Skip to main content

Posts

Showing posts from 2011

KIM HYUN JOONG the only :)

Close your eyes.....:)         ~~~~

sesuka rasa

Aku pernah rasa sulit Bila masa kau pergi tinggalkanku Dari situ kupercaya Kau adalah cahaya hidupku Aku kerap rasa sendiri Saat kau pergi tanpa sepatah kata Bermula detik itu aku yakin Aku sangat cintakanmu Datang kembali ke sini Temani aku dikala susah senangku Kuharap kau mengerti Kuharap kau memaafkan Kesilapanku satu waktu dulu.... azlin/bh/211211 ~~~~ Mendung sebab nak hujan.... ~~~~

Selamat Berbahagia

Assalamualaikum.... Saya baru tahu awak sudah pun menemui bahagia dalam hidup. Tahniah. Ya, tahniah seikhlas hati. Doa saya akhirnya dimakbulkan. Selama ini tidak pernah sekali pun saya lupakan untuk mendoakan kebahagiaan awak. Saya tahu awak kecewa dan terlalu kecewa. Mungkin ini jalan bahagia awak..... Ya, kata-kata ini hanya di sini. Saya simpan buat kenangan. tahniah. Yang pernah dan akan selalu mengingati awak, Alin

BUNTU

 Kena tunggu berdekad, mungkin semuanya akan selesai sebab kisah hidup yang terlalu berjela ini tak mungkin dapat diselsaikan dan takkan pernah ada penyelsaian. Cuma satu, tunggu pengakhiran hidup. Bukan mendoakan dan jauh sekali megharapkan sesuatu yang ada dalam tangan Nya tetapi sudah tidak terdaya menangung sesuatu yang wujudnya dari dalam bukan luaran yang selalu mengukir senyuman. Pasti dan ianya memang pasti, takkan ada penamat. Tak pernah kesal apatah lagi menyesal dengan setiap laluan yang dilalui cuma tak mampu lagi menanggung sesuatu yang tidak sepatutnya ditanggung. Yang mampu kini, hanya doa, usaha dan tawakkal walaupun dia seperti tidak pernah memahami erti tanggungjawab dan keihsanan sebagai makhluk bernama suami. ~~~Jeng jeng jeng .... sinopsis novel ke drama ke filem ke apa ke ni... ni namanya takde apa2 sebab bosan! hahaha ~~~

Pergi ....

Tanggal yang takkan pernah luput Hari yang paling bermakna untuk semua 10 Zulhijjah 1432 adalah kenangan sayu Yang pastinya membuai rasa sendu dihujung tangis Perginya seorang nenek  Meninggalkan rimbunan memori suka-duka Yang pastinya takkan pudar mahupun lesap diingatan; sama Seperti perginya seorang datuk 13 tahun lalu. Pagi itu redup cuaca menemani sepoi angin Di Subuh hening diiringi laungan azan dan merdunya takbir Seperti tahu perginya lagi seorang hamba Allah Perginya saat hujan menyimbah bumi; bagai menangis Mengenang kenangan demi kenangan... Tok Yah, kami redha seredha redhanya Mengizinkan kau pergi setelah bertahun kau menderita Walaupunn di hati rasa sayu terus membentak-bentak... Percaya atau tidak wajahmu dapat kulihat dicelah-celah rawak muka anak-anakmu Ya atau tidak suara dan tingkahmu sudah terpaku Ditiap diri anak-anakmu Sesungguhnya kalian umpama bulan dan bintang Sentiasa bersatu menyinarkan malam kelam Demi memberi kegembiraan untuk setiap sebelas tubuh Yang...

Kau Pergi .....

