Skip to main content

lovERain


Musim Love Rain, drama terbaru dari Korea. Kalau di channel 391 baru episode 5-6 tapi kalau nak lebih cepat, tonton saja di CrazyDrama, EpDrama dan mana-mana link yang menawarkan tontonan percuma. kisahnya adalah dua genarasi. Kisah cinta ibu dan ayah kepada Seo Jun (Jang Keun Suk) dan ibu Ha Na (Yoo Nah) pada zaman 70-an. Namun cinta mereka tidak kesampaian dan pada zaman moden pula, Seo Jun dan Ha Na bertemu lalu bercinta dan terputus di tengah jalan kerana pertemuan semula In Ha (ayah Seo Jun) dan Ha Nea (Ibu Ha Na) memekarkan kembali kisah cinta yang terputus.

Drama 20 episod ini pasti menempuhi klimaks yang menarik dan pergolakkan demi pergolakkan pasti berlaku dalam episod seterusnya... Sekarang saya sedang terus menghayati babak demi babak dalam episod 13 dan 14 yang baru dimuat turun di dua laman web berkenaan...

Menarik mengenai Love Rain adalah plot cerita yang melodrama dan romantik. Hujan memainkan peranan penting dalam drama ini. Dialog yang mudah dan adakalanya terbit kata-kata yang sangat puitis ditambah lagi OST yang sudah tentu membuat bibir anda sama-sama mahu menyanyikannya.

Nak tahu sebab apa, sebabnya pengarah dan penulis skrip untuk Love Rain adalah gabungan dua nama yang cukup popular, Yoon Suk Ho dan  Oh Soo Yun, yang pernah menghasilkan dua drama Korea paling hebat, Autumn In My Heart dan Winter Sonata... anda dapat agakkan bagaimana jalan cerita, mainan warna dan lokasi yang dipamerkan kan kan kan ? Hmmmm

Sedikit tentang lovERain:-

gambar-gambar menarik:

70-an

2012








Poster



Sinopsis:

"Love Rain" depicts a 1970's pure love and a love from the present day at the same time. It shows how the children of a previous ill-fated couple, who met in the 1970s, managed to meet and fall in love. Seo In Ha and Kim Yoon Hee, an art student and a shy beauty, met and fell in love with each other during college in the 1970s but unfortunately their love was fated to never be. Now in the present 21st century Korea, Seo In Ha's son, Seo Joon (a liberal photographer) meets and falls in with the daughter of Kim Yoon Hee, Jung Ha Na, a cheerful and energetic girl who's personality is different from her mother's. Will their love for each other keep them together or will they have to face the same fate as their parents?

Pelakon:

70s
2012

sumber: wikidrama






Comments

Popular posts from this blog

Sedikit Tentang Dr Intan

Saja nak berkongsi pengalaman walaupun sudah empat bulan masa itu berlalu. Pengalaman melakukan pemeriksaan kandungan bersama Dr Norintan Zainal Shah iaitu Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi di Columbia Asia Hospital, Seremban 2. Rindu pula dengan Dr Intan yang peramah dan sangat teliti ketika memeriksa saya ketika mengandungkan Ruhee. Hehehe (nak jumpa kena mengandung lagi ler Azlin oiii) Bukan apa, ada kawan-kawan dan sepupu yang tanya mengenai beliau sebab ada di antara mereka tinggal berdekatan Seremban dan sedang mencari hospital bersalin. Jika masa Aniq saya melahirkannya di KPJ bersama Dr Kala (Salah seorang Gyene terbaik di KPJ), untuk Ruhee saya pilih Dr Intan sebab Dr Kala tak silap saya sudah berpindah ke Dubai. Dr Intan ni, dari pandangan saya seorang yang serius dan tak suka hal remeh temeh. Contohnya, masa mengandung dulu, bulan puasa, jadi beliau menggalakkan saya berpuasa sampai habis. Katanya, jangan tinggalkan puasa kalau pening sikit-sikit...

Mencari Yang Terbaik (PART 1)

Bila mengandung, perkara pertama yang terlintas dalam akal fikiran adalah di manakah hendak saya bawakan 'anak dalam perut' ini? Bawa ke mana? hehehe Buat pemeriksaan lanjut. Sama ada di hospital kerajaan ataupun swasta. Pengalaman saya sepanjang mengandungkan dua anakacuk saya :) 1. Muhammad Aniq Raheel Disahkan mengandungkan si kacak lagi menawan hati ini pada Julai 2009. Disebabkan saya baru setahun lebih bekerja, company tidak menangung bayaran pemeriksaan di hospital swasta *Mengikut syarat company hanya membayar selepas tiga tahun perkhidmatan* ... Tapi dah rezeki, takkan sebab tak bayar, tak nak mengandung! Demi penjagaan teliti, saya pergi KPJ Hospital (Atas nasihat kakak ipar) Saya pilih Dr Kala sebab Dr Islam yang ada hanya Dr Ishak (Saya tak mampu nak menahan rasa kalau Dr lelaki.. Harap maklum). Alhamdulillah, kandungan baik-baik saja ketika itu. Untuk menyedapkan hati saya ke Klinik Kesihatan Seremban. Di sana memang ramai, datang pagi balik petang. Yal...

사랑 이야기 (salang iyagi)

  Pertemuan kembali ini menjadi pertemuan yang dipenuhi luka dan duka. Mana tidaknya, selepas berbelas tahun akhirnya kisah yang terlerai penuh rahsia terhurai satu-persatu.  Perasaan mula berkocak, menusuk ke kalbu mengenangnya kenapa dan kenapa? Benar, jawapan kepada kenapa ia berlaku adalah takdir. Inilah takdir milik mereka atau inilah takdir antara mereka. Ila mendengar kisah yang lama tersimpan dengan perasaan berkecamuk. Matanya mula menakung air yang bila-bila masa saja akan gugur membasahi pipi. Kisah remaja mereka berdua tidaklah terlalu berliku cuma, rahsia yang tersimpan lama itu bagaikan membusuk hingga menyakitkan hati dan perasaan.  Ila bungkam dan realitinya itulah yang harus dia berhadapan sepanjang hidupnya. Tiada jawapan untuk setiap perenggan yang diungkap Iman.  “Kenapa awak biarkan?” Soal Ila sambil menagan tangisan yang hampir melimpah.  “Saya sedar waktu itu saya bukan siapa-siapa nak dibandingkan dia.” Iman hanya menunduk, mengacau air k...