Skip to main content

Tak sanggup

Tak mampu nak nyatakan
Sungguh kurasakan kerdil diri
Bila nanti ujian datang bertimpa
Aku sedar memang tak mampu
Menanggung dan entahlah
Susah untuk dijelaskan lagi
Kerana aku tak setabah kau
Tak rela berada di kegelapan
Dan tak berupaya berdepan 
Dengan kehilangan.

Tiba-tiba, sebaik membaca blog kisah Alanna Qish, air mata tanpa rasa malu bercucuran. Setiap patah kata dari mommy dan daddy bidadari syurga itu meremukkan hati seorang ibu. Sungguh, kau tabah dan sungguh kau redha atas setiap yang berlaku. Ya, bila ujian itu benar-benar berada di hadapan kita dan tak lagi berkudrat untuk menepisnya, sudah tentu diri terima seikhlas dan serdhanya kerana percaya, ujian adalah peperiksaan dari Allah yang mahu melihat sejauh mana iman kita.
Kisah si kecil itu sungguh sayu dan amat menyentuh perasaan saya. Setangkai doa saya iringkan untuk bidadari syurga yang pastinya menanti dengan selebar senyuman. Menunggu kepulangan mommy, daddy dan abangnya di dunia abadi.
Tertanya pada diri, andai saya di tempat mereka! Ya, jawapannya saya tidak tahu kerana saya tak mampu untuk menjawab. Saya takut dan saya gerun pada kehilangan.
Oh, bagaimanakah masih ada orang yang sanggup mendera, membunuh malah membuang anak yang masih merah tanpa rasa bersalah. Sedangkan kau yang mengandungkan, mengusung ke sana sini, memberi makan dari darah2mu dan akhirnya, bila dia mahukan kau, kau buang dia! kau bunuh dia!
Sungguh, kau adalah ibu yang miskin perasaan, yang kedekut belas ihsan dan yang mati perikemanusiaan.


~~Ya, Allah sesungguhnya Engkaulah yang maha mengetahu atas setiap yang kau ujikan terhadap hamba Mu ~~

Comments

Popular posts from this blog

Sedikit Tentang Dr Intan

Saja nak berkongsi pengalaman walaupun sudah empat bulan masa itu berlalu. Pengalaman melakukan pemeriksaan kandungan bersama Dr Norintan Zainal Shah iaitu Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi di Columbia Asia Hospital, Seremban 2. Rindu pula dengan Dr Intan yang peramah dan sangat teliti ketika memeriksa saya ketika mengandungkan Ruhee. Hehehe (nak jumpa kena mengandung lagi ler Azlin oiii) Bukan apa, ada kawan-kawan dan sepupu yang tanya mengenai beliau sebab ada di antara mereka tinggal berdekatan Seremban dan sedang mencari hospital bersalin. Jika masa Aniq saya melahirkannya di KPJ bersama Dr Kala (Salah seorang Gyene terbaik di KPJ), untuk Ruhee saya pilih Dr Intan sebab Dr Kala tak silap saya sudah berpindah ke Dubai. Dr Intan ni, dari pandangan saya seorang yang serius dan tak suka hal remeh temeh. Contohnya, masa mengandung dulu, bulan puasa, jadi beliau menggalakkan saya berpuasa sampai habis. Katanya, jangan tinggalkan puasa kalau pening sikit-sikit...

Mencari Yang Terbaik (PART 1)

Bila mengandung, perkara pertama yang terlintas dalam akal fikiran adalah di manakah hendak saya bawakan 'anak dalam perut' ini? Bawa ke mana? hehehe Buat pemeriksaan lanjut. Sama ada di hospital kerajaan ataupun swasta. Pengalaman saya sepanjang mengandungkan dua anakacuk saya :) 1. Muhammad Aniq Raheel Disahkan mengandungkan si kacak lagi menawan hati ini pada Julai 2009. Disebabkan saya baru setahun lebih bekerja, company tidak menangung bayaran pemeriksaan di hospital swasta *Mengikut syarat company hanya membayar selepas tiga tahun perkhidmatan* ... Tapi dah rezeki, takkan sebab tak bayar, tak nak mengandung! Demi penjagaan teliti, saya pergi KPJ Hospital (Atas nasihat kakak ipar) Saya pilih Dr Kala sebab Dr Islam yang ada hanya Dr Ishak (Saya tak mampu nak menahan rasa kalau Dr lelaki.. Harap maklum). Alhamdulillah, kandungan baik-baik saja ketika itu. Untuk menyedapkan hati saya ke Klinik Kesihatan Seremban. Di sana memang ramai, datang pagi balik petang. Yal...

Istanbul Aku Datang

Lamanya tak menonton filem Melayu sebab semua hampir sama saja jalan ceritanya. Tapi sebab si Rafidah punya skrip, Istanbul Aku Datang membuatkan hati melonjak untuk menontonnya. Tapi tonton di YouTube aje ler kan hehehe baru perasan, lama gak tak tonton filem kat wayang hmmm Istanbul Aku Datang- skrip dan plot cerita yang simple but nice. Istanbul Aku Datang! baru saja menyudahkannya. Garapan yang sangat menarik, lebih-lebih lagi berlatarkan kita Istanbul, Turki yang indah dan mempesonakan. Sambil menonton sambil melancong kiranya. Macam Pisau Cukur, sekali lagi Rafidah selaku penulis skrip sememangnya bijak menggarap isi cerita dan menyusun watak-watak untuk melakonkan skrip ciptaannya. Walaupun ada sedikit ke'Koreaan terutama dalam pemilihan watak utama (Lisa sbg Dian) yang comel, kelam kabut dan sedikit kelakar, memuaskan saya sebagai penonton. haha Korea juga!!! Mungkin dah taksub sangat dengan drama Korea kot... Apapun two thumbs for Istanbul Aku Datang ;0 Besttt sangat2 ...