Akhirnya selepas beberapa tahun, Tok Yah (nenek) menanggung derita sakitnya, arwah pergi juga pada 6 November 2011 bersamaan 10 Zulhijjah 1432 sebelum subuh. Sebenarnya Tok Yah menghembuskan nafas terkahirnya tanpa disedari semua anggota keluarga. Sabtu lebih kurang 11 malam, menurut cerita adik, Tok Yah dah mula sesak nafas seperti orang semput dan dalam keadaan begitu anak2 arwah yang ada disampingnya sudah mengajarnya kalimah syahadah. Tetapi keadaan kembali biasa. Dan menurut sepupu pula, pagi Ahadlebih kurang jam 2-3 pagi, ketika mereka belum tidur, kelihatan arwah masih dalam keadaan semput tetapi masih terkawal. Sudah takdirnya arwah pergi juga, dan mengetahui berita kematiannya hanya sewaktu Subuh dalam jam 5.30-6 pagi di saat anak cucu bangun untuk solat. Along Nor yang tidur temankan arwah, paling awal tahu tentang kematiannya apabila merasa tubuh arwah sejuk dan tiada sebarang nafas dikesan. Innalillahi Wainnalillah Rojiuun....   Kebetulan pada Sabtu malam, Aniq ...

Beku, kaku, kaca

Rasa beku Terus kaku Dalam kaca Diri terbuku bak bongkah Tak gerak, geri pun tidak Hanya kebekuan dalan kekakuan saja ada Semuanya bila tersimpan dalam peti kaca ... azlin/19/10/2011/depanPC-BH

Sekadar kata-kata

kita minta sikit saja. Ikut saja pandu ia mengikut acuan sebenar. Selagi tak ikut sampai bila-bila kita, dia, kau, aku, mereka, semua takkan pernah rasa erti bahagia apatah lagi jika inginkan angin kedamaian, keamanan dan keadilan. ‘Ia’ disuruh jadi ‘ia’ adalah arahan, perintah dan suruhan Allah. Jadi buat sajalah tanpa perlu bertikam lidah, bercanggah pendapat sebabnya mudah, selagi mulut berbunyi, bising sana sini, selagi itulah tiada apapun yang berubah. Akhirnya ‘ia’ diperlekehkan kemudian dijadikan bahan senda gurau dan akhirnya disimpan dalam muzium buat selama-lamanya. Orang lain yang tiada kena mengena pula tidak perlu takut atau risau sebab ‘ia’ hanya untuk manusia seperti aku seperti orang-orang yang kerap menidakkan, menolak dan menunggu seperti bulan jatuh ke riba. Sampai bila nak tolak, sabar, tangguh? Sampai tiupan sangkakala ketiga? sampai dajal mula kuasai bumi Allah atau sampai kiamat sudah benar-benar muncul, menelan semua milik Nya yang dipinjamkan termasuk aku, ka...

Surat untuk Aniq Raheel

Assalammualaikum, Buat tatapan anakanda, Muhammad Aniq Raheel Bin Muhammad Hariz Ramesh Pillai.... Mungkin saat Aniq membaca warkah ini dan juga hasil tulisan mummy dalam blog ini, mummy sudah tua atau berumur atau tidak sihat atau masih gembira dan sejahtera bersama Aniq dan daddy. Mummy dan daddy mahu Aniq jadi anak terbaik di antara mereka yang terbaik. Apa yang penting mummy dan daddy mahu Aniq bukan saja mencari, menggali ilmu duniawi saja tetapi terus meneliti memahami ilmu akhirat supaya hidupmu kekal bahagia, diberkati Allah hingga ke akhirat... Aniq, tahu tak ini adalah kisah Aniqsebab blog ini khas dibuat untuk Aniq memandangkan Aniq adalah anugerah paling indah dan bermakna dalam hidup ini.  "Semakin hari, detik demi detik dan tiap saat, Aniq kian menampakkan pelbagai bentuk kemahirannya. Dari menyiarap ke merangkak kemudian bertatih dan berjalan sehinggalah hari ini semakin laju langkah dan lariannya. Di tambah lagi dengan bijaknya Aniq mengikut kata-kata mummy dan ...

