Skip to main content

Salam Zulhijjah 1434H



Selamat menyambut Adiladha. Harapnya setiap pengorbanan yang pernah, sedang dan akan dilakukan adalah perngorbanan terbaik dan yang diredhai Allah.

Esok tarikhnya. Dua tahun sudah tarikh 10 Zulhijjah datang. Maka dua tahun juga arwah atok kesayangan pergi meninggalkan semua yang masih bernyawa di muka bumi Nya. Perginya pada dingin subuh 2011 bersamaan 1432 hijrah masih terasa. Pergi dalam tidur bersama sarat sakitnya yang ditanggung bertahun lama. Akhirnya dia pergi menyahut panggilan Pencipta dalam keadaan paling tenang tanpa raungan bagi menyambut huluran salam sakaratul-maut.

Selain perginya Tok Yah, dua tahun juga pengalaman menjaga Aniq Raheel yang demam panas tanpa kebah, ulang-alik ke hospital di Muar lalu ke klinik namun tiada jawapan. Ambil darah, lakukan X-Ray tetapi masih tiada apa-apa sambil di rumah saat itu, keadaan sibuk dengan menyiapkan peralatan, pelakuan menyempurnakan jenazah seorang insan yang amat disayangi.

Alhamdulillah, Aniq pulih sekembalinya ke Seremban selepas seorang ustaz dari Daru'Syifa mengubatinya dengan ayat Quran yang sempurna. Saat itu tenang rasa jiwa, hilang resah gelisah menghadapi ujian yang sekejap dari Allah untuk kami suami isteri.

Dan esok, 10 Zulhijjah kembali lagi. InshaaAllah beraya di Sedang hari ini. Kenduri di rumah arwah pak njang, menemani mak njang sambil berkumpul bersama keluarga besar saya. Ohhh Muar sunyi tahun ini. Sepi-

Tak pernah begini rasanya :( .... Masih terngiang suasana beraya Aidiladha di Muar. Miss Muar a lot


~~~ Pengorbanan tidak mengira apa yang dikorbankan walaupun sekelumit perasaan ~~~

Comments

Popular posts from this blog

Sedikit Tentang Dr Intan

Saja nak berkongsi pengalaman walaupun sudah empat bulan masa itu berlalu. Pengalaman melakukan pemeriksaan kandungan bersama Dr Norintan Zainal Shah iaitu Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi di Columbia Asia Hospital, Seremban 2. Rindu pula dengan Dr Intan yang peramah dan sangat teliti ketika memeriksa saya ketika mengandungkan Ruhee. Hehehe (nak jumpa kena mengandung lagi ler Azlin oiii) Bukan apa, ada kawan-kawan dan sepupu yang tanya mengenai beliau sebab ada di antara mereka tinggal berdekatan Seremban dan sedang mencari hospital bersalin. Jika masa Aniq saya melahirkannya di KPJ bersama Dr Kala (Salah seorang Gyene terbaik di KPJ), untuk Ruhee saya pilih Dr Intan sebab Dr Kala tak silap saya sudah berpindah ke Dubai. Dr Intan ni, dari pandangan saya seorang yang serius dan tak suka hal remeh temeh. Contohnya, masa mengandung dulu, bulan puasa, jadi beliau menggalakkan saya berpuasa sampai habis. Katanya, jangan tinggalkan puasa kalau pening sikit-sikit...

Mencari Yang Terbaik (PART 1)

Bila mengandung, perkara pertama yang terlintas dalam akal fikiran adalah di manakah hendak saya bawakan 'anak dalam perut' ini? Bawa ke mana? hehehe Buat pemeriksaan lanjut. Sama ada di hospital kerajaan ataupun swasta. Pengalaman saya sepanjang mengandungkan dua anakacuk saya :) 1. Muhammad Aniq Raheel Disahkan mengandungkan si kacak lagi menawan hati ini pada Julai 2009. Disebabkan saya baru setahun lebih bekerja, company tidak menangung bayaran pemeriksaan di hospital swasta *Mengikut syarat company hanya membayar selepas tiga tahun perkhidmatan* ... Tapi dah rezeki, takkan sebab tak bayar, tak nak mengandung! Demi penjagaan teliti, saya pergi KPJ Hospital (Atas nasihat kakak ipar) Saya pilih Dr Kala sebab Dr Islam yang ada hanya Dr Ishak (Saya tak mampu nak menahan rasa kalau Dr lelaki.. Harap maklum). Alhamdulillah, kandungan baik-baik saja ketika itu. Untuk menyedapkan hati saya ke Klinik Kesihatan Seremban. Di sana memang ramai, datang pagi balik petang. Yal...

Istanbul Aku Datang

Lamanya tak menonton filem Melayu sebab semua hampir sama saja jalan ceritanya. Tapi sebab si Rafidah punya skrip, Istanbul Aku Datang membuatkan hati melonjak untuk menontonnya. Tapi tonton di YouTube aje ler kan hehehe baru perasan, lama gak tak tonton filem kat wayang hmmm Istanbul Aku Datang- skrip dan plot cerita yang simple but nice. Istanbul Aku Datang! baru saja menyudahkannya. Garapan yang sangat menarik, lebih-lebih lagi berlatarkan kita Istanbul, Turki yang indah dan mempesonakan. Sambil menonton sambil melancong kiranya. Macam Pisau Cukur, sekali lagi Rafidah selaku penulis skrip sememangnya bijak menggarap isi cerita dan menyusun watak-watak untuk melakonkan skrip ciptaannya. Walaupun ada sedikit ke'Koreaan terutama dalam pemilihan watak utama (Lisa sbg Dian) yang comel, kelam kabut dan sedikit kelakar, memuaskan saya sebagai penonton. haha Korea juga!!! Mungkin dah taksub sangat dengan drama Korea kot... Apapun two thumbs for Istanbul Aku Datang ;0 Besttt sangat2 ...