alhamdulillah berjaya mencucuk jarum sepanjang 5cm ke hati, kepala dan badan anak buah yang serba salah untuk terima permohonan masuk UiTM, Dungun kerana beberapa sebab:-
1. Sebab kursus yang dia dapat pilihan ke-4 (jadi masih pilihan teratas kan maka bukan salah kursus itu haha) iaitu Kejuruteraan (Elektronik).
2. Sebab bingung kerana ibu dan ayahnya macam nak beri ke tak nak sebab jauh sangat.
Dua sebab yang tak munasabah itu sekiranya dijadikan sebagai 'alat' untuk dia tidak pergi, maka dia boleh dikategorikan mereka yang berada dalam golongan menolak rezeki Allah.
Selepas di tiupkan semangat, kata-kata rangsangan daripada saya, makcik, pakndak dan sedara-mara lain, akhirnya anak buah itu tadi menerima dengan hati terbuka termasuklah penerimaan ibu dan ayahnya yang akhirnya SETUJU.
Pada saya walaupun bukan pilihan pertama, tetapi sudah pasti sebab memperoleh pilihan ke-4 itu ada. Jadi kenalah pergi dengan semangat waja, hati terbuka, ikhlas, belajar bersungguh, curi seberapa banyak pengalaman di rantau orang dan pasti suatu hari, dia akan tahu akibat daripada sebab dia dapat pilihan ke-4 tadi.

~~~ Apapun doa kami dia terus berjaya dan berjaya sama seperti sepupu-sepupunya yang kini di menara gading ~~~
Comments