Hukum

Hukuman-hukuman ini adalah tertakluk kepada kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh penjenayah-penjenayah tersebut. 1. Hukuman Hudud Hukuman hudud adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadith. Hukuman hudud ini adalah hak Allah yang bukan sahaja tidak boleh ditukar ganti hukumannya atau diubahsuai atau dipinda malah tidak boleh dimaafkan oleh sesiapapun di dunia ini. Mereka yang melanggar ketetapan hukum Allah yang telah ditentukan oleh Allah dan RasulNya adalah termasuk dalam golongan orang yang zalim. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah Al-Baqarah, 2:229). Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman hudud ialah: a) Berzina, iaitu melakukan persetubuhan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syara`. b) Menuduh orang berzina (qazaf), iaitu membuat tuduhan zina ke atas orang yang baik lagi suci a...

bosan

Bosan sebab tak tahu nak buat apa jadi peluang ini diambil untuk memenuhi permintaan. Eh, permintaan siapa? Hahahaha permintaan diri sendiri sebenarnya. Tak ada apa yang mahu diluahkan kat sini sebab tengah bosan. Objektif, isi, dan kandungan tentang apa yang mahu ditaipkan pun tidak tahu. Jadi berbual-bual kosong saja ler kat sini. Nak cakap pasal drama TV. hehehehehe Eh, muncul pula apa yang mahu dikatakan dalam entri anakacuk. Drama? Tak ada apa sangat. Cuma nak cerita, drama-drama Tv sekarang ni banyak yang bagus skripnya. Mengajar dan paling suka ada juga skrip2 islamik sikit. Lain2 kisah, biasalah yang fantasi, fiksyen ala2 Adamaya, Nora Elena, dan banyak lagi. Apapun baguslah, kalau ada peningkatan skrip dalam drama hari ini. Cuma kadang-kadang pembawakan watak tu pun mainkan peranan. Menggunakan pelakon bertudung, jadi pelakon tu kot yang patutnya sedia maklum, percanggahan aurat. Pelik lak rasanya, pakai tudung tapi boleh bersentuhan kulit. Memang adik beradik dalam drama tu...

Perlukan sesuatu

Fikir dan fikir sampai otak pun malas nak teruskan berfikir. Letih katanya sebab asyik nak memikirkan sesuatu 'keajaiban'... Perancangan yang tak pernah terjadi. Apa dia? huuuuuuu nak bercuti la. Tak kisah ler mana pun! Dalam ke luar ke (negara) tapi i need it. Really need it.. Kali terakhir bercuti masa mengandungkan Aniq Raheel, 8 bulan. Ke Singapore. Tu je la sebab lepas tu, macam tak bijak pandai lagi nak uruskan percutian dengan baby. Dan sekarang Aniq dah pun setahun lima bulan. Haaaa dah elok pun nak bercuti.  Jadi tak nak cakap apa-apa lagi. Harap Encik Suami faham ler  ye saya nak bercuti sebab dah bersedia nak melayan karenah Aniq comel tu. Mesti Aniq pun nak bercuti nih... hish tiga kali taip nama Aniq terus rindu melimpah ruah dah ni...     ~~~~Bila nama Aniq disebut, rasa cuti meluap-luap sambil nak balik rumah cepat2~~~~

mula naik

Kisah pertama:- Nak masuk dua minggu raya dan maknanya berat badan bertambah berat. Pening kepala sebab berat badan berat dan sebab lain bila suami mula cakap "U gemuk" sambil nyanyi lagu kegemarannya, "fatty fatty bumbum malam malam curi jagung..." Memang tak senonoh kan walhal naik tak seberapa pun. Biasalah dah jadi ibu. Kalau dulu leh mantain 39-40kg lepas bersalinkan si kecil tu kembang semua sambil urat-urat putus. Jadi naik ler sampai 43-44kg... Pun dikatanya gemuk. Huishhh ok ler ni sebab nak rasa berisi sikit dari kering kontang macam dulu. Sila bersykur boleh tak Encik suami tercinta? Kisah kedua:- masa beraya sakan ke sana sini semua tegur, badan naik. Ye saya sedar tentang itu dan tolonglah jangan nak mempersoalkan lagi okay. Senang cerita, jawab je "pregnant anak kedua" senangkan nak tutup mulut orang. Dah badan nih nak naik dan terus naik biarlah. Janji sihat bahagia sentiasa.Lagipun (dituju khas utk orang2 kampung kedonde) saya ni belum...

