Skip to main content

PROBIOTIK&PREBIOTIK

Ini sekadar untuk menambah pengetahuan diri sendiri tentang dua unsur ini. Semuanya gara-gara Aniq Raheel yang mengalami cirit-birit 7 hari sehingga hari ini. Hmm sebab dulu tak amik kelas Sains, jadi tidaklah mahir sangat.. Jadi hanya untuk tahu kekurangan yang perlu ditambahkan dalam sistem abdan Aniq Raheel, saya baca dan rujuk. Itu penting bila jadi ibu sebab kena tahu apa sebab dan punca hehehe...

Yogurt – sedap, berkrim, lazat dan sihat (jika anda makan secara sederhana kerana kebanyakan yogurt yang berperisa mempunyai gula). Perhatikan perkataan probiotik pada pembungkus yogurt? Pernahkah anda dengar akan prebiotik? Probiotik bermakna ‘untuk kehidupan’. Jika begitu, adakah prebiotik bermakna ‘sebelum hidup’? Mari kita lihat….
Probiotik – Adakah anda berani membenarkan bakteria masuk ke dalam perut anda?
Probiotik adalah bakteria baik yang ‘suka berkawan baik’ dengan perut anda (usus). Sebenarnya, ‘kawan baik’ ini sudah menjadi sebahagian daripada populasi mikrob semulajadi (atau dikenali sebagai mikroflora) di dalam perut anda. Pada masa yang tertentu, keseimbangan di antara bakteria baik (berkurang) dan bakteria jahat (bertambah) dikompromi akibat faktor-faktor seperti tekanan atau diet yang tidak teratur (makan terlalu banyak makanan proses).
Jadi, ‘alu-alukan kedatangan penghuni yang baik’ ini dengan kerap makan makanan yang mengandungi probiotik. Ini membantu dalam mengekalkan perut yang sihat, membantu penghadaman, meningkatkan penyerapan nutrien, menggalakkan pembuangan sisa yang lebih baik dan mengurangkan gejala tak tolerans laktosa. Probiotik yang biasa adalah bakteria spesis Bifidobacterium dan Lactobacillus. Kehadiran probiotik membantu dalam mengekalkan populasi bakteria patogen (berbahaya) dalam jumlah yang sepatutnya.
Di mana kita boleh mendapat probiotik? Selain yogurt dan minuman kultur (pastikan terdapat label  ‘kultur hidup’ pada pembungkusnya), ianya juga boleh didapati dari bahan tambahan probiotik.  Sumber makanan lain termasuklah:
Sumber:
  • Tempeh (Kacang soya yang telah difermentasi).
  • Sauerkraut.
  • Kimchi (Makanan Korea yang diproses secara fermentasi, diperbuat daripada sayuran dengan bawang putih dan cili).
  • Kombucha (campuran teh hitam, gula putih dan kombucha istimewa - simbiosis di antara yis dan bakteria). 
Prebiotik- makanan untuk fikiran dan bakteria yang mesra.
Tidak, prebiotik bukan bermaksud ‘sebelum hidup’, hanya kerana probiotik bermakna ‘seumur hidup’ dan ‘pre’ bermaksud ‘sebelum’. Mahupun, prebiotik adalah bakteria jahat sebelum mereka bertukar menjadi bakteria baik. Sebenarnya, prebiotik bermaksud makanan yang diperlukan oleh bakteria untuk membiak. Walaupun dianggap sebagai makanan berfungsi, prebiotik sebenarnya merupakan bahan makanan yang tidak boleh dihadam (oleh perumah, iaitu ANDA).
Prebiotik bersifat memilih dalam menggalakkan pertumbuhan atau aktiviti satu atau sejumlah bakteria di dalam kolon. Ianya merupakan fiber yang tidak boleh dihadam (oligosakarida, inulin, pirodekstrin) yang terdapat dalam sesetengah makanan. Apabila dimakan, fiber akan sampai pada kolon dan akan dicerna dan difermentasikan oleh bakteria baik untuk pertumbuhannya. Oleh itu, prebiotik menggalakkan pertumbuhan dan meningkatkan aktiviti metabolisma bakteria baik.
Dengan memakan sumber makanan yang mengandungi prebiotik, kita akan mendapat faedah seperti penyerapan nutrien yang lebih baik, pembuangan sisa tinja yang lebih baik, pengurangan gejala sindrom keradangan usus dan pengurangan risiko kanser kolon.
Sumber:
  • Herba - Akar cikori, akar bundock dan akar dandelion.
  • Buah - Epal, pisang, ceri dan tomato.
  • Sayur-sayuran - bawang merah, bawang putih, asparagus, articok Jerusalem dan daun bawang
  • Cuka epal mentah.
  • Kekacang– lentil, kacang merah, kacang kuda, kacang putih dan kacang hitam.
  • Sayuran hijau – dandelion hijau, bayam, kailan, chard, kubis dan sawi.
  • Bijirin – Gandum, oat, barli dan flaxseed.
  • Makanan berasaskan fructo oligosaccharide (dalam kumpulan inulin dan prebiotik) – Ditambah ke dalam makanan tenusu dan pastri untuk meningkatkan rasa dan merangsang pertumbuhan bakteria baik.
Kesimpulan
Secara ringkasnya, penggunaan prebiotik dan probiotik adalah bertujuan untuk meningkatkan kesihatan gastro usus. Tetapi, jangan terlalu ghairah dalam pengambilan probiotik tanpa memikirkan tentang pengambilan prebiotik. Bakteria baik yang terdapat dalam badan anda perlu diberi makan (bukan hanya anda).

