Skip to main content

Double M


Double M di sini bermaksud minggu ke minggu.... Hari ni genap 17 minggu dan memang sekejap bila masa berlalu. Supaya masa terus berlalu sampai tiba-tiba, 'Eh dah bersalin dah!' haaa camtu, kan best! hehe Apapun terima kasih Allah sebab kembalikan kecergasan diri dan hilangkan rasa loya, mual dan semua. Cuma penat dan malas itu menjadi kebiasaan untuk wanita mengandung. Haip!!! itu Doktor yang cakap bukan saya yang memandai jadi bijaksana.

Hmmm apapun dengan berjuta harapan dan doa, mommy berharap unborn baby sentiasa dilindungi Allah dari segala gangguan, penyakit dan apa saja yang berunsur negatif. Abang Aniq pun semakin memahami yang dirinya bakal menjadi abang dan selalu cium perut mommy hehe... Rasanya ler dia tahu, saja mentafsir sifat manja mengada Aniq Raheel yang suka cium adik dalam perut...

Untuk mommy, rasa malas masak, mandi memang dah jadi hobi tapi rasa nak makan kian berselera cuma ada ketika masih tidak mampu bau wap makanan, tumisan dan sebagainya. Masak hanya mampu dan larat pada hujung minggu saja dan hari-hari biasa ni, suruh daddy beli capathi ke, roti telur ke roti bom ke untuk santapan... wahhh sangat keindiaan anak dalam perut ni! Entah-entah keluar rupa Rani Mukherjee (jika girl) dan jika boy rupa hmmmm Shahid Kapoor lak la.. hahaha maaf tak terhingga sebab memang suka berangan-angan dan ia perlu untuk menambah senyuman di hati dan lagipun baik untuk kandungan ;)



~~~ Sentiasa menanti waktu terus berjalan berlari pecut dengan cepat ~~~

Comments

Popular posts from this blog

Sedikit Tentang Dr Intan

Saja nak berkongsi pengalaman walaupun sudah empat bulan masa itu berlalu. Pengalaman melakukan pemeriksaan kandungan bersama Dr Norintan Zainal Shah iaitu Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi di Columbia Asia Hospital, Seremban 2. Rindu pula dengan Dr Intan yang peramah dan sangat teliti ketika memeriksa saya ketika mengandungkan Ruhee. Hehehe (nak jumpa kena mengandung lagi ler Azlin oiii) Bukan apa, ada kawan-kawan dan sepupu yang tanya mengenai beliau sebab ada di antara mereka tinggal berdekatan Seremban dan sedang mencari hospital bersalin. Jika masa Aniq saya melahirkannya di KPJ bersama Dr Kala (Salah seorang Gyene terbaik di KPJ), untuk Ruhee saya pilih Dr Intan sebab Dr Kala tak silap saya sudah berpindah ke Dubai. Dr Intan ni, dari pandangan saya seorang yang serius dan tak suka hal remeh temeh. Contohnya, masa mengandung dulu, bulan puasa, jadi beliau menggalakkan saya berpuasa sampai habis. Katanya, jangan tinggalkan puasa kalau pening sikit-sikit...

Mencari Yang Terbaik (PART 1)

Bila mengandung, perkara pertama yang terlintas dalam akal fikiran adalah di manakah hendak saya bawakan 'anak dalam perut' ini? Bawa ke mana? hehehe Buat pemeriksaan lanjut. Sama ada di hospital kerajaan ataupun swasta. Pengalaman saya sepanjang mengandungkan dua anakacuk saya :) 1. Muhammad Aniq Raheel Disahkan mengandungkan si kacak lagi menawan hati ini pada Julai 2009. Disebabkan saya baru setahun lebih bekerja, company tidak menangung bayaran pemeriksaan di hospital swasta *Mengikut syarat company hanya membayar selepas tiga tahun perkhidmatan* ... Tapi dah rezeki, takkan sebab tak bayar, tak nak mengandung! Demi penjagaan teliti, saya pergi KPJ Hospital (Atas nasihat kakak ipar) Saya pilih Dr Kala sebab Dr Islam yang ada hanya Dr Ishak (Saya tak mampu nak menahan rasa kalau Dr lelaki.. Harap maklum). Alhamdulillah, kandungan baik-baik saja ketika itu. Untuk menyedapkan hati saya ke Klinik Kesihatan Seremban. Di sana memang ramai, datang pagi balik petang. Yal...

Istanbul Aku Datang

Lamanya tak menonton filem Melayu sebab semua hampir sama saja jalan ceritanya. Tapi sebab si Rafidah punya skrip, Istanbul Aku Datang membuatkan hati melonjak untuk menontonnya. Tapi tonton di YouTube aje ler kan hehehe baru perasan, lama gak tak tonton filem kat wayang hmmm Istanbul Aku Datang- skrip dan plot cerita yang simple but nice. Istanbul Aku Datang! baru saja menyudahkannya. Garapan yang sangat menarik, lebih-lebih lagi berlatarkan kita Istanbul, Turki yang indah dan mempesonakan. Sambil menonton sambil melancong kiranya. Macam Pisau Cukur, sekali lagi Rafidah selaku penulis skrip sememangnya bijak menggarap isi cerita dan menyusun watak-watak untuk melakonkan skrip ciptaannya. Walaupun ada sedikit ke'Koreaan terutama dalam pemilihan watak utama (Lisa sbg Dian) yang comel, kelam kabut dan sedikit kelakar, memuaskan saya sebagai penonton. haha Korea juga!!! Mungkin dah taksub sangat dengan drama Korea kot... Apapun two thumbs for Istanbul Aku Datang ;0 Besttt sangat2 ...