berbolak balik

 Semua jadi tak tentu Sekejap kisahnya macam ni Sekejap lagi jadi macam tu Orang sana kata dia wira Orang sini kata dia pengganas Akhirnya aku, kau, dia dan kita yang teraba-raba Mencari mana sebenarnya yang benar Dan kemudian semua orang terus mengoyak-renyuk Semua catatan dari zaman Portugis ke Belanda ke British ke Jepun dan ke Komunis Sampai terjumpanya kisah Merdeka 1957 Sebab nak cari mulut lidah siapa yang betul Padahal semuanya sejarah semua sejarah itu isinya sudah tiada di dunia fana  Sebetulnya doakan mereka yang Islam itu kekal bahagia di bawah rahmat Allah Bukan sibuk nak dicop pejuang ke pengganas ke Tak perlulah berbolak-balik Sebab namanya pun sejarah ~~~~Pastinya kisah ni akan terus berpanjangan sampai masing-masing puas dengan hujahnya~~~~

Mula memenuhi ruang

Sepuluh hari bandar KL sunyi sepi apabila penghuni setianya beransur-ansur pulang ke kampung halaman menyambut lebaran. Dan selepas sepuluh hari ini, keadaan bandar besar ini kian bising dengan bunyi kenderaan dan keributan manusia kota. Puas rasanya bercuti di kampung, berseronok bersama kaun keluarga dan sahabat andai yang lama tidak ketemu. Setahun sekali, itulah saja hari-hari bahagia yang menjelma dalam diri menyambut kemeriahan Aidilfitri. Namun, mungkin ada satu-dua yang tidak pulang ke desa atau ada yang berkampung di kotaraya ini saja dek kerana tiada lagi desa. Apapun meriah raya kini sudah dipertengahan. Lama didesa, menghimpun nostalgia lama, cerita dulu, gurauan bersama keluarga dan mengimbau kenangan bersama pastinya akan selalu kekal diingatan dan hati. Jalinan persaudaraan juga sudah tentu terus disimpul rapi sepanjang tahun sehingga Syawal muhibbah muncul lagi. Dan di kota pula, meriahnya lain. Hujung minggu dijadikan sandaran untuk bertemu rakan sekerja, sahabat masa...

mood kerja tingga % saja

Raya nak dekat kan kan... Hari ni Jumaat, office sunyi sepi, sampai jam 8 pagi tapi duduk dalam kereta sebab nak dengo HotFm lagu raya :) Lagi-lagi ada emoat artis lama dijemput nyanyi lagu raya everygreen :) Mood nak keje dah tinggal % atau dengan kata lain peratus je, semua nombor dari kecil sampai beso hilang entah ke mana. Rasa malas dah nak ngadap PC dan siapkan story yang ditunda tarikh terbitannya... Ok juga so tak payah ler nak menyelak dokumen ni ha... Apapun dah tak boleh ni! Jelas memang sangat jelas, saya sudah boring untuk bekerja hari ini hish hish hish cuba anda bayangkan % saja yang tinggal??? memang teruk la kan dan layak masuk CCU ke ICU ke kan Ok nak cerita kisah raya semula. Perjalanan balik Muar dirancang hari Isnin, tapi tadi call ayah beritahu, dia cam sedih lak sebab nak suruh balik hari esok (Sabtu)... Hmmm rindu si Aniq ler tu kan kan... Dah serba salah pulak. Kesiankan Hariz nak ulang alik dua kali. Hmmmm apapun benda ni tak boleh nak janji sebab kena t...

