAN SEKOLAH. Zaman yang penuh warna warni walaupun kena bangun awal pagi. Kena menapak, berbasikal, menaiki kenderaan awam atau sendiri untuk ke sekolah walaupun saat itu matahari pun tak menjengah lagi. Zaman itu juga, peluh-peluh sentiasa menitis di setiap genap tubuh badan (kekekeke) sebab panas mentari. Kena pula bila beratus di padang atau dewan yang tidak berkipas atau dewan tertutup yang kipasnya nun jauh di lelangit syiling. Zaman yang balik saja ke rumah, kena pula bersiap untuk ke kelas agama atau kelas tambahan atau latihan rumah sukan. Bila malam, kena siapkan kerja sekolah, tak sempat nak menarik nafas dalam-dalam, katanya. Haaa itulah ZAMAN yang kononnya disampahkan ketika itu. Tapi apabila zaman itu berakhir dan selepas sepuluh tahun? dua puluh tahun? berpuluh-puluh tahun ditinggalkan, barulah kita rasa rinduuuuuuuuuuuuuu.... Lebih-lebih lagi apabila kita masih menghubungi kawan lama. Kaw...

YouTube Mix (playlist)

halwa telinga hari ini :- Bila adik-adik bulan si CNBlue ber'rock ....

RAMADHAN 1434H/ JULAI-OGOS 2013

Ramadhan 1434 Hijrah bersamaan Julai/Ogos 2013 sangat tenang berikutan kami suami isteri mengikut perancangan tahap satu hehehe... Tahap satu tu sama je dengan kelas pertama atau pangkat satu yang mana, perancangan terbaik Sudah menyiapkan urusan pakaian anak-anak (itu paling penting kalau raya kan- budak-budak yang beraya sekarang ni) awal seminggu sebelum Ramadhan hadir, membuatkan laluan sepanjang Ramadhan kami kali ini tenang tanpa perlu kelam kabut dan sebagainya. Paling seronok, tempahan baju kurung dan baju melayu raya untuk keluarga juga siap dilakukan. Jadi tak payah risau nak cari baju siap terutama baju lelaki-lelaki ini. Seperti tahun-tahun lepas, awal Ramadhan kami pulang ke Muar. Sambil berehat dapat juga merasai terawikh dan witir 23 rakaat di surau depan rumah dan dapat makan masakan mak dan ayah. Empat hari tiga malam di Muar sudah cukup untuk Ramadhan. erkkk tapi sebenarnya kalau lebih lagi, lagilah cukup Gambar memori Ramadhan ini :- Hari ketiga b...