Bila sesiapa saja alim ulama' mahu sampaikan nasihat atau kata lain berdakwa, apa salahnya kita sebagai manusia jahil menerimanya dengan hati ikhlas. Jangan jadikan Islam itu sebagai penyekat kebebasan hidup didunia kerana dalam Islam ada indahnya.
Cuma sebagai hamba dan umat kepada Allah dan Rasulullah, kita sentiasa alpa untuk mencari kebenaran hakiki apatah lagi meninjau jalan yang lurus. Sesungguhnya Malaysia ini mungkin masih bahagia kerana ada rahmat Allah untuk bumi dan isinya. Rahmat itu datang daripada tadahan doa-doa para mukmin, ulama' dan orang-orang kuat agama yang hafaz alQuran, hadtih dan tahu tentang Islam.
Selagi ada mereka ada doa daripada mereka maka amanlah kita. Namun, tanda-tanda akhirnya zaman apabila ramai antara mereka itu diambil nyawanya lebih awal. Maka hilanglah doa-doa yang mudah makbul. Jadi usah dipropagandakan Islam dengan perkara remeh dan temeh kerana Islam adalah Islam. Islam bukan bangsa dan kerajaan tetapi Islam adalah agama wahyu yang wajib dipatuhi untuk melebarkan sayap empayar sesebuah kerajaan dan bangsa.
~~~Selagi kita tidak tawaduk pada ajaran AlQuran dan hadith selagi itu hidup kita bagai berdiri di arus gelombang~~~

Comments