isi kandungan dipetik dari http://www.hewo.com/my/article

Comments

Popular posts from this blog

Sedikit Tentang Dr Intan

Saja nak berkongsi pengalaman walaupun sudah empat bulan masa itu berlalu. Pengalaman melakukan pemeriksaan kandungan bersama Dr Norintan Zainal Shah iaitu Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi di Columbia Asia Hospital, Seremban 2. Rindu pula dengan Dr Intan yang peramah dan sangat teliti ketika memeriksa saya ketika mengandungkan Ruhee. Hehehe (nak jumpa kena mengandung lagi ler Azlin oiii) Bukan apa, ada kawan-kawan dan sepupu yang tanya mengenai beliau sebab ada di antara mereka tinggal berdekatan Seremban dan sedang mencari hospital bersalin. Jika masa Aniq saya melahirkannya di KPJ bersama Dr Kala (Salah seorang Gyene terbaik di KPJ), untuk Ruhee saya pilih Dr Intan sebab Dr Kala tak silap saya sudah berpindah ke Dubai. Dr Intan ni, dari pandangan saya seorang yang serius dan tak suka hal remeh temeh. Contohnya, masa mengandung dulu, bulan puasa, jadi beliau menggalakkan saya berpuasa sampai habis. Katanya, jangan tinggalkan puasa kalau pening sikit-sikit...

Mencari Yang Terbaik (PART 1)

Bila mengandung, perkara pertama yang terlintas dalam akal fikiran adalah di manakah hendak saya bawakan 'anak dalam perut' ini? Bawa ke mana? hehehe Buat pemeriksaan lanjut. Sama ada di hospital kerajaan ataupun swasta. Pengalaman saya sepanjang mengandungkan dua anakacuk saya :) 1. Muhammad Aniq Raheel Disahkan mengandungkan si kacak lagi menawan hati ini pada Julai 2009. Disebabkan saya baru setahun lebih bekerja, company tidak menangung bayaran pemeriksaan di hospital swasta *Mengikut syarat company hanya membayar selepas tiga tahun perkhidmatan* ... Tapi dah rezeki, takkan sebab tak bayar, tak nak mengandung! Demi penjagaan teliti, saya pergi KPJ Hospital (Atas nasihat kakak ipar) Saya pilih Dr Kala sebab Dr Islam yang ada hanya Dr Ishak (Saya tak mampu nak menahan rasa kalau Dr lelaki.. Harap maklum). Alhamdulillah, kandungan baik-baik saja ketika itu. Untuk menyedapkan hati saya ke Klinik Kesihatan Seremban. Di sana memang ramai, datang pagi balik petang. Yal...

사랑 이야기 (salang iyagi)

  Pertemuan kembali ini menjadi pertemuan yang dipenuhi luka dan duka. Mana tidaknya, selepas berbelas tahun akhirnya kisah yang terlerai penuh rahsia terhurai satu-persatu.  Perasaan mula berkocak, menusuk ke kalbu mengenangnya kenapa dan kenapa? Benar, jawapan kepada kenapa ia berlaku adalah takdir. Inilah takdir milik mereka atau inilah takdir antara mereka. Ila mendengar kisah yang lama tersimpan dengan perasaan berkecamuk. Matanya mula menakung air yang bila-bila masa saja akan gugur membasahi pipi. Kisah remaja mereka berdua tidaklah terlalu berliku cuma, rahsia yang tersimpan lama itu bagaikan membusuk hingga menyakitkan hati dan perasaan.  Ila bungkam dan realitinya itulah yang harus dia berhadapan sepanjang hidupnya. Tiada jawapan untuk setiap perenggan yang diungkap Iman.  “Kenapa awak biarkan?” Soal Ila sambil menagan tangisan yang hampir melimpah.  “Saya sedar waktu itu saya bukan siapa-siapa nak dibandingkan dia.” Iman hanya menunduk, mengacau air k...