Skip to main content

Satu Ketika Dulu


pic by google


Perkara paling menarik mengenai satu ketika dulu ialah ZAMAN SEKOLAH. Zaman yang penuh warna warni walaupun kena bangun awal pagi. Kena menapak, berbasikal, menaiki kenderaan awam atau sendiri untuk ke sekolah walaupun saat itu matahari pun tak menjengah lagi.

Zaman itu juga, peluh-peluh sentiasa menitis di setiap genap tubuh badan (kekekeke) sebab panas mentari. Kena pula bila beratus di padang atau dewan yang tidak berkipas atau dewan tertutup yang kipasnya nun jauh di lelangit syiling.

Zaman yang balik saja ke rumah, kena pula bersiap untuk ke kelas agama atau kelas tambahan atau latihan rumah sukan. Bila malam, kena siapkan kerja sekolah, tak sempat nak menarik nafas dalam-dalam, katanya. Haaa itulah ZAMAN yang kononnya disampahkan ketika itu.

Tapi apabila zaman itu berakhir dan selepas sepuluh tahun? dua puluh tahun? berpuluh-puluh tahun ditinggalkan, barulah kita rasa rinduuuuuuuuuuuuuu.... Lebih-lebih lagi apabila kita masih menghubungi kawan lama. Kawan dan sahabat yang tahu siapa kita!

Dannnn sebenarnya, hanya kawan sekolah yang "MENGENALI" kita yang sebenarnya. Budak comot berhingus, tak mengerti apa-apa, kebudak-budakan dan itulah KITA. Sebab itu, pabila menjadi dewasa, mereka lebih memahami kita sebab mereka kenal kita dari kita mentah.

Bukan menidakkan kawan dan sahabat yang kita kenali selepas zaman itu. Ia sama je, mengenali mereka ketika zaman ini, inilah kita hahaha faham? tak faham buat-buat faham... Yang penting kita ni tak pernah berubah. Kalau berubah pun bentuk fizikal je yang perangainya masih sama dan lain-lain tu sama je ;P

Yang penting DIA dan MEREKA malah KITA tetap bersama tidak kira susah mahupun senang. Tempat ketawa, tempat menangis dan tempat bertempat hehehe :) macam lagu ni :-



Haaaaa sekolah adalah zaman anugerah terindah. Zaman yang sedang dilalui hari ini pula kesinambungan hidup yang juga merupakan anugerah terindah. Semuanya indah.

Semoga, pertalian dengan kawan dan sahabat yang tersayang terus terjalin utuh tanpa rasa sangsi dan mahu diputuskan. Bertemu dan berpisah kerananya, InshaaAllah




oppsss PS/ sikit... kawan ke sahabat ke rakan taulan ke apa pun sebutan dan ejaannya ia tetap sama iaitu kita bersaudara apatah lagi kalau agama kita sama kan kan ...


~~~ Mengimpikan reunion bersama kawan-kawan sekolah bagi mengembalikan nostalgia indah zaman yang menjadikan diri lebih dewasa ~~~

Comments

Popular posts from this blog

Sedikit Tentang Dr Intan

Saja nak berkongsi pengalaman walaupun sudah empat bulan masa itu berlalu. Pengalaman melakukan pemeriksaan kandungan bersama Dr Norintan Zainal Shah iaitu Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi di Columbia Asia Hospital, Seremban 2. Rindu pula dengan Dr Intan yang peramah dan sangat teliti ketika memeriksa saya ketika mengandungkan Ruhee. Hehehe (nak jumpa kena mengandung lagi ler Azlin oiii) Bukan apa, ada kawan-kawan dan sepupu yang tanya mengenai beliau sebab ada di antara mereka tinggal berdekatan Seremban dan sedang mencari hospital bersalin. Jika masa Aniq saya melahirkannya di KPJ bersama Dr Kala (Salah seorang Gyene terbaik di KPJ), untuk Ruhee saya pilih Dr Intan sebab Dr Kala tak silap saya sudah berpindah ke Dubai. Dr Intan ni, dari pandangan saya seorang yang serius dan tak suka hal remeh temeh. Contohnya, masa mengandung dulu, bulan puasa, jadi beliau menggalakkan saya berpuasa sampai habis. Katanya, jangan tinggalkan puasa kalau pening sikit-sikit...

Mencari Yang Terbaik (PART 1)

Bila mengandung, perkara pertama yang terlintas dalam akal fikiran adalah di manakah hendak saya bawakan 'anak dalam perut' ini? Bawa ke mana? hehehe Buat pemeriksaan lanjut. Sama ada di hospital kerajaan ataupun swasta. Pengalaman saya sepanjang mengandungkan dua anakacuk saya :) 1. Muhammad Aniq Raheel Disahkan mengandungkan si kacak lagi menawan hati ini pada Julai 2009. Disebabkan saya baru setahun lebih bekerja, company tidak menangung bayaran pemeriksaan di hospital swasta *Mengikut syarat company hanya membayar selepas tiga tahun perkhidmatan* ... Tapi dah rezeki, takkan sebab tak bayar, tak nak mengandung! Demi penjagaan teliti, saya pergi KPJ Hospital (Atas nasihat kakak ipar) Saya pilih Dr Kala sebab Dr Islam yang ada hanya Dr Ishak (Saya tak mampu nak menahan rasa kalau Dr lelaki.. Harap maklum). Alhamdulillah, kandungan baik-baik saja ketika itu. Untuk menyedapkan hati saya ke Klinik Kesihatan Seremban. Di sana memang ramai, datang pagi balik petang. Yal...

Istanbul Aku Datang

Lamanya tak menonton filem Melayu sebab semua hampir sama saja jalan ceritanya. Tapi sebab si Rafidah punya skrip, Istanbul Aku Datang membuatkan hati melonjak untuk menontonnya. Tapi tonton di YouTube aje ler kan hehehe baru perasan, lama gak tak tonton filem kat wayang hmmm Istanbul Aku Datang- skrip dan plot cerita yang simple but nice. Istanbul Aku Datang! baru saja menyudahkannya. Garapan yang sangat menarik, lebih-lebih lagi berlatarkan kita Istanbul, Turki yang indah dan mempesonakan. Sambil menonton sambil melancong kiranya. Macam Pisau Cukur, sekali lagi Rafidah selaku penulis skrip sememangnya bijak menggarap isi cerita dan menyusun watak-watak untuk melakonkan skrip ciptaannya. Walaupun ada sedikit ke'Koreaan terutama dalam pemilihan watak utama (Lisa sbg Dian) yang comel, kelam kabut dan sedikit kelakar, memuaskan saya sebagai penonton. haha Korea juga!!! Mungkin dah taksub sangat dengan drama Korea kot... Apapun two thumbs for Istanbul Aku Datang ;0 Besttt sangat2 ...