Selamat Jalan Mr R

Ramadhan kini kian hampir membenamkan wajah baraqahnya apakah akan bersua lagi tahun depan? entahlah, tiada kepastian di situ termenung sejenak memikrikan adakah lengkap perbuatan amal sepanjang Ramadhan ini moga semua dimakbulkan kiranya tiada lagi tahun depan untukku berharap agar Pencipta mengampunkan seluruh dosa sepanjang Ramadhan terakhir ini tapi andai ketemu lagi berharap akan terus berusaha melipatganda amal jariah ibadah dan semua selamat jalan Ramadhan....

satu masa

Setiap kali bulan puasa menjengah, mesti kenangan zaman kecil, remaja dan belum kahwin terkenang-kenang. Kalau masa kecil, seronok main bunga api dengan mercun sambil tolong mak buat biskut raya, pasang pelita dengan kemas, cat rumah, pasang langsir dan macam-macam lagi. Seronok juga kalau ingat semula tragedi buatan sendiri di bulan puasa macam ponteng puasa dengan air dalam tandas atau main basikal bawa jauh-jauh sampang hujung kampung, lepas itu penat jadi berbuka dengan air buih. Sebab rumah dekat dengan surau, terawikh selalu buat kat situ terus. Senang. Seronok terawikh di surau sebab memang sejak kecil suka dengan bacaan Quran Ustaz Salam. Sebab itu sampai sekarang kalau bulan puasa mesti nak balik kampung sebab nak juga terawikh di situ. Cuma sejak ada Aniq Raheel, lebih selesa tunaikan di rumah. Paling seronok terawikh dengan Aniq Raheel sejak dia sudah besar dan pandai berjalan. Lagi-lagi sikap dan sifat dia yang gemar mengikuti pelakuan sesiapa saja. Paling seronok, bila...

Empat hari tiga malam

EMPAT hari tiga malam, adalah hari-hari paling seronok untuk Ramadhan kali ini. Hmmmm sudah tentu ber'Ramadhan di Muar ler kan.. Sabtu petang, bertolak balik Muar dan sejak Sabtu hingga Isnin berbuka dengan bermacam lauk pauk enak masakan mak seperti ayam kurma, ayam sambal, sup cendawan, sawi ikan masin, ikan baung masak cili api cair, kuew tiow, jemput-jemput pisang, bubur pisang sagu dan banyak lagi. Lain-lain dapat melempiaskan perasaan nak makan lauk baazar Muar yang best antaranya, murtabak Singapore, nasi kerabu, kebab ayam, laksa Johor dan Roti jala terbaik buatan Muar. Kenyang? sangat kenyang ler... Alhamdulillah berjaya menyempurnakan impian untuk berpuasa dan bersahur bersama keluarga. Walaupun tak perlu nak bergilir dengan suami untuk berbuka puasa di rumahnya, tapi atas permintaan anak buahnya, diajak pulak kami berbuka di rumah mutty nya (MIL) jadi, Insya'Allah kami pergilah minggu depan... hehehehe Hmmmm Aniq Raheel? Insan paling seronok bila balik kampung ni. ...

Majlis Sepupu

Catatan ini sepatutnya dimasukkan sejak awal lagi tapi memandangkan kesibukan baru berpeluang menyudahkannya. Ini antara gambar-gambar Aniq di beberapa lokasi masjli kahwin sepupu Keluarga saya dgn pasangan Aizat dan Liana Ayahngah Aniq a.k.a banker ANiq hehe Hitam putih warna kehidupan dan famili kecilku... pandai Aizat pilih warna tema kan kan Tenggelam terus warna ku yg tak berapa cerah... hehehe bersama lelaki-lelaki macho dekad ini...  Nash ni sebenarnya kawan baik ala-ala uncle dah dalam family KeTam... tu je lerrr dari kecik sampai beso memang dia selalu ada je sebab memang dah gitu :) kawen Acun lak.. Apa daaa dah dapat cucu aka Aniq Raheel baru nak kawen... Hehehehehe jadi ni ler hadiah peribadi utk Acun dgn pakcu... ANIQ!!! Inilah langkah-langkah awal Aniq. Ditemani Mokcu yang setia.... kalau ikut caption sebenarnya, Mokcu dah letih nak ngekor Aniq sebab nak kedek2 je... Inilah cucu manja mak ni Nampak tu budak du...

