Skip to main content

Sesuatu yang sentiasa ada



Mencari sesuatu yang tak pasti seperti menyelak helaian-helaian kosong yang kononnya punyai isi tentang kehidupan. Ya itulah kehidupan, silih berputar, sering berganti. Bak kata pepatah, patah tumbuh, hilang berganti. Namu, sejauh mana gantian itu mampu menggantikan yang patah, itu belum menjadi kepastian. Susah senang bersama, itu juga antara bait kata yang menggambarkan betapa hidup ini bagai langit dan bumi. Tidak semua individu mahu bersama kita saat terumbang-ambingnya kita atau terjunam ke lembah. Sedih kita lari bertempiaran tapi bila kita ketawa, datang berkoyan. Itu semua ada di atas pentas kehidupan. Bertanya kerana mahu tahu tentang kita dan bila kita bertanya tak pula dijawabnya. Ya itu juga kehidupan.
Kita sering berada dalam dunia berbeza dan antara kita punyai latar belakang berlainan sama sekali. Tidak pernah ada perkataan 'sama' dan jika wujud itu adalah kebetulan. Begitu juga mencari cinta dalam kehidupan, bermula dan akhirnya putus atau bermula terus bercantum lalu putus dan kadang-kadang bermula bercantum dan terus kukuh sampai akhir nyawa. Sama juga berkawan mahupun bersahabat. Ada yang membezakan kawan dan sahabat dan ada juga menyamakan maknanya. Apapun pandangan, dalam hidup mencari manusia terdekat di hati sesukar menyelam ke dasar lautan untuk mencari sehelai rambut. Terukkan! 

Tak semua yang kita suka, mereka suka dan tak semua yang mereka suka kita suka. Kehidupan macam hidup sorang-sorang, jaga makan pakai sorang-sorang. Bukan sebab tidak mahu bergaul tetapi itu nyatanya. Pergaulan hanya di saat kita ada bersama mereka, berdiri duduk berdepan dengan mereka. Selebihnya adalah kita saja atau kita dan keluarga kita. Itu yang paling dekat dan rapat dengan kita terutama saat susah senang kita. Beruntunglah punyai sahabat, teman, kawan, jiran dan manusia yang tiada tali dengan kita dikala tawa tangis kita. Bersyukurlah kita masih ada mereka yang kukuh berdiri menyokong kita saat kita tewas dalam hidup kita. Bukan mahu kudatang, tak mahu kupergi. Apa yang pasti tiap nafas kita untuk hidup sudah dicatur oleh Allah dan kita sebagai hamba hanya menurut setiap arahan. Biarlah mereka yang tidak mahu lagi kita. Biarlah biarlah dan biarlah.... Kerana bolak baliknya, kita sama darah dari ibu bapa yang sama- adam&hawa... 

Jangan kau tewas saat kau bergelendangan usah kau nangis bila kau tersingkir kerana kau masih ada yang lain yang kukuh disisi kau tanpa kau perasan akan kehadirannya. Oleh itu usah sesaat pun kau memilih siapa yang patut disisimu. Kerana yang gelakkan kau kelak adalah mereka yang dulu mendampingi kau dan yang kasihkan kau adalah mereka yang kau gelakkan... Apapun dunia ibarat roda, berputar dan berputar sampai satu waktu ia dihentikan....



~~~selalu ingat dunia adalah bulat tidak leper mahupun bersegi. Ia sentiasa berpusing pada paksi~~~

Comments

Popular posts from this blog

Sedikit Tentang Dr Intan

Saja nak berkongsi pengalaman walaupun sudah empat bulan masa itu berlalu. Pengalaman melakukan pemeriksaan kandungan bersama Dr Norintan Zainal Shah iaitu Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi di Columbia Asia Hospital, Seremban 2. Rindu pula dengan Dr Intan yang peramah dan sangat teliti ketika memeriksa saya ketika mengandungkan Ruhee. Hehehe (nak jumpa kena mengandung lagi ler Azlin oiii) Bukan apa, ada kawan-kawan dan sepupu yang tanya mengenai beliau sebab ada di antara mereka tinggal berdekatan Seremban dan sedang mencari hospital bersalin. Jika masa Aniq saya melahirkannya di KPJ bersama Dr Kala (Salah seorang Gyene terbaik di KPJ), untuk Ruhee saya pilih Dr Intan sebab Dr Kala tak silap saya sudah berpindah ke Dubai. Dr Intan ni, dari pandangan saya seorang yang serius dan tak suka hal remeh temeh. Contohnya, masa mengandung dulu, bulan puasa, jadi beliau menggalakkan saya berpuasa sampai habis. Katanya, jangan tinggalkan puasa kalau pening sikit-sikit...

Mencari Yang Terbaik (PART 1)

Bila mengandung, perkara pertama yang terlintas dalam akal fikiran adalah di manakah hendak saya bawakan 'anak dalam perut' ini? Bawa ke mana? hehehe Buat pemeriksaan lanjut. Sama ada di hospital kerajaan ataupun swasta. Pengalaman saya sepanjang mengandungkan dua anakacuk saya :) 1. Muhammad Aniq Raheel Disahkan mengandungkan si kacak lagi menawan hati ini pada Julai 2009. Disebabkan saya baru setahun lebih bekerja, company tidak menangung bayaran pemeriksaan di hospital swasta *Mengikut syarat company hanya membayar selepas tiga tahun perkhidmatan* ... Tapi dah rezeki, takkan sebab tak bayar, tak nak mengandung! Demi penjagaan teliti, saya pergi KPJ Hospital (Atas nasihat kakak ipar) Saya pilih Dr Kala sebab Dr Islam yang ada hanya Dr Ishak (Saya tak mampu nak menahan rasa kalau Dr lelaki.. Harap maklum). Alhamdulillah, kandungan baik-baik saja ketika itu. Untuk menyedapkan hati saya ke Klinik Kesihatan Seremban. Di sana memang ramai, datang pagi balik petang. Yal...

사랑 이야기 (salang iyagi)

  Pertemuan kembali ini menjadi pertemuan yang dipenuhi luka dan duka. Mana tidaknya, selepas berbelas tahun akhirnya kisah yang terlerai penuh rahsia terhurai satu-persatu.  Perasaan mula berkocak, menusuk ke kalbu mengenangnya kenapa dan kenapa? Benar, jawapan kepada kenapa ia berlaku adalah takdir. Inilah takdir milik mereka atau inilah takdir antara mereka. Ila mendengar kisah yang lama tersimpan dengan perasaan berkecamuk. Matanya mula menakung air yang bila-bila masa saja akan gugur membasahi pipi. Kisah remaja mereka berdua tidaklah terlalu berliku cuma, rahsia yang tersimpan lama itu bagaikan membusuk hingga menyakitkan hati dan perasaan.  Ila bungkam dan realitinya itulah yang harus dia berhadapan sepanjang hidupnya. Tiada jawapan untuk setiap perenggan yang diungkap Iman.  “Kenapa awak biarkan?” Soal Ila sambil menagan tangisan yang hampir melimpah.  “Saya sedar waktu itu saya bukan siapa-siapa nak dibandingkan dia.” Iman hanya menunduk, mengacau air k...