Skip to main content

Bila Cuti Sekolah

Bila musim cuti sekolah, perkara yang sentiasa diingati adalah pulang ke kampung. Dulu masa kecil, pantang cuti sekolah menjengah, mesti nawaitu pertama adalah balik kampung Chabau, Asahan Melaka. Disebabkan saya cucu pertama yang comel dan manja (perasan lertu) dengan arwah atok Salim, pasti, bila hari ini hari terakhir sekolah, arwah atok call tanya, tak balik kampung ke? (hahaha tipu je) Mak yang tanya tak nak balik kampung? Mestilah jawapannya nak sebab banyak sangat aktiviti yang boleh dibuat di kampung seperti mandi sungai diam-diam (atok dgn nenek mestilah tak tahu kerja nakal ni) lepastu, main pondok-pondok kat kebun, main hujan siap berenang kat laman rumah arwah atok yang luas, main masak-masak dengan kuali dan kayu kat bawah rumah, mandi bersama-sama dengan makcik.. haishhh memang banyaklah aktiviti ala-ala power rangers ni.

Tambah-tambah lagi tiga makcik, di atas saya semua jarak setahun, dua dan tiga tahun saja. Semua perempuan lak tu. Lagi seronok. Itu belum lagi campur dua orang, mak itam dengan mak uda yang suka siap lawa-lawa lepastu pose sana sini keliling rumah, tangkap gambar ala model. hahahahaha itu belum lagi mandi bersama makngjang, acit dengan acun.... siap beratur belakang maknjang.. (maknanya selama ni kami mandi air bilasannya???) haishhhhh kena buli rupanya.... Itu belum lagi dibuli makitam, yang suka buat muka hantu takutkan saya malam-malam... Memang banyak memori cuti sekolah masa kecil dulu.

Lepas tu paling best, ikut arwah atok, isi minyak kereta je, haha kat Jasin atau ikut dia pergi hantar buah dari kebun ke kedai atau gerai cina kat Tangkak. Paling best, nak dekat raya, kalau cuti wajib balik kampung sebab nanti arwah atok belikan baju raya.... yeayyyyy



Cuma yang tak bestnya, bila adik nombor dua, si Shahril pernah sekali, berangan nak tinggal kampung juga. Ni gara-gara makitam yang pujuk dia. Anak buah kesayangan kononnya lebih-lebih lagi lelaki pastu comel (saja je bodek demi Aniq muhahaha)... Mak dengan ayah baru tinggalkan seratus meter, dah melalak bagai nak rak. Zaman tu mana ada telefom bimbit nak telefon suruh patah balik. Kirim salam sajalah kan... nasib ler kan, makitam ler tukang pujuknya ....

Tapi zaman moden, era globalisasi, teknologi canggih dan bermacam-macam lagi ni, keadaan dan suasana cuti di kampung berubah. Kalau dulu balik kampung, pagi-pagi bangun, tolong nenek sapu laman rumah, petang siram pokok bunga, sekarang tidak lagi. Apa yang saya nampak, semua adik-adik sepupu termasuk adik saya si Aien tu, sibuk dengan telefon, latop, ipad, iphone, DVD, Astro dan lain-lain lagi berunsur teknologi. Kadang-kadang benda-benda 'baru' ini mampu menghilangkan suasana kekampungan dan kadang-kadang boleh melenyapkan keindahan 'rasa' cuti sekolah sebenarnya.

Bukan salah mereka dan bukan salah teknologi. Mungkin itu antara perubahan tatkala dunia menghadapi cabaran global dan glokal. Kita tak tahu lagi lima ke sepuluh tahun akan datang! Mungkin keadaan semakin berubah dan mungkin, erti berkubang dalam sungai dan mengumpul tanah liat dari sungai pun anak-anak tak tahu. Risaukan! Sebagai ibu, sedaya upaya saya cuba mengamalkan sifat kekampungan kepada Aniq. balik kampung, mesti pijak tanah, buatlah apa yang dia nak buat ditemani atok kesayangan dia tu. Janji, lepas berkubang seharian, mandi dan sabun hehehe.... Tapi rumah kampung saya ada ayam je ;0

