Skip to main content

Kesedaran Sendiri dan Tauladan Anda

 
MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!
 
Merdeka ke 56, mungkin belum mencecah angka ketiga, tetapi sudah menjadi Jubli Perak! Ya, senior Jubli Perak negara kita. Syukur, aman sentosa, kekal bahagia. Sedihnya, mengapa hanya tiap kali merdeka saja baru semangat patriotik hendak dipupuk.

Kenapa apabila tarikh keramat 31 Ogos hampir menjengah, baru dendangan lagu nasionalisme bersiaran di corong radio manakala video klip pula mula bersepah di kaca TV! terbaru, lagu Negaraku menjadi pembuka awal tayangan filem dipanggung!

Persoalan, KENAPA ia BERMUSIM? Tidak dijadikan agenda setiap hari. Menarik bukan, kalau semua yang disebutkan tadi, diserapkan dalam diri setiap rakyat warganegara Malaysia.

Sebenarnya dengan tanggungjawab sebegitu yang dibuat secara bermusim itulah yang sebenarnya mampu menjadikan Malaysia majmuk sebagai negara muafakat, bersatu-padu dan bermesyuarah.

Sayangnya, ia bermusim. Agenda bermusim dan sememangnya terlalu banyak agenda bermusim wujud di negara ini walhal ia sepatutnya diamalkan setiap hari. Luahan seseorang - Motifnya satu, mahu menjadikan negara sebagai tempat berlindung sampai mati.

Tidak mahu jenayah berleluasa, tidak mahu bergaduh sesama masyarakat dan tidak mahu orang luar menjadi 'penyibuk' di setiap inci tempat di dalam negara ini. 56 adalah pengertian yang sewajarnya dijadikan renungan. Untuk apa merdeka, andai pemikiran kita khususnya anak-anak muda masih dijajah.

Untuk apa merdeka andai, lagu kebangsaan, sekadar sayup kedengaran tanpa mengerti maksud tersurat dan tersirat. Usah jadikan MERDEKA dan angka ualangtahun sebagai SIMBOL yang diingati pabila tiba tarikh itu dan kemudian, dilupai. Layu semangat, layulah segala-galanya...

~~~ 56 bukan sekadar angka tetapi lebih menjurus kepada mengapa angka itu wujud dan mengapa pengertian MERDEKA harus diperluaskan. Merdeka bukan saja bebas dari penjajah kerana kita dijajah beratus tahun berbanding dengan angka kebebasan yang 56 itu ~~~

Comments

Popular posts from this blog

Sedikit Tentang Dr Intan

Saja nak berkongsi pengalaman walaupun sudah empat bulan masa itu berlalu. Pengalaman melakukan pemeriksaan kandungan bersama Dr Norintan Zainal Shah iaitu Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi di Columbia Asia Hospital, Seremban 2. Rindu pula dengan Dr Intan yang peramah dan sangat teliti ketika memeriksa saya ketika mengandungkan Ruhee. Hehehe (nak jumpa kena mengandung lagi ler Azlin oiii) Bukan apa, ada kawan-kawan dan sepupu yang tanya mengenai beliau sebab ada di antara mereka tinggal berdekatan Seremban dan sedang mencari hospital bersalin. Jika masa Aniq saya melahirkannya di KPJ bersama Dr Kala (Salah seorang Gyene terbaik di KPJ), untuk Ruhee saya pilih Dr Intan sebab Dr Kala tak silap saya sudah berpindah ke Dubai. Dr Intan ni, dari pandangan saya seorang yang serius dan tak suka hal remeh temeh. Contohnya, masa mengandung dulu, bulan puasa, jadi beliau menggalakkan saya berpuasa sampai habis. Katanya, jangan tinggalkan puasa kalau pening sikit-sikit...

Mencari Yang Terbaik (PART 1)

Bila mengandung, perkara pertama yang terlintas dalam akal fikiran adalah di manakah hendak saya bawakan 'anak dalam perut' ini? Bawa ke mana? hehehe Buat pemeriksaan lanjut. Sama ada di hospital kerajaan ataupun swasta. Pengalaman saya sepanjang mengandungkan dua anakacuk saya :) 1. Muhammad Aniq Raheel Disahkan mengandungkan si kacak lagi menawan hati ini pada Julai 2009. Disebabkan saya baru setahun lebih bekerja, company tidak menangung bayaran pemeriksaan di hospital swasta *Mengikut syarat company hanya membayar selepas tiga tahun perkhidmatan* ... Tapi dah rezeki, takkan sebab tak bayar, tak nak mengandung! Demi penjagaan teliti, saya pergi KPJ Hospital (Atas nasihat kakak ipar) Saya pilih Dr Kala sebab Dr Islam yang ada hanya Dr Ishak (Saya tak mampu nak menahan rasa kalau Dr lelaki.. Harap maklum). Alhamdulillah, kandungan baik-baik saja ketika itu. Untuk menyedapkan hati saya ke Klinik Kesihatan Seremban. Di sana memang ramai, datang pagi balik petang. Yal...

사랑 이야기 (salang iyagi)

  Pertemuan kembali ini menjadi pertemuan yang dipenuhi luka dan duka. Mana tidaknya, selepas berbelas tahun akhirnya kisah yang terlerai penuh rahsia terhurai satu-persatu.  Perasaan mula berkocak, menusuk ke kalbu mengenangnya kenapa dan kenapa? Benar, jawapan kepada kenapa ia berlaku adalah takdir. Inilah takdir milik mereka atau inilah takdir antara mereka. Ila mendengar kisah yang lama tersimpan dengan perasaan berkecamuk. Matanya mula menakung air yang bila-bila masa saja akan gugur membasahi pipi. Kisah remaja mereka berdua tidaklah terlalu berliku cuma, rahsia yang tersimpan lama itu bagaikan membusuk hingga menyakitkan hati dan perasaan.  Ila bungkam dan realitinya itulah yang harus dia berhadapan sepanjang hidupnya. Tiada jawapan untuk setiap perenggan yang diungkap Iman.  “Kenapa awak biarkan?” Soal Ila sambil menagan tangisan yang hampir melimpah.  “Saya sedar waktu itu saya bukan siapa-siapa nak dibandingkan dia.” Iman hanya menunduk, mengacau air k...