Skip to main content

Selamat Datang 2012

Bila sebut saja tahun baru, pasti yang timbul di benak masing-masing adalah azam tahun baru. Apakah azam tahun 2012 anda? Bagi saya, azam tahun baru, saban tahun tiada apa yang beza kerana saya tidak pernah menetapkan satu-satunya azam setiap tahun dan wajib disempurnakan sebelum tahun itu ditamatkan.Seperti selalu azam saya, tidak kira tahun baru Islam mahupun yang digunapakai hari ini, adalah sama. Hanya mahu menjadi hamba berguna di sisi Allah, anak solehah, isteri dan ibu solehah. Itu saja. Hanya mahu menjadi yang terbaik di antara terbaik. Insya'Allah....

Tahun baru ini semuanya lama, tiada apa yang baru kecuali baju dan seluar. hehehehe... suami masih lama, anak masih lama, keluarga masih yang lama. Cuma harapan mahukan anak baru yang kedua dan ketiga atau kembar sebagai tanda cinta kami. phewwwww :)

Tahun baru juga, berdoa supaya rezeki sentiasa ada dan syukur sentiasa melekat dalam sanubari ini. Tak nak riak dan cuba menambah kebaikan yang ada selain berusaha untuk mengawal rasa amarah dan nafsu serakah.

Tahun baru yang serba baru (pada kelendar terutamanya) mengharapkan perut kempis ini akan membuncit dalam waktu terdekat dan ia adalah antara hadiah terhebat untuk saya, suami dan Aniq sepanjang tahun ini yang mana tarikh-tarikh yang sentiasa dinantikan bakal dilalui. Ya, 25 Februari, 19 April, 21 Julai dan 27 Disember.

Tahun baru sebagai pekerja pula, hanya bekerja dan bekerja untuk mencari rezeki membesarkan diri sendiri, suami dan anak serta bakal anak-anak. Berusaha bekerja dengan baik :)

Tahun baru adalah untuk terus mengetatkan lagi tali persaudaraan antara keluarga tercinta, sahabat tersayang, alam yang dikasihi dan juga semua sejagat supaya dunia terus mekar dengan gelak tawa dan harmoni dengan kemananan hendaknya.

Itu saja untuk tahun baru yang mana semua orang sedang memulakannya dengan senyuman, tangisan, debaran dan kerunsingan... Apa saja perasaan yang sedang timbul itu, pastinya tahun baru adalah tahun baru... sekian :)

~~~~ Semua adalah tentang tahun baru 2012...~~~~

Comments

Popular posts from this blog

Sedikit Tentang Dr Intan

Saja nak berkongsi pengalaman walaupun sudah empat bulan masa itu berlalu. Pengalaman melakukan pemeriksaan kandungan bersama Dr Norintan Zainal Shah iaitu Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi di Columbia Asia Hospital, Seremban 2. Rindu pula dengan Dr Intan yang peramah dan sangat teliti ketika memeriksa saya ketika mengandungkan Ruhee. Hehehe (nak jumpa kena mengandung lagi ler Azlin oiii) Bukan apa, ada kawan-kawan dan sepupu yang tanya mengenai beliau sebab ada di antara mereka tinggal berdekatan Seremban dan sedang mencari hospital bersalin. Jika masa Aniq saya melahirkannya di KPJ bersama Dr Kala (Salah seorang Gyene terbaik di KPJ), untuk Ruhee saya pilih Dr Intan sebab Dr Kala tak silap saya sudah berpindah ke Dubai. Dr Intan ni, dari pandangan saya seorang yang serius dan tak suka hal remeh temeh. Contohnya, masa mengandung dulu, bulan puasa, jadi beliau menggalakkan saya berpuasa sampai habis. Katanya, jangan tinggalkan puasa kalau pening sikit-sikit...

Mencari Yang Terbaik (PART 1)

Bila mengandung, perkara pertama yang terlintas dalam akal fikiran adalah di manakah hendak saya bawakan 'anak dalam perut' ini? Bawa ke mana? hehehe Buat pemeriksaan lanjut. Sama ada di hospital kerajaan ataupun swasta. Pengalaman saya sepanjang mengandungkan dua anakacuk saya :) 1. Muhammad Aniq Raheel Disahkan mengandungkan si kacak lagi menawan hati ini pada Julai 2009. Disebabkan saya baru setahun lebih bekerja, company tidak menangung bayaran pemeriksaan di hospital swasta *Mengikut syarat company hanya membayar selepas tiga tahun perkhidmatan* ... Tapi dah rezeki, takkan sebab tak bayar, tak nak mengandung! Demi penjagaan teliti, saya pergi KPJ Hospital (Atas nasihat kakak ipar) Saya pilih Dr Kala sebab Dr Islam yang ada hanya Dr Ishak (Saya tak mampu nak menahan rasa kalau Dr lelaki.. Harap maklum). Alhamdulillah, kandungan baik-baik saja ketika itu. Untuk menyedapkan hati saya ke Klinik Kesihatan Seremban. Di sana memang ramai, datang pagi balik petang. Yal...

Istanbul Aku Datang

Lamanya tak menonton filem Melayu sebab semua hampir sama saja jalan ceritanya. Tapi sebab si Rafidah punya skrip, Istanbul Aku Datang membuatkan hati melonjak untuk menontonnya. Tapi tonton di YouTube aje ler kan hehehe baru perasan, lama gak tak tonton filem kat wayang hmmm Istanbul Aku Datang- skrip dan plot cerita yang simple but nice. Istanbul Aku Datang! baru saja menyudahkannya. Garapan yang sangat menarik, lebih-lebih lagi berlatarkan kita Istanbul, Turki yang indah dan mempesonakan. Sambil menonton sambil melancong kiranya. Macam Pisau Cukur, sekali lagi Rafidah selaku penulis skrip sememangnya bijak menggarap isi cerita dan menyusun watak-watak untuk melakonkan skrip ciptaannya. Walaupun ada sedikit ke'Koreaan terutama dalam pemilihan watak utama (Lisa sbg Dian) yang comel, kelam kabut dan sedikit kelakar, memuaskan saya sebagai penonton. haha Korea juga!!! Mungkin dah taksub sangat dengan drama Korea kot... Apapun two thumbs for Istanbul Aku Datang ;0 Besttt sangat2 ...