pix: by google

~~~ Oh ya, jangan satu hari nanti anak ayam dengan anak burung, anak kita tak dapat bezakan ye...~~~

Comments

Popular posts from this blog

Sedikit Tentang Dr Intan

Saja nak berkongsi pengalaman walaupun sudah empat bulan masa itu berlalu. Pengalaman melakukan pemeriksaan kandungan bersama Dr Norintan Zainal Shah iaitu Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi di Columbia Asia Hospital, Seremban 2. Rindu pula dengan Dr Intan yang peramah dan sangat teliti ketika memeriksa saya ketika mengandungkan Ruhee. Hehehe (nak jumpa kena mengandung lagi ler Azlin oiii) Bukan apa, ada kawan-kawan dan sepupu yang tanya mengenai beliau sebab ada di antara mereka tinggal berdekatan Seremban dan sedang mencari hospital bersalin. Jika masa Aniq saya melahirkannya di KPJ bersama Dr Kala (Salah seorang Gyene terbaik di KPJ), untuk Ruhee saya pilih Dr Intan sebab Dr Kala tak silap saya sudah berpindah ke Dubai. Dr Intan ni, dari pandangan saya seorang yang serius dan tak suka hal remeh temeh. Contohnya, masa mengandung dulu, bulan puasa, jadi beliau menggalakkan saya berpuasa sampai habis. Katanya, jangan tinggalkan puasa kalau pening sikit-sikit...

Mencari Yang Terbaik (PART 1)

Bila mengandung, perkara pertama yang terlintas dalam akal fikiran adalah di manakah hendak saya bawakan 'anak dalam perut' ini? Bawa ke mana? hehehe Buat pemeriksaan lanjut. Sama ada di hospital kerajaan ataupun swasta. Pengalaman saya sepanjang mengandungkan dua anakacuk saya :) 1. Muhammad Aniq Raheel Disahkan mengandungkan si kacak lagi menawan hati ini pada Julai 2009. Disebabkan saya baru setahun lebih bekerja, company tidak menangung bayaran pemeriksaan di hospital swasta *Mengikut syarat company hanya membayar selepas tiga tahun perkhidmatan* ... Tapi dah rezeki, takkan sebab tak bayar, tak nak mengandung! Demi penjagaan teliti, saya pergi KPJ Hospital (Atas nasihat kakak ipar) Saya pilih Dr Kala sebab Dr Islam yang ada hanya Dr Ishak (Saya tak mampu nak menahan rasa kalau Dr lelaki.. Harap maklum). Alhamdulillah, kandungan baik-baik saja ketika itu. Untuk menyedapkan hati saya ke Klinik Kesihatan Seremban. Di sana memang ramai, datang pagi balik petang. Yal...

Istanbul Aku Datang

Lamanya tak menonton filem Melayu sebab semua hampir sama saja jalan ceritanya. Tapi sebab si Rafidah punya skrip, Istanbul Aku Datang membuatkan hati melonjak untuk menontonnya. Tapi tonton di YouTube aje ler kan hehehe baru perasan, lama gak tak tonton filem kat wayang hmmm Istanbul Aku Datang- skrip dan plot cerita yang simple but nice. Istanbul Aku Datang! baru saja menyudahkannya. Garapan yang sangat menarik, lebih-lebih lagi berlatarkan kita Istanbul, Turki yang indah dan mempesonakan. Sambil menonton sambil melancong kiranya. Macam Pisau Cukur, sekali lagi Rafidah selaku penulis skrip sememangnya bijak menggarap isi cerita dan menyusun watak-watak untuk melakonkan skrip ciptaannya. Walaupun ada sedikit ke'Koreaan terutama dalam pemilihan watak utama (Lisa sbg Dian) yang comel, kelam kabut dan sedikit kelakar, memuaskan saya sebagai penonton. haha Korea juga!!! Mungkin dah taksub sangat dengan drama Korea kot... Apapun two thumbs for Istanbul Aku Datang ;0 Besttt sangat2 ...