M I N A T

Pernah tak meminati seorang artis? Mesti pernahkan? Saya pun pernah dan sampai sekarang meminati tiga artis ini walaupun sudah jadi mommy anakacuk. Kalau dulu zaman remaja, sanggup beli majalah yang ada poster atau gambar diorang. Siapa? Paling minat Zamani Slam, Akashah dan Amy Mastura. Amy Mastura sampai masuk fans club tetapi tak aktif. Walaupun tidak aktif, tetap dapat kad raya setiap tahun. Itupun dah cukup seronok. Minat sangat dekat Amy ni sebab cantik, Korean look (as usual) dan pandai berlakon. Suara dia zaman Asia Bagus sedap dan lagu-lagu pun mantap. Zamani Slam pula macam crush laa zaman tu sampai berimpian nak kahwin dengan dia hahaha. Biasalah jiwa remaja! Zaman filem Azura. Sangguplah berhabis duit beli keset Amy dengan Zamani. Bila masuk era cekera padat, sanggup berhabis beli cd pula. Apapun lagu-lagu zaman tu terutama Slam memang mantap. Waima suara Zamani sampai sekarang jadi igauan saya. Suara tak berubah macam telan keset. Akashah, mula minat zaman filem Embun....

Wilayah tak bernoktah

Masa ini terlalu ramai yang sempit Akalnya, rohaninya dan perbuatan Yang acapkali ceroboh masuk Ke wilayah sempit Dek tiada pedoman panduan hidup Terus berlari mengejar masa Yang pantas berkejaran Tawadduk dan kembalilah  Kepada Maha Pencipta Supaya tak lagi sesat Untuk sekian lamanya Sebelum semakin sesat  Dalam wilayah tak bernoktah! ~~~Sambil berfikir menu apakah menjelang berbuka puasa nanti :) ~~~

Ramadan Bulan Yang Dirindui

KEDATANGAN Ramadan  sentiasa dinantikan umat  Islam dan seboleh-bolehnya  bulan keberkatan itu akan diisi se penuhnya dengan pelbagai aktiviti    menjurus kepada kerohanian dan  Ramadan juga adalah lapangan un tuk umat Islam berlatih menahan  diri daripada makan, minum dan  perilaku.    Lebih jelas lagi, puasa dari segi  bahasanya diertikan sebagai me nahan diri, manakala dari segi sya rak ia bermaksud menahan diri  daripada makan atau minum untuk  suatu jangka masa tertentu.    Sepanjang berpuasa umat Islam  dikehendaki menjaga kelakuan diri  daripada melakukan sebarang dosa  berikutan puasa juga dianggap se bagai medan memupuk kesabaran,  kejujuran dan bertolak-ansur sesa ma sendiri.    Lazimnya, Ramadan disambut  meriah semua umat Islam meman dangkan pada bulan ini, seluruh  keluarga akan berkumpul untuk  berbuka bersama, manakala anak  perantau juga me...

Buah fikiran :)

Bila sesiapa saja alim ulama' mahu sampaikan nasihat atau kata lain berdakwa, apa salahnya kita sebagai manusia jahil menerimanya dengan hati ikhlas. Jangan jadikan Islam itu sebagai penyekat kebebasan hidup didunia kerana dalam Islam ada indahnya. Cuma sebagai hamba dan umat kepada Allah dan Rasulullah, kita sentiasa alpa untuk mencari kebenaran hakiki apatah lagi meninjau jalan yang lurus. Sesungguhnya Malaysia ini mungkin masih bahagia kerana ada rahmat Allah untuk bumi dan isinya. Rahmat itu datang daripada tadahan doa-doa para mukmin, ulama' dan orang-orang kuat agama yang hafaz alQuran, hadtih dan tahu tentang Islam. Selagi ada mereka ada doa daripada mereka maka amanlah kita. Namun, tanda-tanda akhirnya zaman apabila ramai antara mereka itu diambil nyawanya lebih awal. Maka hilanglah doa-doa yang mudah makbul. Jadi usah dipropagandakan Islam dengan perkara remeh dan temeh kerana Islam adalah Islam. Islam bukan bangsa dan kerajaan tetapi Islam adalah agama wahyu yang ...

