Skip to main content

Menanti masa berjalan

Jumaat ni duduk dalam office menanti teman lama, zaman sekolah rendah telefon saya untuk bersua muka. Hehehe Manalah dia ni. Semua janji temu (tipu lertu) dibatalkan sebab mahu sangat bersua dengannya. Sebenarnya projek asal mahu ke SG tetapi dibatalkan. Itu sajalah. Mengantuk sangat nih, pejabat kosong dan lengang. Biasalah Jumaat. Seronok pula menulis dan menulis macam meraban dan meraban. Dan sementara menanti waktu bersua mommy yang baru habis pantang anak kedua ni, terbitlah entri ini, hehehe... Lepas habis merapu ni, nak pergi surau dan ambil ler dalam 30 minit lelapkan mata. qada' tidur semalam yang tak tidur sebab menjaga Aniq Raheel.

Rashidah Adon, salah seorang teman yang kekal sehingga hari ini. Bermulanya perkenalan di kala bertangga ke darjah satu SKPK. Sampailah sekarang, masih ketat tali persahabatan. Insya'Allah... Walaupun jarang bersua tetapi sentiasa melihat update diri dan keluarganya di laman FB.... Selain Rashidah lain-lain yang perkenalannya kekal sampai umur 28 tahun ni, ramai juga macam Hidayah, Adriana, Pu'ah, Maisarah, Ijan, Syima, Hasnidah, Farrah, Suhana, Hapisah, Huda,  dan banyak-banyak lagi... eh banyakkan... Alhamdulillah...Mereka semua adalah teman yang tahu asal usul kita dari kecik. Dari sikap nakal kita, hingusan kita dan sampailah ke satu tahap mungkin tingkatan lima, 17 tahun, yang mana kita sudah remaja.

Hmmm... teringin nak buat reunion. pertama kali nak buat dengan gang SKPK tahun lepas, tak berkesampain. tapi saya mahu dan mahu juga :) Untuk Convent juga... Insya'Allah cuba bertenang mencari hari-hari yang sesuai. Benda mudah je cuma nak mengumpulkan setiap saat masa untuk setiap teman mungkin sukar... Apapun saya sayang semua sahabat dan berdoa kalian dan kita semua tetap utuh untuk selamanya.... Insya'Allah

~~~Marilah bersolat dan berdoa sebelum melakukan yang lain-lain hehehe... *sambil menguap kali keseratus*

Comments

Popular posts from this blog

Sedikit Tentang Dr Intan

Saja nak berkongsi pengalaman walaupun sudah empat bulan masa itu berlalu. Pengalaman melakukan pemeriksaan kandungan bersama Dr Norintan Zainal Shah iaitu Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi di Columbia Asia Hospital, Seremban 2. Rindu pula dengan Dr Intan yang peramah dan sangat teliti ketika memeriksa saya ketika mengandungkan Ruhee. Hehehe (nak jumpa kena mengandung lagi ler Azlin oiii) Bukan apa, ada kawan-kawan dan sepupu yang tanya mengenai beliau sebab ada di antara mereka tinggal berdekatan Seremban dan sedang mencari hospital bersalin. Jika masa Aniq saya melahirkannya di KPJ bersama Dr Kala (Salah seorang Gyene terbaik di KPJ), untuk Ruhee saya pilih Dr Intan sebab Dr Kala tak silap saya sudah berpindah ke Dubai. Dr Intan ni, dari pandangan saya seorang yang serius dan tak suka hal remeh temeh. Contohnya, masa mengandung dulu, bulan puasa, jadi beliau menggalakkan saya berpuasa sampai habis. Katanya, jangan tinggalkan puasa kalau pening sikit-sikit...

Mencari Yang Terbaik (PART 1)

Bila mengandung, perkara pertama yang terlintas dalam akal fikiran adalah di manakah hendak saya bawakan 'anak dalam perut' ini? Bawa ke mana? hehehe Buat pemeriksaan lanjut. Sama ada di hospital kerajaan ataupun swasta. Pengalaman saya sepanjang mengandungkan dua anakacuk saya :) 1. Muhammad Aniq Raheel Disahkan mengandungkan si kacak lagi menawan hati ini pada Julai 2009. Disebabkan saya baru setahun lebih bekerja, company tidak menangung bayaran pemeriksaan di hospital swasta *Mengikut syarat company hanya membayar selepas tiga tahun perkhidmatan* ... Tapi dah rezeki, takkan sebab tak bayar, tak nak mengandung! Demi penjagaan teliti, saya pergi KPJ Hospital (Atas nasihat kakak ipar) Saya pilih Dr Kala sebab Dr Islam yang ada hanya Dr Ishak (Saya tak mampu nak menahan rasa kalau Dr lelaki.. Harap maklum). Alhamdulillah, kandungan baik-baik saja ketika itu. Untuk menyedapkan hati saya ke Klinik Kesihatan Seremban. Di sana memang ramai, datang pagi balik petang. Yal...

Istanbul Aku Datang

Lamanya tak menonton filem Melayu sebab semua hampir sama saja jalan ceritanya. Tapi sebab si Rafidah punya skrip, Istanbul Aku Datang membuatkan hati melonjak untuk menontonnya. Tapi tonton di YouTube aje ler kan hehehe baru perasan, lama gak tak tonton filem kat wayang hmmm Istanbul Aku Datang- skrip dan plot cerita yang simple but nice. Istanbul Aku Datang! baru saja menyudahkannya. Garapan yang sangat menarik, lebih-lebih lagi berlatarkan kita Istanbul, Turki yang indah dan mempesonakan. Sambil menonton sambil melancong kiranya. Macam Pisau Cukur, sekali lagi Rafidah selaku penulis skrip sememangnya bijak menggarap isi cerita dan menyusun watak-watak untuk melakonkan skrip ciptaannya. Walaupun ada sedikit ke'Koreaan terutama dalam pemilihan watak utama (Lisa sbg Dian) yang comel, kelam kabut dan sedikit kelakar, memuaskan saya sebagai penonton. haha Korea juga!!! Mungkin dah taksub sangat dengan drama Korea kot... Apapun two thumbs for Istanbul Aku Datang ;0 Besttt sangat2 ...