Tentang Hidup (pada firasat diri)

Kadang-kadang semua yang terjadi dalam hidup tidak sepenuhnya berjalan lancar. Malah ada ketikanya kita harus pasrah dengan kehidupan yang dipilih. Bukan kerana terpaksa tetapi pilihan itu pasti dek kerana diri sendiri yang telah menetapkannya. Adakalanya apa yang sedang dilalui menjadi bebas selepas berpenat lelah dengannya walhal itu pilihan pada awalnya. Entah kenapa diri tidak beruapaya lagi menampun rasa kesal dan ketidakpastian itu. Apa boleh dilakukannya kecuali menerima hidup ini dengan ikhlas. Sebabnya mudah, kerana dalam kehidupan yang dipilih ini pasti ada ujian dan dugaan dan apa yang pasti sebagai nakhoda kepada kehidupan getir ini sewajarnya kita lalui dengan redha. Tak perlu menyesal menggunung sebab tidak akan masa berpatah lagi. Apa yang harus difikirkan adalah masa yang akan muncul. Sama ada diri kuat atau tidak bagi menempuh detik waktu yang pasti hadir menerjah. Mempersiapkan diri menghadapi fajar esok dan sentiasa berusaha memperbaiki setiap inci kelemahan. ...

Apa Ada Dengan Perjuangan?

Perjuangan hari ini hanya gah pada lidah Tidak pada tulang empat kerat Perjuangan hari ini sekadar melelahkan Bukan lagi mengutuhkan semangat Perjuangan hari ini bak batuk ditangga Hilang rasa jati jihad sebenar Perjuangan hari ini bukan pada Islam Tapi kerana mahu menegakkan benang yang basah Dan, perjuangan hari ini gemar memfitnah dan mengaib Sehingga hilang sifat malu yang kukuh Maka punahlah iman Pupuslan rasa insani Dek terlibat dengan perjuangan yang sia-sia azlinazmi/1julai2011

D I A

Macam nampak dia tapi mungkin bukan tapi rasanya dia. Ya Allah, kenapa susah sangat nak lepaskan kenangan itu, omelku sendiri. Sesuatu yang tak disangka selepas beberapa tahun. Hampir tiga tahun dan selama ini jugalah tidak pernah sekali pun lupakan dia malah selalu berharap dapat berdepan dengan dia. Tapi belum diizinkan. Untuk dia, semoga terus menggapai bahagia. Adakah dia yang aku nampak tadi?..... R I N D U

Akhirnya ...

Menanti episod terakhir Nora Elena. Apa membuatkan saya kemaruk? Selain garapan skirp adaptasi longgar yang baik, penulis bijak mengolah semula dialog dalam bentuk dan langgam yang indah malah tertera kepuitisannya. Antara yang sering bermain di kepala akal ini:- "Sepuluh tahun abang cari Nora. Nak tahu kenapa? Sebab abang sayangkan Nora. Abang cintakan Nora sangat-sangat dan abang tak nak pasal rahsia ini, abang kehilangan Nora buat selamanya." "Sepatutnya awak beli hati saya dengan kejujuran bukan kekayaan." "abang cubakan. This is I'm doing. Tapi abang silap. Silap sangat-sangat. Abang minta maaf Nora" "Setiap orang yang bersalah berhak diberi peluang kedua" "Kalau boleh saya nak jaga Nora sampai tua. sampai hujung nyawa saya"  "Saya tak cintakan dia, buat apa saya nak jelouse. But yes, saya marah sebab dia buat maksiat depan mata saya" "Rupanya Allah turunkan hujan untuk hadiahkan k...